Faralyna Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Faralyna Idris
KelahiranFaralyna binti Md. Idris
(1991-01-05) 5 Januari 1991 (umur 28)
Taiping, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainFaa
PekerjaanModel, pelakon
Tahun aktif2009–kini
EjenPrestige Talents (2015–kini)
PasanganMuhammad Fikri Abdullah (berkahwin 2014)
Anak2

Faralyna Md. Idris (lahir 5 Januari 1991)[a] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 menerusi drama Kisah Kaisara 2 arahan Aziz M. Osman, yang merupakan drama pertama lakonannya.[1] Seterusnya namanya melonjak naik ketika membintangi drama Asmara arahan Heykal Hanipah sehingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 bagi kategori Pelakon Baru Wanita Popular sebagai Top 20.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sejak kematian ibunya, Jalaliah "Julie" Ismail, Faralyna dan keluarganya mula mengalami masalah kewangan. Pernah satu ketika dulu Faralyna ponteng sekolah kerana malu tidak membayar yuran kerana beliau bersekolah di sekolah swasta. Atas saranan Norsiah Ramli, ibu kepada pelakon Diana Danielle yang merupakan satu sekolah dengannya menyarankan agar Faralyna menceburi bidang lakonan untuk menyara diri. Pada mulanya Faralyna ingin mencuba dan pergi menghadiri uji bakat untuk drama terbaru Aziz M. Osman. Tidak disangka Aziz menyukai lakonannya. Disitulah bermulanya kerjaya Faralyna. Antara drama yang pernah dibintanginya dan memegang watak utama adalah Sutera Cinta, Kali Kedua, Fira Ayuni, Kampus, Dingin Lavenda, Asmara, Asmara 2, Rawan, Fajar Aiman dan banyak lagi.[2][3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini pernah berpacaran dengan pelakon Hairul Azreen (kini berkahwin dengan Hanis Zalikha) sekitar 2011 dan merancang untuk berkahwin.[4] Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013.[5] Beliau berkahwin dengan jurugambar Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014, majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Cruise Tasik Putrajaya.[6] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei selepas berkenalan selama dua tahun.[7][8]

Hasil perkongsian hidupnya dengan Fikri, Faralyna dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Fira Anggun yang dilahirkan pada 29 Oktober 2015[9] dan Fira Ayu yang dilahirkan pada 21 Jun 2018.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2010 Lukisan Hati Filem bebas
2011 Klip 3GP Sandra Filem pertama
2013 Gila-Gila Remaja 2 Lisa

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Kisah Kaisara Musim 2 Hanna TV3
Sofea Zahra Astro Ria
2009 Bio-Nik Musim 2 Lisa TV3
2010 Siti Kelembai Keisha TV3
Asmara Melati TV3
2011 Si Jundai
Asmara 2 Melati
Dingin Lavenda Nana TV3
2012 Kampus Malisha
Kali Kedua Qaseh
Sutera Cinta Qistina
Miss Octopus Suzi TV3
6 Progresif Dahlia TV9
Rawan Zura Atikah TV3
Super Smash Cikgu Shahsha Astro Ceria
2013 Debunga Lalang Aliya TV3
Duri Dihati Farah TV3
Misiku Kuza Musim 1 Amy Astro Ria
Benci Vs Cinta Miranda Astro Ria
Fira Ayuni Fira Ayuni TV3
Dan Calonnya Adalah Katrina Tonton
Mencintaimu Natasha/Anissa
2014 Ryujin Juwara Maya TV3
Fajar Aiman Fajar TV3
Misiku Kuza Musim 2 Amy Astro Ria
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Alisha TV3
2016 Amsyar Arfah TV9
Tika Langit Terbuka Astro Oasis
2018 Cinta Koko Coklat Jasnita ntv7

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Cindrella Blues Lily
Jangan Benci Cinta
Anna Maria Hanem
2010 Dari Kokdiang Ke Kolumpoq Ain
Teknofobia
Driver MD Rita
2011 Kluang 12 tengah malam Suraya
2012 Di Sebalik Senyuman
Laila Sari
Cuba Jadi Lelaki Melia
2013 Untuk Terakhir Kali Tina
Arah Ke Kuburmu Rina
Dr Rushidi Maya
Dendam Rindu Nadia
Bunga Larangan Manisah
Tujuh Dulang Asam Pedas
Cinta Muka Buku Najwa
2014 Airis Airis
Kifarah: Kenan Emma
Kisah Hidup Jai Suraya
Tanah Kubur Miza
Setulus Cinta Aqilah Aqilah
Kekabu Anjang Hasanah
Tolong Aku Nak Puasa Arina
Milik Kita Areesya
Sedalam Mana Cinta Roza
Hantu Langsir
Dari Kerana Mata
2016 Tika Langit Terbuka Nadia

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Spellbound: Crimes of the Mind Dirinya sendiri Crime & Investigation Network Lakonan semula

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon Baru Wanita Popular Dicalonkan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang tiga tahun lebih tua daripadanya. Ini kerana Azizulhasni lahir pada 5 Januari 1988, manakala Faralyna lahir pada 5 Januari 1991.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seksi Faralyna bertempat Kosmo! (19 Disember 2012). Diperoleh pada 11 Februari 2013.
  2. ^ Zaidi Mohamad (28 Ogos 2016). Faralyna bahagia jadi ibu Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2016.
  3. ^ Ramlah Zainal (14 Oktober 2016). Tampil lebih matang Harian Metro. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  4. ^ Mohd Ifqdar Abd Rahman (7 September 2011). Hairul, Faralyna bercinta Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 April 2014.
  5. ^ Khairul Amri Hassan (9 Februari 2013). Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah Kosmo!. Diperoleh pada 9 April 2014.
  6. ^ Faralyna sah bergelar isteri kepada Fikri Berita Harian (12 Disember 2014). Dicapai pada 1 Januari 2015.
  7. ^ Faralyna Idris nikah Fikri 12 Disember Berita Harian (9 Disember 2014). Dicapai pada 1 Januari 2015.
  8. ^ Ifqdar Rahman (17 Disember 2014). Kawan hingga ke Pelamin Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  9. ^ Norhayati Nordin (21 Mei 2016). Faralyna utamakan Anggun Harian Metro. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  10. ^ Syafiqah Jalal (28 Jun 2018). Faralyna Idris selamat melahirkan puteri kedua, namakan Fira Ayu Astro Gempak. Dicapai pada 13 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]