Laman separuh dilindungi

Farisha Iris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Farisha Iris
Nama lahirFarisha binti Asmadi
Kelahiran (1999-04-25) 25 April 1999 (umur 21)
Sepang, Selangor, Malaysia
GenreTarian, elektronik
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–kini
Syarikat rakaman
Seventeen Eleven Music

Farisha Iris Asmadi (lahir 25 April 1999) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau ialah naib juara Idola Kecil 4 dan pemenang tempat ketiga Ceria Popstar. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.[1]

Kerjaya

Farisha Iris, pada usia 11 tahun, memulakan kerjaya awal sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keempat pada 2011 dan merangkul gelaran naib juara. Farisha juga terpilih sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar di Astro Ceria dan memenangi tempat ketiga. Beliau kemudian mengacarakan rancangan pendidikan kanak-kanak ChiChi & ChaCha, namun meninggalkannya kerana memberi tumpuan kepada akademik. Beliau juga pernah menjadi wartawan lokasi Nasi Lemak Kopi O selama setahun.

Big Stage (musim 3)

Farisha menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, beliau terisngkir di konsert minggu ketujuh sekaligus gagal mara ke konsert akhir.[2] Berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Tak Malu" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Pura-Pura Bujang" Baby Shima SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Cinta" (duet bersama Fieya Julia) Melly Goeslaw & Krisdayanti SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Kau Kekasihku" Siti Nurhaliza SELAMAT
Minggu 5 #SandraDalamKenangan
Minggu 6 Rotasi 36T "How You Like That" Blackpink SELAMAT
Minggu 7 Veto Juri
Duominasi Platinum
"Semalam"
"Ratusan Purnama"
Aina Abdul
Martino Leo & Melly Goeslaw
TERSINGKIR

Diskografi

  • "Tak Malu" (2017)[3]
  • "Bebel" (2020)

Rujukan

  1. ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  2. ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2020). Mereka seolah-olah gembira atas penyingkiran saya - Farisha Iris Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  3. ^ Farisha Irish tak malu luah perasaan walau bertepuk sebelah tangan Astro Gempak. 3 Jun 2017. Dicapai pada 23 Ogos 2017.

Pautan luar