Faham Ibnu Sina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Faham Ibnu Sina, atau Avisenisme, ialah sebuah aliran pemikiran dalam falsafah Islam yang diasaskan oleh Ibnu Sina. Beliau mengembangkan falsafahnya setelah mempelajari dan mengkaji Metafisika oleh Aristotle selama setahun lebih. Menurut Henry Corbin dan Seyyed Hossein Nasr, ada dua aliran dalam faham Ibnu Sina: aliran Islam atau Parsi, dan aliran Rumawi.[1][2] Menurut kata Nasr, aliran Rumawi menggunakan karya-karya beliau yang terdahulu. Faham ini dipengaruhi oleh faham Peripatos, sebuah fahaman dalam falsafah Yunani yang cuba memerikan struktur alam nyata dengan pemikiran rasional. Pada abad ke-12 TM, faham Ibnu Sina menular di Eropah, terutama sekali di Oxford dan Paris, malah juga mempengaruhi ahli falsafah penting seperti Thomas Aquinas, Roger Bacon dan Duns Scotus. Walaupun faham Ibnu Sina Rumawi agak lemah jika dibandingkan dengan faham Ibnu Rushd, Étienne Gilson mengatakan bahawa kehadirannya mempengaruhi fahaman Augustinisme. Sementara itu, faham Ibnu Sina Islam didasarkan dengan karya beliau yang terkemudian yang dikenali sebagai "Fahaman Ketimuran" (حکمت المشرقیین), timur merujuk kepada dunia Arab. Dengannya, bidang falsafah tamadun Islam menghampiri kesedaran ilmiah, yang telah cuba untuk membuka jendela ke dunia rohani. Ia juga telah membuka laluan kepada faham Isyrakiah (حکمت الاشراق) oleh Suhrawardi di Iran.[3]

Henry Corbin ada merujuk tentang pemisahan antara faham Ibnu Sina Islam dan Rumawi.[4] Malah, beliau menunjukkan ada tiga aliran pemikiran yang berbeza yang beliau gelarkan Augustinisme Ibnu Sinawi (Avicennising Augustinism), faham Ibnu Sina Rumawi dan faham Ibnu Sina Parsi.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nasr 2013, halaman 67
  2. ^ Corbin 1998, halaman 93
  3. ^ Nasr 2013, halaman 67
  4. ^ Corbin 1998, halaman 101
  5. ^ Corbin 2014, halaman 102

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Corbin, Henry (1998). The Voyage and the Messenger: Iran and Philosophy. Berkeley, CA, US: North Atlantic Books. ISBN 9781556432699. OCLC 970420613.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Nasr, Seyyed Hossein (2013). Islamic Life and Thought. Abingdon, UK; New York: Routledge. ISBN 9781134538119. OCLC 861692831.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Corbin, Henry (1998). The Voyage and the Messenger: Iran and Philosophy. Berkeley, CA, US: North Atlantic Books. ISBN 1556432690. OCLC 970420613.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Corbin, Henry; Trask, Willard R (2014). Avicenna and the Visionary Recital: (Mythos Series). Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 1400859069. OCLC 889253433.CS1 maint: ref=harv (link)