Falanks proksimal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Falanks proksimal
Scheme human hand bones-en.svg
Gambarajah falanks
(falanks proksimal bertanda hijau)
Latin Phalanges proximales

Falanks proksimal adalah tulang yang terdapat pada lengan dan kaki kebanyakan vertebrat. Pada manusia, falanks proksimal adalah tulang-tulang yang terletak dekat dengan tapak jari, iaitu bahagian tangan berbonjol yang dipanggil buku jari.

Dalam manusia yang biasa terdapat 20 batang falanks proksimal kesemuanya, iaitu lima di setiap tangan dan lima di setiap kaki. Tulang-tulang persendiannya bergantung secara distal pada jari mana yang terbabit - falanks proksimal ibu jari tangan mahupun kaki bersendi langsung dengan falanks distal, sementara pada kesemua jari lain, falanks proksimal bersendi distal dengan falanks tengah. Sebabnya, ibu jari tangan dan kaki manusia hanya mempunyai dua batang falanks, sementara jari-jari selebihnya ada tiga batang.[1]

Dalam vertebrata lain, falanks proksimal serupa letaknya dalam anggota badan yang bersamaan, baik kaki, sayap mahupun sirip. Dalam kebanyakan spesies, falanks proksimal adalah falanks (tulang jari) yang paling panjang dan paling tebal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Premkumar, Kalyani (2012). Anatomy & Physiology: The Massage Connection. Baltimore, MD. pp. 95. ISBN 978-0-7817-5922-9

Templat:Bones of upper extremity

Templat:Musculoskeletal-stub