Fairchild Channel F

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fairchild Channel F
Fairchild-Channel-F.jpg
Pengilang Fairchild Semiconductor
Jenis Konsol permainan video
Generasi Generasi kedua
Ketersediaan runcit Amerika Syarikat Ogos 1976
Media Katrij ROM
CPU Fairchild F8 (8-bit) berkelajuan 1.79 MHz

Fairchild Channel F merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik Fairchild Semiconductor pada bulan Ogos 1976. Konsol ini merupakan konsol pertama yang dijana oleh cip mikropemproses sendiri serta konsol pertama yang direka untuk memainkan permainan video dari media katrij, berbanding dengan konsol-konsol yang dicipta sebelum ini yang memerlukan permainan video diprogramkan di dalam konsol itu sendiri[1].

Nama asal konsol ini ialah Video Entertainment System namun begitu syarikat Fairchild mengeluarkan konsol ini atas nama Channel F oleh kerana pada ketika itu Atari telah mengeluarkan konsol VCS mereka iaitu Atari 2600[2][1]. Konsol ini juga dipercayai konsol pertama yang membolehkan pengguna menghentikan seketika permainan video mereka, hasil daripada teknologi cip mikpemproses yang dimiliki[3].


Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Cip mikropemproses F8 yang terdapat dalam konsol ini membolehkan pemain bermain permainan video menentang watak AI, berbeza dengan konsol-konsol sebelum ini yang memerlukan 2 orang pemain berlawan sesama sendiri[4]. Oleh kerana konsol ini merupakan konsol pertama yang menggunakan media katrij, para jurutera di Fairchild mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan rekaan akhir bentuk katrij yang mesra pengguna[4].

Sistem teras
Cip mikropemproses Fairchild F8 (8-bit) berkelajuan 1.79 MHz
RAM 64 B
RAM video 2 KB
Grafik dan suara
Palet warna 8 warna
Resolusi skrin 128px x 64px
Saluran audio 4 saluran stereo


Senarai judul permainan video[sunting | sunting sumber]

Katrij permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini dipanggil sebagai Videocart dan untuk rekod, sebanyak 26 Videocart dikeluarkan untuk konsol ini[4].

Tajuk Pembangun Pengeluar Tahun Genre
Democart Fairchild Fairchild 12-31-1977 Sukan
Hockey (Bersepadu) Fairchild Fairchild 1976 Aksi
Tennis (Bersepadu) Fairchild Fairchild 1976 Aksi
Videocart-01: Tic Tac Toe, Shooting Gallery, Doodle, Quadradoodle Fairchild Fairchild 12-31-1976 Trivia
Videocart-02: Desert Fox, Shooting Gallery Fairchild Fairchild 12-31-1976 Aksi
Videocart-03: Video Blackjack Fairchild Fairchild 12-31-1976 Perjudian
Videocart-04: Spitfire Fairchild Fairchild 12-31-1977 Aksi
Videocart-05: Space War Fairchild Fairchild 12-31-1977 Aksi
Videocart-06: Math Quiz (Penambahan dan penolakan) Fairchild Fairchild 12-31-1977 Trivia
Videocart-07: Math Quiz (Pendaraban dan pembahagian) Fairchild Fairchild 12-31-1977 Trivia
Videocart-08: Mind Reader, Nim (dikenali juga Magic Numbers) Fairchild Fairchild 12-31-1977 Trivia
Videocart-09: Drag Strip Fairchild Fairchild 12-31-1976 Perlumbaan
Videocart-10: Maze, Cat and Mouse Fairchild Fairchild 12-31-1977 Platfrom, aksi
Videocart-11: Backgammon, Acey-Deucey Fairchild Fairchild 12-31-1977 Trivia
Videocart-12: Baseball Fairchild Fairchild 12-31-1977 Sukan
Videocart 13: Robot War/Torpedo Alley Fairchild Fairchild 12-31-1977 Platfrom, aksi
Videocart-14: Sonar Search Fairchild Fairchild 12-31-1977 Strategi
Videocart-15: Memory Match Fairchild Fairchild 12-31-1976 Teka-teki
Videocart 16: Dodge-It Fairchild Fairchild 12-31-1978 Platform, aksi
Videocart-17: Pinball Challenge Fairchild Fairchild 12-31-1978 Pinball
Videocart-18: Hangman Fairchild Fairchild 12-31-1976 Teka-teki
Videocart-19: Checkers Fairchild Fairchild 12-31-1980 Trivia
Videocart-20: Video Whizball Fairchild Fairchild 12-31-1978 Lain-lain
Videocart-21: Bowling Fairchild Fairchild 12-31-1978 Sukan
Videocart-22: Slot Machine Fairchild Fairchild 12-31-1980 Perjudian
Videocart-23: Galactic Space Wars Fairchild Fairchild 12-31-1980 Aksi
Videocart-24: Pro-Football Fairchild Fairchild 12-31-1981 Sukan
Videocart-25: Casino Poker Fairchild Zircon 12-31-1980 Perjudian
Videocart-26: Alien Invasion Fairchild Zircon 12-31-1981 Aksi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "History of Consoles-Channel F (1976)". 20 Jun 2012. Dicapai 17 Oktober 2015. 
  2. ^ "Fairchild Channel F 101: A Beginner's Guide". RacketBoy. Dicapai 17 Oktober 2015. 
  3. ^ Cohen, D. S. "Fairchild Channel F - The First ROM Cartridge Console". About.com. Dicapai 17 Oktober 2015. 
  4. ^ a b c Edwards, Benj (22 Januari 2015). "The Untold Story Of The Invention Of The Game Cartridge". Fast Company. Dicapai 17 Oktober 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]