Fantasia (persembahan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah pertunjukkan Fantasia di Festival Tan-Tan (Moussem), Tan-Tan, Maghribi.
Fantasia Arabe oleh Eugene Delacroix, 1833

Fantasia adalah sebuah pertunjukkan kemahiran berkuda tradisional di Maghreb. Ia dipertontonkan semasa festival budaya atau acara penutup bagi perayaan perkahwinan masyarakat Berber. "Fantasia" bukan merupakan nama asal bagi pertunjukkan ini. istilah tradisional yang digunakan adalah lab el baroud ("permainan serbuk senjata api").[1]

Pertunjukkan ini dilakukan oleh sekumpulan penunggang kuda yang memakai pakaian tradisioanl, dan menunggang kuda pada kelajuan yang sama bagi membentuk satu garisan lurus, dan apabila hampir dengan garisan penamat (kira-kira 200 meter) mula melepaskan tembakan ke udara dengan menggunakan senapang musket lama atau senapang muatan laras.[2] Kessukaran persembahan ini adalah semasa menyusun pergerakkan kuda sebelum membuat pecutan, dan terutamanya apabila menembak senjata secara serentak oleh itu menghasilkan seolah-olah hanya satu bunyi tembakan sahaja akan kedengaran. Kuda yang digunakan merujuk kepada kuda fantasi dan dari jenis yang dikenali sebagai kuda Barb atau kuda Berber.[3]

Fantasia dianggap sebagai pertunjukkan kebudayaan dan sejenis seni mempertahankan diri;[4] ia juga menjadi simbol hubungan di antara penunggang dan kudanya.[5]

Setiap wilayah di Maghribi memiliki sebuah atau beberapa kumpulan fantasia yang dikenali sebagai serba, berjumlah beribu-ribu penunggang kuda di seluruh negara. Persembahan fantasia biasanya dilakukan semasa perayaan musim cuti, kebudayaan atau keagamaan juga dikenali sebagai moussem ("musim" di dalam bahasa Arab). Beberapa restoran berasaskan persembahan juga ada menyediakan fantasia sebagai sebahagian daripada pertunjukkan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burton Holmes (1919). Burton Holmes Travelogues. Travelogue Bureau. m/s. 99.
  2. ^ Philip Durham Trotter (1881). Our Mission to the Court of Marocco in 1880: Under Sir John Drummond Hay ... D. Douglas. m/s. 342.
  3. ^ Jackie Budd (1 January 1998). Horse and Pony Breeds. Gareth Stevens Publishing. m/s. 40. ISBN 978-0-8368-2046-1.
  4. ^ Arabies (ed. 114-120). Arabies. 1996. m/s. 65.
  5. ^ Deborah Anne Kapchan (1996). Gender on the Market: Moroccan Women and the Revoicing of Tradition. University of Pennsylvania Press. m/s. 205–206. ISBN 0-8122-1426-9.
  6. ^ Emmis Communications (April 1986). Orange Coast Magazine. Emmis Communications. m/s. 119. ISSN 02790483.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]