Farah Fauzana binti Mohd Fadzil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Farah Fauzana" dilencongkan di sini.
Farah Fauzana
Kelahiran Farah Fauzana binti Mohd Fadzil
(1980-02-07) 7 Februari 1980 (umur 38)
Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Fara Fauzana, FaFau
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio
Tahun aktif 2004 - kini

Farah Fauzana binti Mohd Fadzil (lahir 7 Februari 1980) lebih dikenali sebagai Fara Fauzana atau FaFau oleh peminatnya, merupakan seorang pelakon, pengacara, pelawak dan antara bekas penyampai radio popular di Malaysia.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai pelbagai seperti memandu kereta, fotografi, bersukan dan beriadah, Farah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi penyampai radio Era FM pada tahun 2004-2005.
  • Menjadi penyampai radio Hot FM pada tahun 2006- 26 Februari 2016.
  • Menjadi pengacara Melodi di TV3 bersama Wahid Senario.
  • Menjadi pelakon utama sitkom Fara di TV3.
  • Menjadi pengacara Nona di TV3 bersama Neelofa.
  • Menjadi pengacara Res-Q di TV3
  • Menjadi pengacara Muzik Muzik 30 bersama AG dan Muzik Muzik 31 Fizie Hot FM

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang lelaki bernama Muhammad Hafiz. Bagaimanapun, berikutan masalah peribadi, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Renjer (TV1)
  • Gadis Cuci

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Fara (TV3)
  • Karoot Komedia X Musim ke-2 Astro Warna dan Astro Mustika HD
  • Anugerah Juara Lagu ke 30 bersama AG dan Anugerah Juara Lagu ke 31 bersama Fizie Hot FM , Awal Ahsaari dan Sarimah Ibrahim
  • Trek Selebriti sebagai Artis Jemputan Astro Ria
  • Anugerah Sukan Malaysia 2016 sebagai Pengacara dengan Hafizal Ahmad Astro Arena

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Pengacara TV Wanita Popular ABPBH 2005-2012
  • Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2007-2014 ( Memenangi setiap tahun )
  • Anugerah Meletop Era 2016 Hos Meletop Fara Fauzana Muzik Muzik 30 Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (26 Februari 2016). Fara sedih hari terahir di konti Hot FM Berita Harian. Dicapai pada 15 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]