Fairuz Misran
Fairuz Misran | |
---|---|
Kelahiran | Fairuz bin Misran 19 Januari 1985 |
Meninggal dunia | 8 September 2023 | (umur 38)
Sebab kematian | Sakit dada |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan, Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2012–2023 |
Pasangan | Noor Munira binti Mohamed (k. 2007–2023) |
Kerjaya muzik | |
Instrumen | Vokal |
Fairuz bin Misran (19 Januari 1985 – 8 September 2023) ialah seorang penyanyi Malaysia.[1]
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Fairuz bin Misran dilahirkan di Sandakan, Sabah sebagai anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di SMK Bongawan, Sabah. Beliau dibesarkan di Kimanis, Papar, Sabah sebelum menetap di Wilayah Persekutuan Labuan. Fairuz Misran diberi gelaran klon P. Ramlee kerana dari segi rupa parasnya dan suaranya yang hampir mirip dengan P. Ramlee. Beliau juga sangat mengidolakan P. Ramlee kerana kerap kali menyadur semua lagu-lagu P. Ramlee melalui Instagram, Youtube dan Facebook miliknya.[2][3][4]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Fairuz Kimanis pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2012.[5][sumber tidak boleh dipercayai?] Beliau pernah juga menyertai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat Kebangsaan pada 2010, namun tidak memenangi sebarang anugerah.[perlu rujukan]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2019 | "Indahnya Raya" | |
"Ikatan Asmara" ft. Baby Shima | Ciptaan Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 | |
2021 | "Untukmu" | |
2022 | "Bak Zaman" ft. Baby Shima |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | The God of Wealth | Dirinya sendiri | Penampilan khas, filem lakonan pertama dan terakhir |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Pop Yeah Yeah | P. Ramlee | TV3 | Episod: "Tribute P. Ramlee" |
Kematian[sunting | sunting sumber]
Fairuz Misran meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 September 2023.[6] Beliau meninggal dunia di Hospital WP Labuan kerana sakit dada sebelum pengsan pada pukul 1.30 tengah hari.[7] Jenazah beliau dikebumikan pada kira-kira pukul 10 malam hari itu juga di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Kampung Sungai Bangat, Labuan.[8]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Netizen kecoh menemui lelaki mirip seniman P Ramlee dari Sabah ..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03. Dicapai pada 2020-02-03.
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/06/574789/fairuz-misran-klon-p-ramlee
- ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/414968/jelmaan-p-ramlee-metrotv
- ^ https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/01/22/fairuz-misran-p-ramlee
- ^ http://sipitangonline.blogspot.com/2012/12/pasangan-sabah-dinobat-juara-bintang-p.html
- ^ Yun Mikail (8 September 2023). "Fairuz Misran meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 8 September 2023.
- ^ Utusan Malaysia (8 September 2023). "'Kembar' P Ramlee, Fairuz Misran meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2023.
- ^ Sinar Harian (9 September 2023). "Jenazah Fairuz Misran selamat dikebumikan". Astro Awani. Dicapai pada 9 September 2023.