Falisha Crossley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Falisha Crossley
KelahiranNur Falisha Crossley binti Faisal
(1986-04-13) 13 April 1986 (umur 33)
Kuching, Sarawak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perakaunan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, peragawati, pengacara
Tahun aktif2010–kini
PasanganMohamad Rafiq bin Mohmad Arif (berkahwin 2017)
Anak1

Nur Falisha Crossley Faisal atau lebih dikenali sebagai Falisha Crossley (lahir 13 April 1986) merupakan seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, berasal dari Kuching, Sarawak.[1] Beliau terkenal menerusi watak gadis punk Sikha dalam filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Falisha lahir dan membesar di Kuching, Sarawak dan berdarah kacukan Melayu-Cina-Inggeris (sebelah bapanya).[3] Beliau mempunyai seorang adik lelaki bongsu yang meninggal dunia pada 2007 akibat ketumbuhan otak pada usia 18 tahun.[1] Datuk beliau pernah bekerja di bahagian kebudayaan dalam pentadbiran di Sarawak. Manakala ibunya pernah menjadi penari sewaktu muda dahulu.[3] Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau merupakan pelajar dalam bidang perakaunan. Selepas tamat belajar di UiTM, beliau bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di Taman Tun Dr. Ismail.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Falisha memulakan kerjaya seninya dengan menyertai Citrawarna dan peragaan fesyen, tetapi tidak terfikir akan terus terbabit secara serius. Namun beliau tidak mengetahuinya sehingga pertengahan 2010, beliau terpilih membintangi Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Ketika itu, Falisha bekerja sebagai juruaudit di Lembah Klang apabila beliau diminta untuk uji bakat untuk iklan komersial selepas sepupunya telah menghantar gambar beliau ke sebuah syarikat penerbitan. Kemudian beliau ditawarkan membintangi beberapa iklan televisyen sekali gus membuka peluang untuknya memulakan kerjaya lakonan.[4]

Beliau telah dipilih menjayakan watak gadis punk bernama Sikha dalam filem sulung arahan Pekin Ibrahim, Mat Moto. Pekin berkata: "Dia (Falisha) mewakili gen Y yang barangkali menjadikan ideologi luar sebagai pegangan hidup. Sementara saya mewakili gen X yang masih memiliki sifat-sifat perjuangan dan patriotisme. Pertembungan kedua-dua gen ini ditonjolkan dalam filem Mat Moto. Tak semestinya gen Y ini tidak ada apa-apa. Ada juga benda yang saya belajar daripada dia dan begitu juga sebaliknya. Bagi menghidupkan watak Sikha, beliau memendekkan rambutnya".[5] Bagi menjayakan watak Sikha, beliau sanggup mengorbankan rambut panjangnya dan memotongnya agar menjadi pendek.[6][7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Rafiq Mohd Arif yang merupakan kapten penerbangan di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada 1 Januari 2017.[8] Pada 6 Oktober, Falisha melahirkan anak perempuannya bernama Nur Raysha Mikhayla binti Mohamad Rafiq.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2016 Mat Moto Sikha Pekin Ibrahim
Syafiq Yusof
Filem pertama
2017 Malay Regiment Falisha Jurey Latiff Rosli

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Derhaka Seorang Madu Malissa TV3
2014 Selamat Pengantin Madu TV3
Istikharah Cinta Juliza TV3
Sarafina Nadira Astro Prima
2015 Memori Cinta Suraya Amira Astro Mustika HD
2016 Dia Semanis Honey Ariana Astro Ria
Aku Bukan Bimbo Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Dendam 5 Beradik Astro Box Office
Nikah Kita Bercinta Astro Ria
2016 Kopi Cinta TV2
Umrah dot.com Astro Ria
2017 Mek Minyak TV2
Sakit TV3
2018 Syurga Kecil Kami TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 1,2,3... Tukar Dirinya sendiri/peserta Astro Ria
2013 Selamat Pagi Malaysia Dirinya sendiri/pengacara TV1
Hello On 2 Dirinya sendiri/pengacara TV2

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Baru Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2016 Pelakon Filem Wanita Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mumtaj Begum (27 Februari 2017). "Meet Malaysia's best new actress, Falisha Crossley". Star2. Dicapai 9 Februari 2017. 
  2. ^ Syed Mahdi, Syed Musaddad (27 Disember 2015). "Tuah Falisha Crossley". Utusan Malaysia. Dicapai 13 Januari 2016. 
  3. ^ a b c Mohd Haikal Isa (1 Februari 2016). Layar introduksi Falisha Crossley Kosmo!. Dicapai pada 21 Jun 2016.
  4. ^ "Nur Falisha: Hati terpaut bidang lakonan". Perak Today. 13 Mei 2014. Dicapai 13 Januari 2016. 
  5. ^ Mohamed Isa, Faten Saphilia (20 Disember 2015). "Pekin, Falisha beradu nasib dalam Mat Moto". KOSMO!. Dicapai 13 Januari 2016. 
  6. ^ "Potong rambut, bergaul dengan punk demi Mat Moto". Malaysian Digest. 19 Januari 2016. Dicapai 13 Januari 2016. 
  7. ^ "Falisha 'Korban' Rambut Panjang Demi Watak Gadis Punk". My News Hub. 4 Disember 2015. Dicapai 13 Januari 2016. 
  8. ^ Kemalia Othman (2 Disember 2016). "Tunang Falisha Crossley Jadi Perhatian Kerana 'Suri Hati Mr Pilot'". mSTAR Online. Dicapai 9 Februari 2017. 
  9. ^ Feride Hikmet Atak (14 Oktober 2017). "Falisha Crossley timang anak perempuan". Berita Harian. Dicapai 22 Oktober 2017. 
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (14 Oktober 2017). "Falisha Crossley dikurniakan puteri sulung". mStar Online. Dicapai 22 Oktober 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]