Farah Asyikin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Farah Asyikin
Nama lahirFarah Asyikin binti Zulkifli
Kelahiran (1979-11-17) 17 November 1979 (umur 42)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1999–kini
Syarikat rakaman
Nature Records
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.farahasyikin.com

Farah Asyikin Zulkifli (lahir 11 November 1979) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya, "Kembali Lagi di Sisimu" (2000), seterusya meraih tempat ketiga dalam Malaysian Idol musim kedua 2005 dan tempat kelima One in a Million musim pertama pada 2006.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Farah mula menceburi bidang hiburan sebelum menyertai pertandingan nyanyian TV pada pertengahan 2000-an. Beliau menjayakan iklan TV pertamanya seawal usia 16 tahun iaitu iklan snek Twisties. Beliau mula dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single "Kembali Lagi Di Sisimu" menerusi album kompilasi Bebas yang diterbitkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet. [2]

Farah mengeluarkan album solo pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album di bawah Nature Records pada Mei 2007, tetapi hubungannya dengan syarikat rakaman bebas tersebut dikatakan keruh gara-gara syarikat itu menangguhkan pengedaran albumnya. Pada hujung 2007, Farah turut membuka syarikat pengurusan sendiri iaitu Farah Asyikin Management Entertainment.[3]

Pada April 2008, Farah mengharumkan nama Malaysia di nusantara dengan meraih anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008.[4]

Pada tahun 2018, beliau menjadi salah seorang peserta Gema Gegar Vaganza musim kedua.[5]

One in a Million[sunting | sunting sumber]

  • PupusDewa 19 (Top 20)
  • Baby One More TimeBritney Spears (Top 12)
  • Total Eclipse of the Heart – Bonnie Tyler (Top 10)
  • Bilang SajaAgnes Monica (Top 9)
  • Time After Time - Cyndi Lauper (Top 8)
  • Anytime You Need a FriendMariah Carey (Top 7)
  • Takkan Ada Cinta Yang Lain - Dewa (Top 6)
  • Tak Tercapai Akalmu - Elyana (Top 6)
  • Trees - Marty Casey & The Lovehammers (Top 5)
  • UnfaithfulRihanna (Top 5)
  • Superwoman - Karyn White (Setelah penyingkiran pada minggu Top 4)

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Farah Asyikin ialah anak sulung daripada empat adik-beradik kepada pasangan Zulkifli Mohamad dan Fawziah Othman. Beliau ialah pemegang Diploma Lanjutan Pengiklanan dan Penyiaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.

Pada 12 Mei 2007, beliau mengahwini Dr. Fariz Yahya, seorang doktor bedah,[2] setelah bertunang pada 10 Disember 2006,[6] namun pernikahan itu bertahan setakat setahun lalu mereka berdua sah bercerai pada 26 Mei 2008.[7]

Beliau kini telah bertudung. Selepas menamatkan kerjaya penyanyi beliau kini menghabiskan dengan badan kebajikan, beribadah dan sebagainya.[8][9] Pada 2013 Farah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Afrika Selatan bernama Zahir Stanley dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ebrahim Owais pada Mac 2014 tetapi hubungan Farah dengan Zahir tidak perpanjangan apabila bercerai pada 2015.[10] Beliau kemudian berkahwin Iskandar Mokhtarudin, seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat minyak dan gas juga bapa tunggal pada Januari 2017.[11]

Bapanya, Zulkifli Mohamad meninggal dunia pada 26 Mac 2016, namun tidak diketahui sebab kematian.[12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Farah Asyikin

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Kembali Lagi Di Sisimu" 1999
"Lamunan Hati" 2000
"Dari Sini Ke Bintang-Bintang" 2007
"1000 Penipuan"
"Cinta" 2008
"Get Happy"
"E.R.T." 2009
"Di Pangkuan Pilu"
"Hello" 2010
"Tak Ingin Akhiri"
"Aku Tanpa Kamu"
"Penjagaku" 2011
"Ada Mu"
"Berpisah Untuk Setia" 2012
"Redhamu" 2013
"What's Going On" 2014
"I'm Nothing Without You Allah" 2016

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2008 Anugerah Planet Muzik 2008 Artis Wanita Baru Terbaik Dirinya sendiri Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Azira Abd Aziz (6 Mei 2010). "Penghijrahan jiwa Farah Asyikin". mStar Online. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  2. ^ a b Zubir Mohd Yunus (2007-11-18). "Farah minta maaf kontroversi skirt pendek". Berita Harian. Dicapai pada 2008-07-10.
  3. ^ Norliza Mohamad Ghazali (2008-03-08). "Farah Asyikin, syarikat rakaman bermasalah?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-07-10.
  4. ^ Niezam Abdullah (2008-04-27). "Mencari Terbaik Dalam Anugerah Planet Muzik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-07-10.[pautan mati kekal]
  5. ^ Azyyati Ahmad (21 Mac 2018). "Awi Rafael, Farah Asyikin sertai Gema Gegar Vaganza musim kedua". Astro Awani. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  6. ^ "Gambar Farah Asyikin OIAM Bertunang". syokkahwin.com. 2006-12-15. Dicapai pada 2008-07-10.
  7. ^ Zubir Mohd Yunos (8 Jun 2008). "Farah Asyikin-Dr. Fariz sah bercerai". Berita Minggu. Dicapai pada 5 Mei 2018 – melalui KLiK.
  8. ^ Nor Akmar Samudin (17 Mei 2012). Dapat tawaran jadi tutor Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2012. Dicapai pada 5 Mei 2013.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (12 April 2012). Farah Asyikin Jadi Guru Sepenuh Masa mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2012. Dicapai pada 5 Mei 2013.
  10. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (28 Januari 2016). "Farah Asyikin Cerai Talak Satu, Tebus Talak RM100". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-31. Dicapai pada 1 Februari 2016.
  11. ^ Zaidi Mohamad (7 Januari 2017). Farah Asyikin bernikah kali ketiga Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2017.
  12. ^ Zaidi Mohamad (26 Mac 2016). Bapa Farah Asyikin meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]