Faktorial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang matematik, faktorial bagi sebarang integer positif n, juga ditulis n! ialah hasil darab semua integer positif yang sama atau lebih kecil daripada n. Sebagai contoh,

5! = 5 \times 4 \times 3 \times 2 \times 1 = 120

0! dikira kes khas dan mempunyai nilai 1.

Takrif[sunting | sunting sumber]

Takrif faktorial secara formal ialah,

 n!=\prod_{k=1}^n k \!

atau mengikut takrif yang menggunakan rekursi,

 n! = \begin{cases}
1 & \text{jika } n = 0, \\
(n-1)!\times n & \text{jika } n > 0.
\end{cases}