Fang Fang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fang Fang
方方
Info kelahiranWang Fang
(1955-05-11) 11 Mei 1955 (umur 65)
Nanjing, China
PekerjaanPenulis
BahasaCina
WarganegaraChina
Pusat pendidikanUniversiti Wuhan
AnugerahHadiah Sastera Lu Xun

Fang Fang (Bahasa Cina: 方方; pinyin: Fāng Fāng) adalah nama pena Wang Fang (汪芳; Wāng Fāng; lahir 11 Mei 1955), beliau merupakan seorang penulis dari China yang memenangi Hadiah Sastera Lu Xun pada tahun 2010. Beliau dilahirkan di Nanjing, Wilayah Jiangsu. Beliau memasuki ke Universiti Wuhan pada tahun 1978 untuk belajar bahasa Cina. Pada tahun 1975, beliau mula menulis puisi dan pada tahun 1982 beliau melancarkan novel pertamanya bertajuk Da Peng Che Shang (大篷车上). Pada tahun 1987, beliau menerbitkan sebuah karya agung Feng Jing (风景), dan memenangi anugerah novel sederhana tahun 1987-1988 dalam peringkat kebangsaan. Karya lain, termasuk Qin Duan Kou (琴断口), dan Xing Yun Liu Shui (行云流水), Jiang Na Yi An (江那一岸), Yi Chang San Tan (一唱三叹), telah diterima dengan baik juga. Oleh kerana beliau sangat menyayangkan orang miskin, banyak karya beliau yang ditulis bagi mencerminkan kehidupan mereka yang sebenar.[1]

Diari Wuhan[sunting | sunting sumber]

Semasa kuarantin Hubei 2020, Diari Wuhan (武汉 日记), sebuah laporan harian tentang bandar terkunci yang disiarkan di media sosial, telah tersebar secara meluas.[2]

Wuhan Diary versi Bahasa Inggeris, yang diterjemahkan oleh Micheal Berry, akan diterbitkan oleh Harper Collins pada bulan Ogos 2020.[3]

Menurut Global Times, sebuah akhbar tabloid harian nasionalis di bawah pentadbiran Parti Komunis China, penerbitan itu mendapat kemarahan dari pembaca di China, kerana gambaran harian kerajaan China dan dakwaan penggunaan sumber terpakai. Kepantasan terjemahan bahasa Inggeris dan Jermannya yang mana kedua-duanya tersedia untuk pra-pesanan di Amazon pada 8 April, hanya 2 minggu setelah selesai versi Weibo China asalnya (yang selesai pada 25 Mac), juga menuai kritikan dan spekulasi mengenai tuduhan "Kerjasama yang berpotensi dengan pengaruh asing".[4][5]

Di dalam Diari Wuhan, Fang Fang telah meminta penghentian kepada penapisan internet di China "Wahai para penapis internet, anda harus membiarkan orang Wuhan berbicara"[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sina.com, Rencana berkaitan Fang Fang (dalam bahasa Cina, Terjemahan Inggeris Google)
  2. ^ "Fang Fang: The 'Conscience of Wuhan' Amid Coronavirus Quarantine". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). 23 Mac 2020.
  3. ^ "Wuhan Diary by Fang Fang". Harper Collins (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Cao, Siqi (2020-04-08). "Chinese vigilant on deifying writer Fang Fang amid publication of Wuhan diary in English". Global Times.
  5. ^ Cao Siqi and Chen Qingqing (10 April 2020). "Fans disappointed as Wuhan Diary's overseas publication 'gives ammunition to antagonist forces'" (dalam bahasa Inggeris). Global Times.
  6. ^ Kiki Zhao (14 Februari 2020). "The Coronavirus Story Is Too Big for China to Spin" (dalam bahasa Inggeris). New York Times.