Fajar Aiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fajar Aiman
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Selepas Terpisah" oleh Fitri Hakim
Lagu penutup"Selepas Terpisah" oleh Fitri Hakim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Penyunting
  • Anne Abdul
  • Azwin Radi
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal5 Mei 2014 – 5 Jun 2014

Fajar Aiman ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Faralyna Idris dan Saharul Ridzwan bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 5 Mei 2014 hingga 5 Jun 2014 menggantikan Janji Jaslina.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.

Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.

Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.

Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.

Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.

Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Putri Syasya sebagai Fajar kecil
  • Izuan Fikri sebagai Aiman kecil

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Selepas Terpisah" - Fitri Hakim
  • "Asfan Untuk Bahagia" - Asfan
  • "Kau Telah Pergi" - Farahdhiya
  • "Seperti Yang Lain" - Hans Anwar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (30 April 2014). "Drama Bersiri Fajar Aiman Lakonan Faralyna Idris". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2014.
  2. ^ Fajar Aiman (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 29 Mei 2018.