Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya
Fakulti Undang-Undang UM 2021.jpg
Jenis
Ditubuhkan pada21 April 1972; 50 tahun yang lalu (1972-04-21)[1][2]
Institusi induk
Universiti Malaya (UM)
DekanProfesor Madya Datuk Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin
Lokasi, ,
3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639Koordinat: 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639
Laman sesawanglaw.um.edu.my

Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya ialah salah satu daripada 13 fakulti Universiti Malaya (UM).[3] Ia ditubuhkan pada 21 April 1972 selepas penubuhan kampus universiti di Kuala Lumpur dan merupakan sekolah undang-undang pertama yang ditubuhkan di Malaysia.[4]

Fakulti ini telah berkembang daripada hanya pengambilan 50 pelajar pada tahun pertama kepada 160 pelajar sarjana muda setahun (pelajar dalaman), 450 pelajar pascasiswazah, di mana 110 daripadanya telah melanjutkan pengajian PhD (dalaman dan jauh) dan lebih daripada 300 pelajar luar negara.[4] Kini ia telah berkembang daripada sebuah institusi pengajian kepada persekitaran profesional yang matlamatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan profesion undang-undang.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Datuk G. Rajasooria ialah individu yang bertanggungjawab di belakang tabir dan melihat pengiktirafan berkanun Fakulti Undang-Undang, UM. Dekan pertama, Allahyarham Tan Sri Profesor Dr. Ahmad Ibrahim, telah dilantik pada Ogos 1972, sebelum pintu fakulti dibuka pada September 1972 kepada 50 ‘peguam' baru, kumpulan pertama fakulti. Mereka telah menamatkan pengajian pada tahun 1976.[4]

Bermula dari ijazah sarjana muda yang dianugerahkan pada tahun 1976, graduan Sarjana pertama dengan bangganya menerima skrol mereka pada tahun 1978, dan dua tahun kemudian, diikuti dengan penganugerahan PhD. Kumpulan perintis Fakulti Undang-undang ini ialah 'peguam' pertama yang menerima skrol mereka daripada Canselor ketika itu, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.[4]

Fakulti Undang-Undang juga memperkenalkan program Rancangan Pendidikan Undang-Undang Lanjutan pada 1993 dalam usaha membantu menyebarkan pengetahuan mengenai pelbagai aspek undang-undang kepada masyarakat luar kampus.[5]

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Fakulti Undang-Undang, UM telah melahirkan alumni terkenal yang kini berada dalam sektor Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Kerajaan, di Parlimen dan dalam sektor perundangan dan korporat.[6] Antara alumni fakulti ialah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Our History". www.um.edu.my. Dicapai pada 25 September 2017.
  2. ^ "University of Malaya – The oldest university in Malaysia". Malaysia Central. 6 June 2008. Dicapai pada 25 September 2017.
  3. ^ "Faculty of Law: Introduction". Universiti Malaya. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  4. ^ a b c d e Ainul Asniera Ahsan (21 April 2022). "Fakulti Undang-Undang UM sambut ulang tahun ke-50". Malaysia Gazette. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  5. ^ "Program Undang-undang Lanjutan luar kampus". Berita Harian. 15 April 1993. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  6. ^ Rosniza Rasul (23 November 1992). "UM lahirkan 1,312 peguam". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  7. ^ "Zarinah Anwar wanita pertama dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UM". Sinar Harian. 5 Januari 2022. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  8. ^ Zanariah Abd Mutalib (19 Januari 2022). "PM Ismail Sabri masuk UM berdasarkan merit". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  9. ^ a b Mohd Hafiz Ismail (18 Oktober 2020). "Azhar, Takiyuddin rakan universiti". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022. Antara nama yang disebut-sebut dalam krisis politik Malaysia sejak beberapa lalu ialah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan. Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa kedua-dua tokoh itu ialah rakan sekelas ketika mereka belajar jurusan undang-undang di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982 sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1986.
  10. ^ Syuhada Choo Abdullah (12 Januari 1998). "Azwan anggap Suhana istimewa". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]