Faizal Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
“FBI” dilencongkan di sini. Untuk badan penguatkuasa penyiasatan jenayah di Amerika Syarikat dengan singkatan FBI, sila lihat Biro Siasatan Persekutuan.
Faizal Ismail
Kelahiran 19 Mei 1976 (40 tahun)
Butterworth, Pulau Pinang Penang, Malaysia Malaysia
Warganegara  Malaysia
Nama lain FBI
Pekerjaan Pengacara, pelakon, penyanyi, renyampai radio, pelawak
Tahun aktif 1998 - kini
Agama Islam
Pasangan Nor Azlina Ahmad Din
Anak 4 Anak

Faizal bin Ismail (lahir 19 Mei 1976), lebih dikenali juga sebagai FBI, merupakan seorang bekas penyampai radio yang terkenal di Hot FM, pengacara televisyen, pelakon dan penyanyi dari Malaysia.[1]

Walaupun FBI sudah meninggalkan Hot FM, dia sering dijemput ke konti radio swasta itu sebagai penyampai radio jemputan dalam segmen Hot FM Korner.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penyampai radio[sunting | sunting sumber]

Karier pertamanya menjadi penyampai radio Era FM tahun 1998 - 2003 . Kemudian beliau menceburi radio di bawah Media Prima sebagai penyampai radio Hot FM pada tahun 2006 hingga 2013. Beliau digalaskan tugas yang agak berat iaitu sebagai penyampai radio rancangan pagi . Beliau merupakan suara pertama dalam radio Hot FM bersama Fara Fauzana dalam rancangan pagi Hot FM iaitu Hot FM AM Krew . Gandinagn serasi mereka telah memberikan impak hebat di mana rancangan Hot FM AM Krew mencapai rating 3.8 juta pendengar purata mingguan sekali gus menjadikan rancangan ini sebagai rancangan terbaik radio . Kemudian mereka berdua digandingkan dengan AG Selamat dan Usop Wilcha dan kemudiannya digandingkan bertiga semula , Faizal Ismail , Fara Fauzana dan AG Selamat . Pada tahun 2013 , Faizal Ismail telah menamatkan karier penyampai radio di Hot FM .

Penyanyi[sunting | sunting sumber]

Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau bergandingan bersama teman seangkatannya di Era FM, Khairil Rashid dan menubuhkan kumpulan Khafi dan mengeluarkan album pertama yang bertajuk Satu Jengkal pada 2006, dengan lagu-lagu hits seperti Kisah Kau dan Aku, Tiada Yang Kedua dan Fantasia Cinta.

Beliau juga berkolaberasi dalam album Hangatnya Raya Hot FM dengan lagu "Salam Lebaran" bersama penyanyi tanah air tersohor dan lagu raya berjudul " Tiba " bersama Shahir dan Faizal Tahir .

Filem[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

* Pemanduku Jutawan

Pengacaraan TV[sunting | sunting sumber]

  • Vokal (siri TV) / Vokal... Bukan Sekadar Rupa (TV3)
  • Apa Kata FBI ( TV9 )
  • Hot TV ( TV9 )
  • Fulus Musim Ke-2 (TV AlHijrah)
  • Anugerah Juara Lagu ke-22 ( TV3 )
  • Anugerah Juara Lagu ke-23 ( TV3 )
  • Anugerah Juara Lagu ke-24 ( TV3 )
  • Anuegrah Juara Lagu ke-25 ( TV3 )
  • Anugerah Juara Lagu ke-26 ( TV3 )
  • Anugerah Juara Lagu ke-27 ( TV3 )
  • AF 2014 (Astro Ria & Astro Maya HD)
  • Karok La Kau (Astro Ria & Astro Maya HD)
  • Projek Komedi Warna (Astro Warna & Astro Mustika HD)
  • AF 2015 (Astro Ria & HD)
  • Gelap Geli Tak (Astro Warna & Astro Mustika HD)
  • Nasi Lemak Kopi O (TV9)
  • Masaklah Kau (Astro Prima & Astro Maya HD)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Yusoff, Nor Atieyah (4 Julai 2013). "Faizal Ismail seronok berlakon". Sinar Harian. Dicapai pada 6 November 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tunas biografi Malaysia Rencana berkaitan biografi rakyat Malaysia ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.