Falsafaah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu
Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu
Kulit hadapan buku Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu
Umum
PengarangNornizam Ngadeni
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenrePerubatan Tradisional dan Komplementari
Penerbitan
PenerbitBaytul Hikma
Tarikh penerbitan
2017
Jenis media
Kulit lembut
Halaman175
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 978-967-2091-11-0

MUQADDIMAH

Falsafah dan prinsip asas di dalam ilmu Perubatan Melayu adalah berteraskan ilmu wahyu yakni Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Maka sekaligus menyangkal dakwaan mengatakan perubatan Melayu dikaitkan sebagai 'The Malay Magic' kajian oleh Walter William Skeat (1965); Malay Magic: An Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsular, Routledge.

Merujuk kepada kitab 'Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu' yang di tulis oleh Nornizam Ngadeni. Tebal kitab ini sebanyak 175 halaman dan berkulit lembut. Genre buku ini adalah berkaitan Perubatan Tradisional dan Komplementari.

Perubatan Melayu telah diamalkan oleh masyarakat Melayu di Nusantara Melayu sejak berkurun lamanya. Pembuktian amalan Perubatan Melayu diketemukan melalui sumber manuskrip-manuskrip Kitab Tibb (Kitab Perubatan Melayu) seperti;

  1. Kitab Bustan Al-Salatin,Bab ke-tujuh, fasal ke-tiga menyatakan Ilmu Tasyrih dan Ilmu Tibb; Karya Sheikh Nuruddin Al-Raniri pada tahun 1638 masihi di Acheh Dar As-Salam.
  2. Kitab Al-Rahmah fi al-Tibb wa Al-Hikmah; Karya Sheikh Abbas Kuta Karang, Acheh pada tahun 1857 masihi.
  3. Kitab Tayyib Al-Ihsan fi tibb Al-Insan; Karya Sheikh Ahmad Al-Fatani pada tahun 1894 masihi.

Perubatan Melayu dan Perbomohan Melayu adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Ilmu Perubatan Melayu mempunyai sumber teras yang sangat kukuh yakni bersumberkan teras ilmu Wahyu iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Aliran ilmu Perubatan Melayu juga datangnya dari Greek, Arab dan Melayu yang menjadikan ianya unik dan holistik dan diperkayakan lagi dengan pelbagai modaliti (bidang amalan) yang diamalkan.

Imu Perubatan Melayu terdiri daripada:-

  1. Ilmu Perubatan Melayu Teoretikal
  2. Ilmu Perubatan Melayu Praktikal

Perubatan Melayu Teoretikal ialah ilmu yang bersifat ilmiah yang menerangkan konsep perubatan tanpa melibatkan aplikasi dan amalan. Perubatan Melayu Teoretikal membahaskan konsep tubuh yang sihat dan sakit, serta punca dan tanda bagi kedua-dua keadaan tersebut. Kesemuanya dapat dikaji dalam empat bidang;

  1. Mengkaji Sihat
  2. Mengkaji Sakit
  3. Mengkaji Punca
  4. Mengkaji Tanda

Perubatan Melayu Praktikal membincangkan aplikasi Perubatan Melayu Teoretikal demi mencapai kedua-dua matlamat ilmu perubatan iaitu mengekalkan kesihatan dan menghilangkan penyakit. Jadi ada dua topik utama bagi Perubatan Melayu Praktikal;

  1. Kaji Jaga
  2. Kaji Rawat

FALSAFAH PERUBATAN MELAYU

  1. Berusaha untuk menghasilkan dan memelihara kesihatan tubuh badan manusia secara menyeluruh daripada penyakit rohaniahnya dan jasmaniahnya, agar memperolehi keseimbangan aql, nafs dan jasad, supaya menjadi insan yang sihat pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya) untuk melakukan pengabdian diri secara ikhlas kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala (Tabib Ustaz Nizam , Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu, 2017).
  2. Bermula, Tibb (perubatan) itu ilmu yang dengan dia dipeliharakan sihat yang ada dan dengan dia dikembalikan sihat yang telah hilang - Tayyib al-Ihsan fi tibb al-Insan, Sheikh Ahmad al-Fatani

PRINSIP ASAS PERUBATAN MELAYU

Tubuh manusia terdiri daripada 2 juzuk;

  1. Roh
  2. Jasad

Roh terdiri daripada 2 bahagian;

  1. 'Aql (aqal fikiran)
  2. Nafs (jiwa)

Jasad terdiri daripada 4 unsur;

  1. Tanah
  2. Air
  3. Api
  4. Angin

Mizaj(sifat) atau Tabi'ah bagi unsur;

