Farali Khan
Farali Khan | |
|---|---|
فارالي خان | |
Farali Khan sebagai Inspektor Anis dalam filem War On Terror: KL Anarki | |
| Kelahiran | Norfara binti Ali Dad Khan 15 April 1989 |
| Pekerjaan | Pelakon, model |
| Tahun aktif | 2015–kini |
Karya | Filemografi |
| Ibu | Norazlina Chow |
| Bapa | Ali Dad Khan bin Zardad Khan |
| Keluarga |
|
Norfara Ali Dad Khan atau lebih dikenali senagai Farali Khan (lahir 15 April 1989) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon di Indonesia.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 15 April 1989 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik kepada pasangan Ali Dad Khan bin Zardad Khan dan Norazlina Chow serta mempunyai darah campuran Pakistan, Cina, Melayu dan Arab. Beliau juga adik kepada pelakon Miller Khan serta kakak kepada Aliff Alli dan Isa Khan.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjayanya di Indonesia dengan membintangi sinetron pertamanya, Hijab I Love You sebagai Selly bersama Ochi Rosdiana, Fachri Muhammad dan Tengku Firmansyah pada tahun 2016. Filem pertama beliau ialah 3 Dara yang ditayangkan pada tahun 2015 yang dilakonkan bersama Adipati Dolken, Tora Sudiro dan Melayu Nicole Hall. Pada tahun 2017 pula, Farali telah membintangi filem Demi Cinta yang ditayangkan di pawagam pada Januari. Farali berperanan sebagai Cempaka dalam filem ini bersama pelakon lain seperti Nasya Marcella, Ricky Harun, Titi Kamal dan ramai lagi.
Farali mula mendapat perhatian menerusi filem Polis Evo 3 , yang mana beliau melakonkan watak sebagai Inspektor Julie yang merupakan seorang anggota polis dengan gaya menembak tepat dan tempur jarak dekat. Ada sesetengah mendapati beliau seiras dengan Sofia Jane yang juga merupakan seorang pelakon dari segi rupanya kerana mempunyai ciri-ciri perwatakan yang hampir sama. Ramai memuji lakonan beliau dalam filem ini dan menjadikan bualan orang ramai.[3]
Pada tahun 2025, Farali membintangi telefilem Srikandi yang disiarkan di saluran RTM. Telefilem epik ini menampilkan Farali sebagai watak utama, memegang peranan sebagai Tuanku Siti Zubaidah, seorang wanita bangsawan dari era 1600-an yang berjuang menyelamatkan suaminya daripada lanun yang telah menculik dan menawannya.[4]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2022, beliau telah mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup dan memilih untuk tidak mendedahkan butiran perkahwinannya kepada umum pada ketika itu.
Perkahwinan tersebut hanya dikongsikan kepada khalayak secara rasmi melalui laman Instagram peribadinya beberapa ketika selepas itu.Walaupun aktif dalam industri hiburan, Farali dikenali sebagai seorang yang bersifat peribadi dalam hal-hal berkaitan kehidupan keluarganya, dan jarang berkongsi secara terbuka mengenai perkara-perkara yang melibatkan hubungan peribadi dan kekeluargaan Hasil perkahwinan tersebut, beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Hanisah Selamat (19 Oktober 2018). Farali contohi disiplin Faizal Hussein Berita Harian. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
- ↑ Amirul Haswendy Ashari (28 Jun 2018). Nama kukuh di seberang Harian Metro. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
- ↑ Mya Amri (1 Jun 2023). "#PE3: "Jadi Sniper Pun Smart!" - Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang 'Bad Ass'". Gempak.
- ↑ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 2025-06-26.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1989
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Pakistan
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Muslim Malaysia
- Orang dari Johor
- Pelakon wanita Indonesia
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Peragawati Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Indonesia
- Pelakon filem Indonesia