Pergi ke kandungan

Fakhri Yassin Mahiaddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fakhri Yassin Mahiaddin

فخري يسٓ ماهيا الدين
Kelahiran
Fakhri Yassin bin Mahiaddin

(1975-11-15) 15 November 1975 (umur 49)
KerakyatanMalaysia
Pusat pendidikanQueen Mary University of London (United Kingdom)
Terkenal keranaPengerusi Eksekutif
Thriven Global Berhad
PasanganDatin Fara Ikma Abdul Rahim
Anak-anak4
IbuPuan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman
BapaTan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin Yassin
KeluargaNajwa Mahiaddin (adik)
Laman web rasmihttps://www.thriven.com.my/

Datuk Fakhri Yassin bin Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Mahiaddin (lahir 15 November 1975) adalah merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad, sebuah syarikat pemaju perumahan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.[1] Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif, Bukan Bebas di EDEN Incorporated Berhad, milik keluarga mertua beliau, Tan Sri Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Fadzilah Md Ariff.[2][3]

Beliau merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan mempunyai 3 orang adik, iaitu Datin Sri Nabilah Mahiaddin, penyanyi, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin.

Datin Fara Ikma Tan Sri Abdul Rahim adalah isteri beliau dan telah dikurniakan dengan 6 orang anak.[4]

Perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Selain daripada pernah menganggotai Lembaga Pengarah EDEN, beliau juga adalah Pengarah kepada Ketapang Holdings Sdn Bhd.[5]

Masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Antara pertubuhan bukan kerajaan yang beliau sertai termasuklah Yayasan Nurul Yaqeen[6] dan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin[7] yang banyak membantu masyarakat dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

Senarai anugerah yang diterima[8]