Pergi ke kandungan

Fajar Di Bukhara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fajar di Bukhara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Zulkifli R. Shad dibintangi Azrel IsmailMaria FaridaAinul Aishah dan pelakon asal Uzbekistan, Aziza Halilova. Siri ini memulakan tayangan di Slot WiduriTV1 bermula 22 Jun 2015 menggantikan Jangan Lafazkan Janji .

Fajar di Bukhara
GenreDrama
Cinta
Konflik
Agama
Ditulis olehMarini Mat Zain
PengarahZulkiflie R. Shad
Dibintangi oleh
Azrel Ismail
Maria Farida
Ainul Aishah
Aziza Halilova
Lagu pembukaan"Jangan Pergi Dariku" oleh Jay Jay
Lagu penutup"Jangan Pergi Dariku" oleh Jay Jay
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifZizan Nin
PenerbitSyarizan Md Isa
Tempoh siaran40 minit
Syarikat pengedaran
Aquila Emas Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Siaran asal22 Jun 2015 – 17 Julai 2015
Kronologi
MengikutiJangan Lafazkan Janji
Diikuti olehDan Hati Pun Berkata

Humairah, usahawan tekstil berjaya berusia 40 tahun, hidup bersama adik angkatnya Husna di Bukhara. Fahim pula mendapat tawaran belajar di sana selepas bersetuju bertunang dengan Citra atas permintaan ibunya, Mak Siti. Di Bukhara, Fahim mengenali Humairah dan mereka mula menaruh perasaan antara satu sama lain. Namun, Fahim kemudian menyelamatkan gadis tempatan bernama Nargiza daripada sindiket pemerdagangan manusia dan berkahwin dengannya. Berita itu mengejutkan Humairah dan Citra. Sekembali ke tanah air, Fahim juga menikahi Citra. Walaupun sudah beristeri dua, Fahim tetap merindui Humairah. Sementara itu, Nargiza difitnah mempunyai hubungan dengan Rustam dan akhirnya diceraikan Fahim. Namun, dia kemudian benar-benar berkahwin dengan Rustam dan bahagia. Citra melahirkan anak perempuan tanpa Fahim di sisi kerana lelaki itu kembali ke Bukhara menjejak Humairah. Akhirnya, jodoh mempertemukan mereka dan Fahim menikahi Humairah. Walau begitu, kebahagiaan mereka diuji apabila Fahim mengetahui Humairah menyembunyikan penyakitnya demi melahirkan zuriat.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]