Faizul Sany

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faizul Sany
Nama lahirMohd Faizul bin Sany
Kelahiran (1985-02-22) 22 Februari 1985 (umur 39)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Berasal dariTawau, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, komposer
Tahun aktif2008 – kini
Pengkarya berkait

Mohd Faizul Sany (lahir 22 Februari 1985) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau mula menceburi industri muzik menerusi penyertaanya dalam Akademi Fantasia musim ke-10, dinobatkan sebagai juara pada tahun 2013.[1][2] Lagu sulungnya, "Sepasang Sayap" yang dicipta sepenuhnya oleh alumni AF 2011 Amir Jahari berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang diminati ramai.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai AF2013, Faizul pernah menyertai pertandingan Hot FM Twisties Bingit 2009[4] menerusi kumpulannya, Mystery Call yang mana mereka telah memenangi tempat kedua. Selepas tamat pertandingan itu, Faizul dan kumpulannya itu menandatangani kontrak rakaman bersama Rock Unite Music selama tiga tahun.[5] Sepanjang bersama Mystery Call, beliau merakamkan tiga lagu, iaitu "Pencinta Lelaki", "Langkah Ke Hadapan" dan "Berontak". Lagu "Berontak" menjadi runut bunyi filem Langgar arahan sulung pelakon Syed Hussein.[5]

Sekitar tahun 2013, beliau mendaftarkan dirinya sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-10. Faizul pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menyertai AF 2013, bagaimanapun atas desakan keluarganya, beliau mencuba nasib. Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta AF 2013 antara lain turut disertai oleh Azhael, Indah Ruhaila, Nabila Razali dan Amira Othman.[6] Pada minggu terakhir konsert, beliau mempersembahkan lagu baru, "Sepasang Sayap" hasil nukilan Amir Jahari. Selepas 10 minggu bertanding, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.[7][8][9][10]

Kemudian pada 2014, Faizul merakamkan single kedua, "Perempuan";[11][12] seterusnya muncul sebagai penyanyi duet menerusi lagu "Cinta Suka Sayang Kamu" nyanyian Daiyan Trisha. Pada 25 September, album studio solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan di bawah Astro Entertainment.[13]

Pada 25 Januari 2015, Faizul menjayakan persembahan di Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, yang turut dijayakan oleh Hazama, Akim & The Majistret dan Firman Bansir.[11][14] Beliau turut memiliki bakat mencipta lagu, ini terbukti apabila beliau mencipta lagu bertajuk "Hati-Hati" nyanyian rakan seperjuangannya dalam AF2013, Amira Othman.[15] Selain itu, Faizul turut mencipta lagu tema pasukan bola sepak Sabah, Kasi Gol yang disiarkan di Era FM Sabah.[12]

Akademi Fantasia 2013[sunting | sunting sumber]

Minggu Lagu tugasan Penyanyi asal Nuansa Keputusan
Minggu 1
Tema Ikon Malaysia
"Dan Sebenarnya" Yuna Pop Kekal
Minggu 2
Tema Ikon Malaysia
"Pasti" Ning Baizura Pop Kekal
Minggu 3 "Gerimis Mengundang" Slam Pop Rock Kekal
Minggu 4
Tema Popular
"I Love You" Najwa Latif Pop Kekal
Minggu 5
Tema Filem
"Ajari Aku" Anuar Zain Pop Kekal
Minggu 6 "Cinta Ini Membunuhku" D'Masiv Pop Kekal
Minggu 7
Tema Duet
"Penghujung Cintaku" (duet Adira) Pasha Ungu & Adelia Pop Kekal
Minggu 8
Suku Akhir
"Sandiwara Cinta"
"Nakal" (duet Azhael (duo))
Repvblik
Gigi
Pop Rock
Rock
Kekal
Minggu 9
Separuh Akhir/Tema Solo & Rock
"Hilang Naluri"
"Bayangan Guarauan" (duet Rahmad Mega)
Once Mekel
Mega
Pop
Rock
Kekal
Minggu 10
Konsert Akhir
"Hanyut"
"Sepasang Sayap"
Faizal Tahir
Lagu baru
Pop
Pop
Juara

