Farahdhiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Farahdhiya
KelahiranFarahdhiya binti Mohd Amin
(1984-04-28) 28 April 1984 (umur 35)
Sarzana, Itali Itali
Warganegara Malaysia
Nama lainFarahdhiya
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004 - Sekarang
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
KRU Records
NAR Records

Farahdhiya binti Mohd Amin (dilahirkan pada 28 April 1984) atau lebih dikenali sebagai Farahdhiya ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita yang bergiat di dalam dunia hiburan Malaysia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan berketurunan kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor [1]. Mendapat pelajaran awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot.FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.[perlu rujukan]

Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.

Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Bertakhta Di Hati (2004)

Senarai Lagu:

  1. Bertakhta Di Hati
  2. Senandong Femina
  3. Kekal Antara Kita
  4. Berbaringan Rindu
  5. Tak Seindah Janji
  6. Rintihan
  7. Alihkan Cintamu
  8. Mana Sua
  9. Sering Kau Lafazkan
  10. Di Sini Bersemi
  • Yang Ku Puja (2006)

Senarai Lagu:

  1. Yang Ku Puja
  2. Kau Yang Terpaling Ku Cinta
  3. Bergauran Dalam Kehidupan
  4. Padan Muka
  5. Bertakhta Di Hati
  6. Berbaringan Rindu
  7. Di Sini Bersemi
  8. Kekal Antara Kita
  9. Alihkan Cintamu
  10. Bertakhta Di Hati (minus one)
  11. Yang Ku Puja (minus one)
  12. Jiwaku Bersayap

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Farahdhiya merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015.

Minggu 1: Bertahta Di Hati (lagu sendiri)

Minggu 2: Di Alam Fana Cinta (nyanyian asal Fotograf)

Minggu 3: Joget Siapa Dia (nyanyian Wann)

Minggu 4: Aku dan Dirimu - duet bersama Alif Satar (nyanyian asal Bunga CInta Lestari & Ari Lasso)

Minggu 5: Mencintaimu (nyanyian asal Kris Dayanti)

Minggu 6: Di Manakanku Cari Ganti (nyanyian asal Tan Sri P Ramlee)

Minggu 7 (suku akhir): Enter Sandman (nyanyian asal Metallica)

Minggu 8 (separuh akhir): Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (nyanyian asal Ramlah Ram)

Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Janji Manismu (nyanyian asal Aishah)

Tugasan Kedua (battle vs Nassier Wahab) - Ooh! La! La! (nyanyian asal KRU)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 Mencari Arah Kiblat
2007-08 Spa Q Fatin TV3
2008-2009 Ku Milikmu Soraya @ Kirana TV3 Slot Lestary
2010 Chinta (siri TV) Saadatul Saadah TV3 Slot Akasia
2011 Annisa Shila TV3 Slot Samarinda
2013 Derhaka Seorang Madu TV3 Slot Azalea
2013 Nur Hidayah Nur Hidayah TV3
2014 Cahaya Dihujung Nyawa Tiara HyppTV
2016 Bodyguard Nasya TV3 Slot Aksi
2016 Karma Siri 2 TV1
2018 Mencari Qiblat TV3 Slot Zehra
2019 Cinta Tanpa Henti Salina TV3
2019 Rumah Siti Khadijah Sakinah TV3 Slot Samarinda

Telemovie[sunting | sunting sumber]

Program TV/Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2011 Dan Sebenarnya
2014 Perempuan Lindungan Kaabah
2015 Ombak Kenangan Cempaka
2019 Wakaf Dosa
Tahun Tajuk Watak Channel
Jaguh Futsal Pengacara RTM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farahdhiya Selesa Masak Makanan Melayu. mstar. Dicapai pada 11 Januari 2019.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]