Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Fail:Ftkw.jpg
MotoPemerkasaan Warisan Melalui Teknologi Kreatif dan Keusahawanan
Ditubuhkan2007
UniversitiUniversiti Malaysia Kelantan
DekanDr. Hanisa Hassan
Kakitangan akademik45[1]
Pelajar prasiswazahIjazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian.

-Warisan Budaya
-Kesusasteraan Warisan
-Seni Persembahan
-Konservasi Warisan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian.

-Rekabentuk Perindustrian
-Tekstil Fesyen
-Rekabentuk Komunikasi Visual
-Seni Halus
-Multimedia
-Animasi
-Pengajian Skrin

Pelajar pascasiswazahrujuk https://cps.umk.edu.my/index.php/my/program-akademik/mod-penyelidikan/fakulti-teknologi-kreatif-dan-warisan.html
LokasiBachok
6°00′17″N 102°24′03″E / 6.004618407492271°N 102.40087751366812°E / 6.004618407492271; 102.40087751366812
Laman Rasmihttp://ftkw.umk.edu.my/
https://www.facebook.com/ftkwofficial


Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merupakan di antara fakulti yang terawal sejak penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Penubuhan fakulti ini adalah selari dengan Rancangan Malaysia ke-9, yang memberi keutamaan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan seni warisan sebagai harta yang amat tidak ternilai kepada negara selain menyahut saranan kerajaan, dibawah Perkara 65 (bajet 2005) yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kesenian antarabangsa. pembangunan kesenian di Malaysia berhubungkait dengan pengkomersialan seni kepada pihak industri dan pengguna akhir. Berpaksikan keperluan untuk mengkomersialkan warisan bangsa ke peringkat global dengan mengambil kira teknologi terkini, FTKW telah ditubuhkan untuk melestarikan produk warisan negara melalui proses pembentukan modal insan yang dikenali sebagai usahawan kreatif.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fakulti ini mula beroperasi pada 2007 di Kampus Kota, Taman Bendahara, Pengkala Chepa selama 4 tahun (2007-2010). Ia kemudian berpindah ke Kampus Induk di Bachok dan memulakan operasi pada 2011. Mulai Sidang Akademik 2007/2008, FTKW menawarkan program-program yang berkaitan dengan Pengajian Teknologi Kreatif dan Warisan yang berteraskan reka bentuk dan keusahawanan. Program ini bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang seni reka dan kemahiran keusahawanan. Dari segi pelaksanaan program, pada umumnya terdapat dua program yang ditawarkan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menerajui pembangunan modal insan dalam bidang Keusahawanan Industri Kreatif demi kesejahteraan masyarakat secara global.

Slogan[sunting | sunting sumber]

Pemerkasaan Warisan Melalui Teknologi Kreatif dan Keusahawanan

Misi[sunting | sunting sumber]

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) berusaha:

  • Menawarkan program akademik yang berkualiti tinggi dan relevan dalam bidang industri kreatif.
  • Mempromosikan kajian inovasi dan kreatif, dan aktiviti konsultasi selari dengan keperluan pemegangtaruh dan pembangunan komersil.
  • Menyediakan perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial terhadap komuniti dalam industri kreatif, yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan kreatif.
  • Mengutamakan keperluan dan memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif.

Program Pengajian[sunting | sunting sumber]

Prasiswazah

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menawarkan 2 program pengajian di peringat prasiswazah iaitu:

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Warisan Budaya)
  2. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Kesusasteraan Warisan)
  3. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Seni Persembahan)
  4. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian (Konservasi Warisan)


Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian

  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Perindustrian)
  2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Tekstil Fesyen)
  3. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Rekabentuk Komunikasi Visual)
  4. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Seni Halus)
  5. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Multimedia)
  6. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Pengajian Skrin)
  7. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian (Animasi)


Pascasiswazah

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) menawarkan 6 program pengajian di peringat prasiswazah, dan kedoktoran iaitu:

Mod Pengajian
Bil Penawaran Bidang Kaedah Sepenuh Masa Separuh Masa
1 Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Warisan Penyelidikan Ya Ya
2 Ijazah Sarjana dalam Tekstil dan Fesyen Penyelidikan Ya Ya
3 Ijazah Sarjana dalam Rekabentuk Produk Penyelidikan Ya Ya
4 Ijazah Sarjana dalam Multimedia Penyelidikan Ya Ya
5 Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Visual Penyelidikan Ya Ya
6 Ijazah Sarjana Inovasi dan Rekabentuk Kerja Kursus Ya Ya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Staf Akademik". Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan. Dicapai pada 10 Disember 2020.