Farid Kamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Farid Kamil bin Zahari)
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato’
Farid Kamil
DIMP
Farid kamil.jpg
Farid Kamil semasa sesi pratonton filem Hantu Gangster.
Kelahiran Farid Kamil Bin Zahari
(1981-05-05) 5 Mei 1981 (umur 36)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma Seni Persembahan
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan Pelakon, Pengarah, Model, Penulis Lakon Layar
Tahun aktif 1999–kini
Ketinggian 1.84 m (6 ka +38 in)
Berat 71 kg (157 lb; 11.2 st)
Pasangan Datin Diana Danielle (kahwin 2012–kini) «start: (2012)»"Marriage: Datin Diana Danielle to Farid Kamil" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Farid_Kamil)
Anak Muhammad Bin Farid Kamil
Nur Aurora Binti Farid Kamil
Ibu bapa Dato' Dr. Zahari Che (Bapa)
Datin Sharifah Bardah Syed Abdilllah (Ibu)
Saudara Fadzil Zahari (Adik)
Yana Samsudin (Adik Ipar)

Dato' Farid Kamil Bin Dato' Dr. Zahari, DIMP[1] atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil (lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, model, penulis lakonlayar dan pengarah filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.

Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) dan terbaru Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.

Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[2] Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.[3][4] Beliau berkahwin dengan pelakon Diana Danielle pada 2012 dan kini dikurniakan dua cahayamata.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA iaitu Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau merupakan anak sulung dari 5 adik beradik juga mempunyai ijazah dalam bidang pembikinan filem di UiTM. Adiknya, Fadzil Bahri juga seorang pelakon. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah yang nasing-masing berkecimpung dalam bidang kedoktoran dan perubatan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1999–2007: Bidang peragaan ke layar perak[sunting | sunting sumber]

Farid mula menceburi bidang peragawan di majalah-majalah fesyen serta pentas catwalk sejak 1999. Dengan ketinggian 184cm & berat 75kg; Farid menceburi bidang modeling untuk menampung pengajiannnya. Antara iklan komersil terawal beliau adalah Dunhill, Pringles dan TM Net

Farid Kamil berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan daripada Universiti Teknologi MARA. Bakat seni beliau dicungkil oleh pengarah prolifik A Razak Mohaideen menerusi watak kecil dalam filem Mistik; sebelum filem tersebut Farid pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri TV, Fakulti arahan Razak pada tahun 2000. Farid diberi peluang memegang watak adik kepada aktres Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Farid bertuah kerana mendapat didikan seni lakon daripada pelakon ternama Ahmad Yatim sekaligus memberi sedikit impak artistik dalam hasil seni lakon beliau biarpun sering muncul dalam filem-filem komersial arahan Razak.

Pada 2004, populariti beliau melonjak naik apabila kerap muncul dalam filem lakonan Erra, serta bergandingan bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza untuk kempen iklan komersil Hotlink. Iklan komersil itu berjaya meletakkan Farid sebagai salah seorang aktor dan peragawan muda yang digemari ramai.[6]

Farid juga lebih cenderung berlakon di bawah arahan A Razak sehinggalah beliau mencuba keluar daripada kepompong Razak melalui filem Remp-It arahan Ahmad Idham. Beliau juga diberi peluang oleh penerbit terkenal, David Teo untuk menjadi penulis lakonlayar untuk filem tersebut.

Farid hanya berlakon di bawah studio Metrowealth Movies Production sehingga 2006, sebelum kini seringkali muncul dalam filem terbitan studio Tayangan Unggul. Pun begitu, Metrowealth juga memberi peluang kepada Farid untuk bergelar pengarah, serta muncul dalam filem-filem terbitan mereka. Farid hanya dua kali muncul dalam filem/ siri TV terbitan studio Grand Brilliance menerusi filem kerjasama Skop Production - Evolusi KL Drift, serta sebelum itu menerusi drama kerjasama Malaysia - Indonesia - Begitulah Cinta pada 2005.

2008–2010: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 2008, Farid menerima pencalonan untuk kategori Aktor Terbaik menerusi lakonan berkesannya sebagai anak jalanan dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali. Pada 18 Februari 2009, sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang lakonan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia apabila dipilih untuk menerima anugerah tertinggi Anugerah Seni Negara untuk piala Anugerah Bakat Muda Seni Lakon; Osman turut menerima piala bagi kategori Anugerah Bakat Muda Perfileman.