  1. Api bersifat panas/hangat dan kering
  2. Angin bersifat panas/hangat dan basah/lembab
  3. Air bersifat sejuk/dingin dan basah/lembab
  4. Tanah bersifat sejuk/dingin dan kering

9 Mizaj (tunggal, gabung dan ugahari/seimbang)

  1. Panas
  2. Sejuk
  3. Kering
  4. Basah
  5. Panas dan Kering - Safrawi
  6. Panas dan Basah -Damawi
  7. Sejuk dan Kering - Saudawi
  8. Sejuk dan Basah - Balghami
  9. Ugahari - Seimbang/'itidali

Lihat video syarahan unsur dan mizaj : https://www.youtube.com/watch?v=yGTyefYcm7w

Akhlat (Humor/cecair tubuh);

  1. Dam(darah)
  2. Balgham(dahak)
  3. Safra' (hempedu kuning)
  4. Sauda' (hempedu hitam)
Carta Unsur dan Mizaj dalam ilmu Perubatan Melayu
Carta Unsur dan Mizaj Jawi
Carta Meraksi Unsur dan Mizaj Jasad Jasmani Manusia menurut Ilmu Perubatan Melayu

Meraksi ( diagnosis ) Keseimbangan Tubuh

Meraksi adalah istilah yang digunakan di dalam Perubatan Melayu merujuk kepada diagnosis atau mengenal pasti penyakit.

Penyakit terjadi oleh kerana kecederaan aklat atau mizajnya. Ini dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan atau meraksi ;-

  1. Palpasi dan palpitasi nadi
  2. Melihat tanda-tanda qarurah ( air kencing )
  3. Tinja ( tahi yang keluar dari dubur )

Anggota atau Ilmu Tashrih ( anatomi tubuh )

  1. 40 Anggota
  2. 7 Penghulu Anggota

Tenaga/Quwwah

Tenaga adalah keupayaan tubuh manusia mentadbir kesemua aktiviti/pemprosesan dalam tubuh manusia. Terbahagi kepada 2 tenaga;

  1. Tenaga/quwwah ruhaniyyah
  2. Tenaga/quwwah jasmaniyyah

Afa'l/Fungsi

Keadaan di mana proses-proses atau aktiviti yang berlaku di dalam tubuh manusia yang jasmani. Terbahgi kepada dua;

  1. Fungsi Tunggal
  2. Fungsi Gabung

Bidang amalan (modaliti) Perubatan Melayu

  1. Terapi Penawar Doa ('aqal dan jiwa)
  2. Terapi Mandian
  3. Terapi Pemakanan
  4. Terapi Herba Alami
  5. Terapi Urutan
  6. Terapi Penjagaan ibu selepas melahirkan anak
  7. Terapi Senaman dan Nafas
  8. Terapi Bekam
  9. Terapi Resdung
  10. Terapi Kayap
  11. Terapi Barah
  12. Terapi Patah Tulang
  13. Terapi dengan berkhatan
  14. Petua dan Pantang larang

Sumber Rujukan;

1. [1] Kitab Perubatan Melayu

2. Kitab Perubatan Melayu; Al-Rahmah fi Al-Tibb wa Al-Hikmah; Sheikh Abbas Kuta Karang, Acheh; Perumian Mohd Effendi Mohd Shafri dan Hermansyah Muhammad Yahya; Akademi Jawi Malaysia; 2017; ISBN 978-967-14748-6-0

3. Kitab Perubatan Melayu; Tayyib Al-Ihsan fi Tibb Al-Insan; Sheikh Ahmad Al-Fatani; Perumian Mohd Effendi Mohd Shafri; Khazanah Fataniah dan Klasika Media; 2015; ISBN 978-983-9701-93-7

4. Risalah Ilmu Perubatan; Naseer Sobree; Baytul Hikma; 2016; ISBN 978-967-13826-2-2

5. Manuskrip Perubatan Melayu di Fatani ; Jurnal Diarkibkan 2017-12-20 di Wayback Machine

6. Bustan Al-Salatin

7. Perubatan Melayu Berdasarkan Manuskrip Kitab Tibb Melayu; Nornizam Ngadeni, Baytul Hikma 2018, ISBN 978-967-2091-13-4

  1. ^ Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu; Nornizam Ngadeni; Baytul Hikma ; 2017; ISBN 978-967-2091-11-0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Bustanus Salatin, kajian dan transliterasi oleh Naseer Sobree, Baytul Hikma 2017, ISBN 978-967-2091-12-7

2. Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu, Nornizam Ngadeni, Baytul Hikma 2017, ISBN 978-967-2091-11-0

3. Perubatan Melayu Berdasarkan Manuskrip Kitab Tibb Melayu, Nornizam Ngadeni, Baytul Hikmah 2018, ISBN 978-967-2091-13-4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]