Farida Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Farida Mohd Ali adalah pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mulai 2 Julai 2012.

Farida Mohd Ali menggantikan Tan Sri Abu Bakar Abdullah (57 tahun) yang tamat perkhidmatan selepas berkhidmat dengan kerajaan selama 25 tahun. Sebelum ini Farida adalah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) . Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa memaklumkan bahawa kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.[1]

Nama wanita lain yang turut bersaing untuk jawatan itu ialah Datuk Madinah Mohamad yang dijangka memimpin tenaga kerja 140,000 orang. Madinah adalah dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi , setiausaha agung dan telah bekerja di pelbagai agensi termasuk JPA, Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi. Turut disebut ialah Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk Farida Mohd Ali memangku jawatan KP Perkhidmatan Awam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-02. Dicapai pada 2012-07-02.
  2. ^ PSD likely to appoint first woman chief