Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya
Jenis
Ditubuhkan pada21 April 1972; 51 tahun yang lalu (1972-04-21)[1][2]
Institusi induk
Universiti Malaya (UM)
DekanProfesor Dr. Jason Chuah Chin Tik
Lokasi, ,
3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639Koordinat: 3°07′15″N 101°39′23″E / 3.12083°N 101.65639°E / 3.12083; 101.65639
Laman sesawanglaw.um.edu.my

Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya ialah salah satu daripada 13 fakulti Universiti Malaya (UM).[3] Ia ditubuhkan pada 21 April 1972 selepas penubuhan kampus universiti di Kuala Lumpur dan merupakan sekolah undang-undang pertama yang ditubuhkan di Malaysia.[4]

Fakulti ini telah berkembang daripada hanya pengambilan 50 pelajar pada tahun pertama kepada 160 pelajar sarjana muda setahun (pelajar dalaman), 450 pelajar pascasiswazah, di mana 110 daripadanya telah melanjutkan pengajian PhD (dalaman dan jauh) dan lebih daripada 300 pelajar luar negara.[4] Kini ia telah berkembang daripada sebuah institusi pengajian kepada persekitaran profesional yang matlamatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan profesion undang-undang.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Fakulti undang-undang UM pada 2021.

Datuk G. Rajasooria ialah individu yang bertanggungjawab di belakang tabir dan melihat pengiktirafan berkanun Fakulti Undang-Undang, UM. Dekan pertama, Allahyarham Tan Sri Profesor Dr. Ahmad Ibrahim, telah dilantik pada Ogos 1972, sebelum pintu fakulti dibuka pada September 1972 kepada 50 ‘peguam' baru, kumpulan pertama fakulti. Mereka telah menamatkan pengajian pada tahun 1976.[4]

Bermula dari ijazah sarjana muda yang dianugerahkan pada tahun 1976, graduan Sarjana pertama dengan bangganya menerima skrol mereka pada tahun 1978, dan dua tahun kemudian, diikuti dengan penganugerahan PhD. Kumpulan perintis Fakulti Undang-undang ini ialah 'peguam' pertama yang menerima skrol mereka daripada Canselor ketika itu, Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Sultanah Hajah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.[4]

Fakulti Undang-Undang juga memperkenalkan program Rancangan Pendidikan Undang-Undang Lanjutan pada 1993 dalam usaha membantu menyebarkan pengetahuan mengenai pelbagai aspek undang-undang kepada masyarakat luar kampus.[5]

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Alumni-alumni Fakulti Undang-undang Universiti Malaya terdiri daripada individu-individu daripada pelbagai latar belakang yang telah memberi sumbangan masing-masing ke arah pembangunan negara dalam sektor perkhidmatan, kehakiman, perundangan, kerajaan, korporat, akademi dan di Parlimen.[6]

Kini, ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan kehakiman diketuai oleh graduan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di mana badan legislatif diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, badan eksekutif dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan badan kehakiman diterajui oleh Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Bukan itu sahaja, badan perundangan pula diketuai oleh YBhg. Tan Sri Idrus Harun yang memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Dalam sektor kehakiman, keempat-empat jawatan tertinggi disandang oleh graduan Fakulti Undang-undang UM termasuklah Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan YAA Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya YAA Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak YAA Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Antara alumni fakulti termasuklah:

Sektor Kerajaan

Badan Kehakiman

Parlimen

Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Badan Perundangan

Bidang Akademi

  • Profesor Dr. Jason Chuah C.T., Dekan Fakulti Undang-undang UM & Mantan Ketua Jabatan Undang-undang, City Law School UK & Penerima Cambridge Commonwealth Trust Award di Universiti Cambridge.
  • Profesor Leong Wai Kum, Pensyarah Fakulti Undang-undang, Universiti Nasional Singapura
  • Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya[7]
  • Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee, Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya & Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya & Mantan Naib Pengerusi SUHAKAM
  • Profesor Madya Dato Dr. Johan Shamsuddin Sabarudin, Mantan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya & Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)

Lain-lain

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Our History". www.um.edu.my. Dicapai pada 25 September 2017.
  2. ^ "University of Malaya – The oldest university in Malaysia". Malaysia Central. 6 June 2008. Dicapai pada 25 September 2017.
  3. ^ "Faculty of Law: Introduction". Universiti Malaya. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  4. ^ a b c d e Ainul Asniera Ahsan (21 April 2022). "Fakulti Undang-Undang UM sambut ulang tahun ke-50". Malaysia Gazette. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  5. ^ "Program Undang-undang Lanjutan luar kampus". Berita Harian. 15 April 1993. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  6. ^ Rosniza Rasul (23 November 1992). "UM lahirkan 1,312 peguam". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  7. ^ "Zarinah Anwar wanita pertama dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UM". Sinar Harian. 5 Januari 2022. Dicapai pada 14 Mei 2022.
  8. ^ Syuhada Choo Abdullah (12 Januari 1998). "Azwan anggap Suhana istimewa". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mei 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]