Pada 2009 juga, Farid bersama pasangan serasinya, Lisa Surihani diikat oleh Astro untuk menjadi Wajah Eksklusif Astro Megadrama selama setahun.[7] Untuk tempoh itu, Farid hanya akan muncul dalam drama siaran Astro sahaja. Artis sedia ada yang telah menjadi Wajah Eksklusif Astro adalah primadona filem melayu, Erra Fazira dan aktor Singapura, Aaron Aziz.

Pada tahun 2010, filem pertama arahan Farid yang pernah disekat tayangannya, V3: Samseng Jalanan[2][8][9] menemui penonton pada 8 Mac 2010,[2] diikuti oleh filem Evolusi KL Drift 2 lakonannya yang ditayangkan pada 25 Mac. Filem ini mencatat kutipan pecah panggung dan kritikan positif daripada pengkritik. Selain itu, Farid muncul dalam 2 buah filem romantik bergandingan bersama Lisa iaitu filem Semerah Cinta Stilleto[10] dan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan (LBS). Kedua-dua filem ini berjaya mencatat kutipan box-office, malahan filem LBS mencipta sejarah menjadi filem romantis pertama meraih kutipan RM3 juta pada minggu pertama tayangan.

Menerusi watak Kasyah Khairuddin dalam filem tersebut, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.[11] Sejak menceburi bidang lakonan ketika berusia 22 tahun, Farid kini telahpun menghiasi hampir 30 buah filem biarpun masih belum mencecah usia 30 tahun. Beliau kini menjadi pelakon lelaki paling disebut-sebut di Malaysia.

2011–2013: Filem ketiga dan projek seterusnya[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Farid menerima pencalonan bagi kategori Lakonlayar Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 bagi kategori Lakonlayar Terbaik menerusi filem kedua arahannya, Kongsi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar dan Puteri Mardiana. Dalam filem ini, Farid tidak berlakon, sebaliknya membuat penampilan istimewa sebagai ASP Khamis. Kongsi ditayangkan pada 12 Mei 2011 merupakan kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM 1.1 juta semasa tayangannya. Bagaimanapun tidak lama selepas filem ini ditayangkan, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) memfailkan aduan mengenai filem tersebut yang didapati menggunakan perkataan sulit pertubuhan itu seperti "Abang Long" dan "Ayahanda", turut sama terlibat dalam isu ini ialah filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.[12]

Farid kemudianya muncul dalam satu-satunya filem lakonannya bagi tahun 2011 ialah 3, 2, 1 Cinta arahan Azhari Zain, bersama Diana Amir dan Pierre Andre, seterusnya muncul dalam drama Wasiat di Astro Ria yang turut dibintangi oleh Sara Ali dan Beto Kusyairy. Selain itu, beliau bergandingan bersama Intan Ladyana dalam telefilem Apa Dah Jadi? yang disiarkan di Astro Prima.

Pada 2012, filem ketiga arahannya, Pe3 menemui penonton di pawagam, Farid sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini dengan memegang watak utama sebagai Megat, diikuti oleh tiga filem lakonannya — 3 Temujanji arahan Azhari Zain sebagai penampilan kameo, serta dua filem sebagai pelakon utama — Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan dan Hantu Gangster arahan penyanyi kontroversi, Namewee yang terkenal menerusi lagu Negarakuku. Pada tahun berikutnya (2013), beliau membintangi hanya dua filem — Bencinta dan Dampak.

Beliau dilaporkan telah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya dan mengalami kecederaan di bahu kiri beliau. Farid telah menjalani satu pembedahan kecil pada Sabtu lalu dan menafikan yang bahunya patah selain keadaannya kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.[13]

2014–kini: Apokalips X, Lagenda Budak Setan 3 dan kembali ke kerusi pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem pertama lakonan Farid pada 2014 ialah filem aksi fantasi arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April, dalam filem ini, Farid melakonkan watak sebagai X, ketua kumpulan Puak Merah Putih, ia diikuti oleh dua filem lakonannya, Bencinta dan Anak Jantan. Farid kembali sebagai Kasyah dalam trilogi ketiga filem Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[14][15][16]

Beliau bergandingan bersama Nadiya Nisaa dalam filem komedi romantik terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios, Love, Supermoon yang ditayangkan pada 22 Oktober 2015. Dalam filem arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini, beliau memegang watak sebagai Razak.[17] Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Razak dan Triz (Nadiya Nisaa) selama 20 tahun yang penuh dengan suka duka.[17]

