Fairy Mahdzan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Fairy Mahdzan ialah nama pena bagi Farah Mahdzan, seorang perempuan Malaysia yang dikenal melalui tulisan-tulisannya tentang Indonesia di situs webnya, MyIndo.com. Nama situs webnya sendiri berasal dari permainan kata "Malaysia" dan "Indonesia". Fairy dilahirkan di Petaling Jaya pada 28 Januari 1979.

Tulisan-tulisannya banyak membahas kehidupan di Malaysia dan Indonesia. Tentang Indonesia, negara jiran yang boleh dikatakan menjadi tanah air kedua Fairy, dia memperhatikan dan menulis tentang budaya pop, makanan, cerita-cerita perjalanannya dan muzik — segi-segi kehidupan yang bahkan sering terlepas dari perhatian orang Indonesia sendiri.

Fairy, misalnya, memperhatikan para "tukang lewat" (penjual makanan yang melintas di depan rumah) dan kemudian menyedari bahawa mangkuk-mangkuk yang diguna oleh para penjual bakso semuanya mempunyai gambar ayam jaguh.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Persamaan budaya dan bahasa yang mendalam antara Indonesia dan Malaysia kadang-kadang boleh mengecohkan. Fairy menunjukkan sebuah contoh yang menarik ketika Sheila on 7 tidak berjaya melepas album 07 Des bersamaan di kedua-dua negara yang saling berjiran itu. Lagu yang berjudul "Seberapa Pantas" di dalam album itu disensor pihak kerajaan sehingga mengecewakan banyak peminat kumpulan ini. Semua hanya oleh kerana seni kata dalam lagu itu, "Celakanya Hanya kaulah yang benar-benar aku tunggu... Celakanya Hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan..." yang dianggap tidak pantas oleh kerajaan Malaysia. Kata "celaka" dalam bahasa Melayu dianggap tidak senonoh, bernada mengutuk, dan agaknya kerajaan Malaysia tidak mahu penggemar Sheila on 7 menggunakan kata-kata ini sehari-hari.

Fairy melihat bahawa banyak orang Indonesia yang tidak mempunyai nama keluarga, padahal orang Malaysia amnya menggunakan nama ayahnya sebagai bagian dari nama mereka.

Makanan khas Indonesia[sunting | sunting sumber]

Tulisan-tulisan Fairy banyak menyinggung perihal makanan Indonesia. Salah satu makanan favoritnya ialah pempek, makanan khas dari Palembang.

Fairy juga menggambarkan pengalamannya makan "ayam penyet" di Singapura, yang resepnya sememangnya berasal dari Surabaya. Ia meyakinkan bahwa SPCA (Perhimpunan Penyayang Binatang) tidak akan menuntut restoran ini, meskipun dalam bayangannya terlintas gambaran ayam yang terlindas hingga penyek oleh kereta penggilas jalan.

Dan setiap kali Fairy makan makanan Indonesia, minumannya mestilah "teh botol". Kecintaannya terhadap "teh botol" membuat Fairy menulis "Jangan tinggal di Malaysia kalau Anda seorang pencinta 'teh botol'. Di sini tidak ada."

Tulisan-tulisan Fairy Mahdzan yang lincah dan menggelitik telah menarik para pengamat budaya Indonesia. Tulisannya tentang "teh botol" pernah dikutip oleh harian The Jakarta Post, dan situs webnya pernah ditulis oleh majalah "Caraka" terbitan Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]