Bakat[sunting | sunting sumber]

Muzik Faizul lebih terarah kepada urban pop rock yang dipengaruhi oleh elemen muzik eksotik dan etnik.[5][16] Beliau amat serius dalam berkarya, berpegang kepada tiga asas iaitu hasilkan lagu yang terbaik, jujur dan ikhlas berkarya.[4] Beliau juga menjadikan Faizal Tahir sebagai inspirasi dan pengaruh.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Afzarina Yahya yang merupakan seorang pramugari dan gadis sekampung dengannya pada 24 November 2017.[17]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Senarai Runut Catatan
Faizul Sany
  • "Stylo Mylo"
  • "Perempuan"
  • "Lullabye"
  • "Surat Untuk Sahabat"
  • "Merdeka"
  • "Jatuh"
  • "Sampai Ke Bulan"
  • "333 Batu"
  • "Sepasang Sayap"

Single[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album Catatan
Sepasang Sayap 2013
Faizul Sany
Perempuan 2014
Sampai Ke Bulan
333 Batu' 2015

Sebagai artis yang ditampilkan[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album Catatan
Cinta Suka Sayang

(Daiyan Trisha menampilkan Faizul Sany)

2014 Tiada album Lagu tema movie Strawberi Karipap Sesat Kat Paris

Kemunculan lain[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album Catatan
Siapalah Kita 2015 Tiada album bersama Stacy, Adira & Firman
Kaamatan - Urang Kita 2016 bersama Azmil, Didi, Mell, Sean & Shalyn, projek khas bagi sambutan Kaamatan.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 Anugerah Planet Muzik 2014 Lagu Terbaik "Perempuan" Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Georgie Joseph (19 November 2013). "AF2013: Faizul menang untuk ibu bapa". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2015. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  2. ^ Syafiqah Jalal (26 Januari 2017). "Faizul Sany bimbang nama sebagai semakin pudar". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Mei 2018.
  3. ^ Kemalia Othman (26 September 2014). "Faizul, juara AF2013 akur tidak popular". mStar Online. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  4. ^ a b Norhayati Nordin (3 April 2016). "Karier Faizul makin stabil". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  5. ^ a b c "Faizul Sani menyepi bukan menghilang". Kosmo!. 4 Oktober 2014. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  6. ^ "Siapa bakal mara ke final?". Sinar Harian. 8 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-27. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  7. ^ "Faizul juara Akademi Fantasia 2013". mStar Online. 18 November 2013. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  8. ^ "Faizul juara Akademi Fantasia 2013". Astro Awani. 18 November 2013. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  9. ^ Shukri Shaharudin (18 November 2013). "Faizul Sani juara AF2013, tewaskan peserta pilihan Azhael". Yahoo! News. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  10. ^ "Faizul juara Akademi Fantasia 2013, raih RM200,000". Rotikaya. 18 November 2013. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  11. ^ a b Norhayati Nordin (17 Januari 2015). "Perempuan tambat hati peminat". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  12. ^ a b Ardini Sophia Sina (18 Januari 2015). "Perempuan naikkan nama Faizul". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  13. ^ Syahir Muhiddin (26 September 2014). "Faizul Sany (AF2013) keluarkan album". KKBOX. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  14. ^ Ashraf Nasser (13 Januari 2015). "Faizul Sanh rancang buat showcase solo". Yahoo! News. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  15. ^ "Lagu sendiri angkat Faizul". Harian Metro. 15 November 2015. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  16. ^ Zul Husni Abd Hamid (4 Oktober 2014). "Teras pop Faizul Sany". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  17. ^ Syafil Syazwan Jefri (27 November 2017). "Maaf, bukan tak mahu jemput". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]