Pada Januari 2016, Farid dilaporkan akan kembali menduduki kerusi pengarah selepas kali terakhir muncul menerusi filem ketiga arahannya, Pe3 yang ditayangkan pada 2012.[18] Selain itu, beliau membintangi drama bertajuk Qanun 99 bergandingan bersama Yana Samsudin, drama ini bersiaran di Astro Oasis pada 5 Februari 2016.[19][20][21][22]

Projek terbaru Farid ialah bersama pelakon Zul Ariffin menerusi filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba arahan Nasir Jani yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[23][24]

Bermula 15 Januari 2018, Farid membawakan peranan Tengku Ryan Ameer menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaluddin yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Siti Rosmzah. Beliau digandingkan bersama Nelydia Senrose dan pendatang baharu, Nadiyah Shahab.[25]

Pada 18 Februari 2018, Farid muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Melodi yang dihoskan oleh Ajak Shiro dan Janna Nick yang mana beliau menceritakan tentang peristiwa pada Januari.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama aktres Irma Hasmie (kini tidak lagi berlakon). Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Aktres kontroversi Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.[perlu rujukan]

Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikaitkan mempunyai hubungan istimewa.[26] Namun kedua-duanya menafikan.[26] Hanya pada penghujung tahun sama teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama aktres jelita yang merupakan pelakon sampingannya dalam filem Evolusi KL Drift, Diana Danielle mula menghiasi dada-dada akhbar. Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media,[27] malah hubungan Farid dengan ibu Diana, Norsiah Ramli, juga dikatakan dingin.[28] Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak — Muhammad dan Nur Aurora.[5][29][30][31]

Kisah hidup Farid ketika di awal pembabitan dalam bidang seni sehingga sudah bergelar suami dan bapa, masih menjadi perhatian sehingga kini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bukan bererti figura terkenal ini bertindak menyembunyikan diri sebaliknya dia terus bertahan dalam industri ini. Malah, dia juga antara selebriti yang cukup disenangi media kerana tidak mudah meleting berhadapan sebarang isu yang melanda.[32][33]

Pengalaman sebagai Mat Rempit[sunting | sunting sumber]

Mengimbas kembali kisah lampaunya, Farid mendedahkan rahsianya yang beliau juga pernah menjadi mat rempit di zaman sekolah menengah. Bersyukur kerana tidak ada perkara-perkara bahaya yang berlaku kepada dirinya, Farid menyesal dengan kegiatan yang dilakukannya bersama rakan-rakan ketika itu.[34] Sewaktu belajar dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Farid membuat kajian mengenai kehidupan seorang mat rempit sebelum memuatkan kisah golongan tersebut dalam dua filemnya iaitu Remp-It dan V3 Samseng Jalanan.[34] Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mei 2011, beliau berkata:

"Saya nampak banyak perkara negatif apabila menjadi seorang mat rempit. Ia banyak merugikan. Itu pun saya sedar bila dah dewasa. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan yang menimpa diri seperti kebanyakan teman saya. Bila saya membuat kajian, barulah saya faham bahawa golongan mat rempit termasuklah saya dahulu mempunyai ideologi yang tersendiri."[34][35]

Serangan dan tuduhan dadah[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2018, Farid ditahan polis akibat serangan ke atas pegawai polis dan beberapa orang awam di balai polis Kota Damansara. Beliau didakwa menampar seorang pegawai ketika beliau berada di balai polis Kota Damansara untuk buat laporan kemalangan.[36] Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya, Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu yang mengatakan ia sedang disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana melakukan kesalahan di balai polis dan serangan. Ujian kencing lebih lanjut mengesahkan beliau positif ganja.[37] Beliau telah ditahan reman selama 4 hari sehingga 15 Januari.[38] Pada 16 Januari, beliau dibebaskan dengan ikat jamin,[39] namun beliau ditahan sekali lagi, kali ini didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam.[40]

Berikutan penahanannya, akaun Instagram beliau telah dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.[41]

Pada 25 Januari, Farid mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis THC (delta-9 tetra hydrocannabinol) ke dalam badannya.[42][43]

Pada 9 Mac, beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas tuduhan membuat laporan polis palsu.[44][45]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Mistik Jeffrey A Razak Mohaideen Filem pertama
Cinta Kolestrol Saiful
2004 Kuliah Cinta Amirul
Hingga Hujung Nyawa Shawn
Tujuh Perhentian Amir
Tangkai Jering Amirul
2005 Potret Mistik Zack
Cinta Fotokopi Zahid
Lady Boss
Anak Mami Kembali Farid
2006 Main Main Cinta Beego
Remp-It Madi Ahmad Idham Juga sebagai penulis lakonlayar
2007 Chermin Yusof Zarina Abdullah
Anak Halal Indera Putera Hisham Osman Ali
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Jongkidin Mamat Khalid
Evolusi KL Drift Sham Syamsul Yusof
Apa Kata Hati Aidil Fitri Saw Teong Hin
I'm Not Single Adam Ghani Pierre Andre
2009 Papadom Hisham Hashim Afdlin Shauki
Lembing Awang Pulang ke Dayang Awang Majed Salleh
2010 V3 Samseng Jalanan Ahmad Asrudy@Rudy Dirinya sendiri Juga sebagai penulis skrip
Evolusi KL Drift 2 Sham Syamsul Yusof
Semerah Cinta Stilleto Sulaiman Toyol aka Leman Toyol aka Leto Ahmad Idham
Lagenda Budak Setan Kasya Sharad Sharan
Cuti-Cuti Cinta Omar Rudy Ahmad Idham
Estet Farid Mamat Khalid
Aku Masih Dara Zachery Ahmad Idham
2011 Kongsi ASP Khamis Dirinya sendiri Penampilan khas
3,2, 1 Cinta Nazril Azhari Zain
2012 3 Temujanji Farid Hashim Rejab Penampilan khas
Hantu Gangster Ewan Namewee
Pe3[46] Megat Dirinya sendiri
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Kasya Sharad Sharan
2013 Dampak Giran
Bencinta Faizal Eyra Rahman
2014 Apokalips X X Mamat Khalid
Pengantin Malam Razif Eyra Rahman
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah[47][48][49] Kasya Sharad Sharan
Anak Jantan Darin Faizul A. Rashid
Kaki Kitai Inspektor Farid Azaromi Ghazali
2015 Abang Lejen[50][51][52][53][54] Ajim
Hantu Bungkus Ikat Tepi Farid Hashim Rejab
Love, Supermoon[55] Razak Wan Hasliza Wan Zainuddin
2016 Langit Cinta Budiman Osman Ali
2017 J Revolusi Andra Zulkarnain Azhar
Tombiruo: Penunggu Rimba[56] Amiruddin Nasir Jani
Pinjamkan Hatiku Dr. Hasnan Osman Ali

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Mata Di Jiwa Jeffrey Astro Ria
2011 7 Lagu Farhan Astro Citra
2012 Apa Dah Jadi? Astro Prima
2014 Misteri Bulan Madu Farid Hypp TV Sensasi
Sayang Awak Sangat-sangat Iman
Kem Cuci Tangan (Kecut) Joe
Tolong Aku Nak Puasa! Amir Astro Ria
2016 Sedikit Waktu Farid
2017 Syukur Syawal Syukur TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Siaran Catatan
2001 Fakulti TV2
2004 Begitulah Cinta TV3
2008 Takdir Yang Terindah TV1
Enigma TV3
2009 Tiga Janda Astro Prima
Cinta Tikar Sejadah Hazrey Hussein Astro Oasis
Mertua vs Menantu (Musim 2) Astro Prima
2010 Lagenda Budak Setan: The Series Kasyah
Lu'lu Astro Ria
Korban 44 Bah Raden Astro Citra
2011 Wasiat Izran Astro Prima
2013 Jodoh Itu Milik Kita Aariz Danial Astro Mustika HD
2016 Qanun 99[57] Khalil Astro Maya HD
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Ryan Ameer Astro Ria

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Terbitan Catatan
2003 Dimana Bulan Selalu Retak Falel Ahmad Yatim Anjung Seri Production Karya asal A Samad Said

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan penghargaan yang diterima oleh Farid Kamil
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2004 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Menang
Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Harapan Lelaki Kuliah Cinta Dicalonkan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Lelaki Terbaik Anak Halal Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kala Malam Bulan Mengambang Dicalonkan
Anugerah Skrin 2008 Pelakon Lelaki Terbaik Anak Halal Dicalonkan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Anugerah Seni Negara ke-8 Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara N/A Menang*
2010 Anugerah Shout! Anugerah Hot Guy N/A Dicalonkan
Anugerah Best On Screen Couple (bersama Lisa Surihani) N/A Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Lelaki Terbaik Lagenda Budak Setan Dicalonkan
Pengarah Harapan V3: Samseng Jalanan Dicalonkan
Pengarah Terbaik Dicalonkan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Lakonlayar Terbaik Kongsi Dicalonkan

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Aaron Aziz[58] telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[59][1][60]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz (16 Disember 2017). "Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk". Harian Metro. Dicapai 16 Disember 2017. 
  2. ^ a b c Farid tidak angkat mat rempit Utusan Malaysia. 17 Mac 2010.
  3. ^ 2012 uji kejantanan Farid Kosmo!. 18 Oktober 2012.
  4. ^ Farid Kamil Pentingkan Nilai Komersial Malaysian Access. 27 Mac 2016.
  5. ^ a b Diana Danielle and Farid Kamil welcome baby girl The Malay Mail. 25 November 2015.
  6. ^ "Siti Nurhaliza featuring Farid Kamil - Iklan Hotlink Trilogy". YouTube. Dicapai 2017-03-03. 
  7. ^ "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Dicapai 2012-02-06. 
  8. ^ Filem Rempit V3 Arahan Farid Kamil Budiey. Sensasi Selebriti. 15 Januari 2009.
  9. ^ Wahida Asrani (16 Julai 2009) Farid Kamil kecewa Remp-It V3 diharamkan mStar Online. Diperoleh pada 14 Februari 2015.
  10. ^ Haryati Karim (13 April 2010). "Farid, Lisa tidak mahu terikat". Kosmo!. Dicapai 15 Mac 2014. 
  11. ^ Rev-up with Farid Kmail Nur Safina Othman. Cinema Malaysia. 9 Mac 2010.
  12. ^ Pekida bantah filem Kongsi dan KL Gangster, Oh!Artis, 13 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  13. ^ Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Motor, Farid Kamil Rehat Seminggu RotiKaya. 5 Jun 2013.
  14. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2014). "Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah'". mSTAR Online. Dicapai 10 Mac 2017. 
  15. ^ Angelin Yeoh (11 September 2014). "'Lagenda Budak Setan' saga comes to an end". The Star Online. Dicapai 10 Mac 2017. 
  16. ^ "Kisah Kasyah Berakhir Dalam Legenda Budak Setan 3". Suara TV. 14 September 2014. Dicapai 10 Mac 2017. 
  17. ^ a b Mustaza, Aqmar. "Love, Supermoon, santai & menghiburkan". Sinar Harian. 
  18. ^ Farid Kamil Mahu Kembali Mengarah Filem Khairul Amir. Malaysian Access. 7 Januari 2016.
  19. ^ Farid Kamil teruja jadi peguam dalam Qanun 99 Cinema.com.my. 14 Februari 2016.
  20. ^ Qanun 99 realisasikan impian Farid Kamil Fatin Farhana Ariffin. BH Online. 12 Mac 2016.
  21. ^ Bukan mudah bawa watak peguam - Farid Kamil Zaini Zaa. Agenda Daily. 22 Februari 2016.
  22. ^ "Farid Kamil Dan Yana Samsudin Kerap Dilihat Turun Naik Mahkamah". Sinar FM. 5 Februari 2016. Dicapai 25 Mac 2016. 
  23. ^ https://www.bharian.com.my/node/188636
  24. ^ https://www.bharian.com.my/node/186296
  25. ^ Haryati Karim (16 Januari 2018). "Drama terbaharu Farid Kamil trending di media sosial". Kosmo!. Dicapai 24 Januari 2018. 
  26. ^ a b "Gosip percintaan Farid Kamil dan Lisa Surihani". Kosmo!. Dicapai 2012-02-06. 
  27. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 November 2016) Kami masih bahagia - Farid Kamil Berita Harian. Diperoleh pada 20 November 2016.
  28. ^ Saya memang nak berbaik dengan ibu mertua - Farid Kamil BeautifulNara. 24 September 2013.
  29. ^ Dennis Chua (13 August 2015) Farid Kamil is set to be a proud dad again The New Straits Times. Retrieved on 14 August 2015.
  30. ^ Farid Kamil reveals newborn daughter’s name The Malay Mail. 26 November 2015.
  31. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (November 26, 2015). Farid Kamil and Diana Dianielle name their daughter Nur Aurora New Straits Times. Retrieved November 27, 2015.
  32. ^ Marina Shabudin (13 Ogos 2014) Farid Kamil jaga privasi Sinar Harian. Diperoleh pada 14 Ogos 2014.
  33. ^ Mohd Al Aqyum Azizi (19 November 2016). Farid Kamil Muhasabah Diri Isu Rumah Tangga Goyah mSTAR Online. Diperoleh pada 20 November 2016.
  34. ^ a b c Feride Hikmet Atak (2 Mei 2011) Cinta dan Ideologi Farid Kamil mStar Online
  35. ^ Farid Kamil jaga privasi Sinar Harian. 13 Ogos 2014.
  36. ^ "Actor Farid Kamil remanded for 4 daysfor allegedly slapping cop". The Malaysian Insight. 12 Januari 2018. Dicapai 13 Januari 2018. 
  37. ^ Maizatul Nazlina (12 Januari 2018). "Actor Farid Kamil remanded over alleged assault". The Star (Malaysia). Dicapai 13 Januari 2018. 
  38. ^ Nur Asyikin Mahyudin (12 Januari 2018). "Farid Kamil direman empat hari". mSTAR Online. Dicapai 13 Januari 2018. 
  39. ^ M. Kumar (16 Januari 2018). "Actor Farid Kamil out on bail". mSTAR Online. Dicapai 17 Januari 2018. 
  40. ^ Siti Nurazlinee Azmi (16 Januari 2018). "Farid Kamil didakwa 4 pertuduhan". Berita Harian. Dicapai 17 Januari 2018. 
  41. ^ Syahirah Mokhtazar (12 Januari 2018). "(Showbiz) Actor Farid Kamil's IG flooded with reactions from Netizens following arrest". New Straits Times. Dicapai 17 Januari 2018. 
  42. ^ "Farid Kamil claims trial to using THC". The Malay Mail. 25 Januari 2018. Dicapai 26 Januari 2018. 
  43. ^ Tuan Buqhairah Tuan Muhmad Adnan (25 Januari 2018). "Farid Kamil nafi masukkan dadah dalam badan". Sinar Harian. Dicapai 26 Januari 2018. 
  44. ^ Sarah Zulkifli (9 Mac 2018). "Farid Kamil didakwa lagi". Berita Harian. Dicapai 13 Mac 2018. 
  45. ^ Siraj Mohd Zaini (8 Mac 2018). "Buat laporan palsu, Farid Kamil dituduh esok". Berita Harian. Dicapai 13 Mac 2018. 
  46. ^ Pe3 garapan aksi komedi lebih santai Sinar Harian. 19 Oktober 2012.
  47. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 September 2014). Tiada Rasa Dalam 'Lagenda Budak Setan 3: Kasyah' mStar Online. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
  48. ^ Sikap Cemburu Diana Bantu Lariskan Filem Saya - Farid Kamil The Malay Mail. 28 Ogos 2014.
  49. ^ Farid enggan baca novel Harian Metro. 18 September 2016.
  50. ^ Addy Junaidi (16 April 2015) Elemen Kejutan Buat Farid Kamil Dalam 'Abang Lejen' mStar Online. Dicapai pada 1 Mei 2015.
  51. ^ Farid Kamil is "Abang Lejen" Cinema Online. 15 April 2015.
  52. ^ Izwan Mohd Isa (15 April 2015) Farid Kamil terkilan Kosmo!. Diperoleh pada 22 April 2015.
  53. ^ Farid Kamil Berlatih Menari Selama 5 Jam Untuk ‘Abang Lejen ‘ IskandarX. 20 April 2015.
  54. ^ Abang Lejen papar kisah kekeluargaan Aqmar Mustaza. Sinar Harian. 18 April 2015.
  55. ^ Farid Kamil had to bring his ‘A’ game when cast opposite Nadiya Nisaa The Malay Mail. 22 Oktober 2015.
  56. ^ Aqmar Mustaza (1 September 2016) Tombiruo tarik Farid Kamil Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2016.
  57. ^ Nina Sharom (14 Februari 2016). Impian Farid Kamil jadi kenyataan Sinar Harian. Diperoleh pada 15 Februari 2016.
  58. ^ "Aaron, Farid kini bergelar Datuk". Kosmo!. 16 Disember 2017. Dicapai 18 Disember 2017. 
  59. ^ 169 dikurnia darjah kebesaran
  60. ^ Nik Sukry Ramli (16 Disember 2017). "Farid Kamil dakwa segelintir netizen tiada ilmu". Berita Harian. Dicapai 18 Disember 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]