Farrah Fawcett

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Farrah Fawcett
Fawcett pada 1977
Kelahiran
Ferrah Leni Fawcett[1]

(1947-02-02)2 Februari 1947
Meninggal duniaJun 25, 2009(2009-06-25) (umur 62)
DikebumikanPierce Brothers Westwood Village Memorial Park and Mortuary, Los Angeles, California U.S.
Nama lainFarrah Fawcett-Majors
Farrah Faucet
PendidikanUniversiti Texas (tarik diri)
PekerjaanPelakon, model, artis
Tahun aktif1969–2006
Terkenal keranaJill Munroe – Charlie's Angels
PasanganLee Majors (k. 1973; c. 1982)
Rakan kongsi domestikRyan O'Neal (1979–1997; 2001–2009, kematiannya)
Anak-anak1

Farrah Leni Fawcett (/ˈfærə ˈfɔːsɪt/; asalnya disebut Ferrah; 2 Februari 1947 – 25 Jun 2009) ialah seorang pelakon, model dan artis Amerika Syarikat. Beliau ialah pencalon Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe, Fawcett meraih kemasyhuran antarabangsa dengan melakonkan watak penyiasat persendirian Jill Munroe dalam musim pertama siri Charlie's Angels (1976–1977).

Fawcett memulakan kerjayanya pada 1960an muncul dalam iklan dan peranan undangan di televisyen.[2][3] Pada 1970an, beliau muncul dalam siri televisyen, termasuk peranan berulang dalam Harry O (1974–1976), dan The Six Million Dollar Man (1974–1978) bersama suami pertamanya, pelakon Lee Majors. Kejayaannya hadir pada 1976 apabila memegang watak Jill Munroe dalam Charlie's Angels, bersama Kate Jackson dan Jaclyn Smith. Siri ini membawa mereka kepada puncak kemasyhuran, termasuk Fawcett, yang ketika itu dikenali sebagai "Farrah Fawcett-Majors". Selepas hanya muncul dalam musim pertama, beliau memutuskan untuk meninggalkan rancangan itu, namun kembali sebagai pelakon undangan dalam enam episod musim ketiga dan keempat (1978–1980). Bagi wataknya dalam Charlie's Angels, beliau menerima pencalonan Golden Globe pertama.

Fawcett didiagnosis menghidap kanser dubur pada tahun 2006, dan beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian pada usia 62 tahun. Dokumentari NBC 2009, Farrah’s Story merakamkan semangat beliau bertarung dengan penyakit itu. Beliau secara anumerta memperoleh pencalonan Emmy keempat untuk kerja sebagai penerbit di dokumentari.[4][5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Catatan
1969 Love Is a Funny Thing Patricia Filem pertama
1970 Myra Breckinridge Mary Ann Pringle
1976 Logan's Run Holly 13 Sebagai Farrah Fawcett-Majors
1978 Somebody Killed Her Husband Jenny Moore Sebagai Farrah Fawcett-Majors
1979 An Almost Perfect Affair Dirinya sendiri Tidak dikreditkan
1979 Sunburn Ellie Sebagai Farrah Fawcett-Majors
1980 Saturn 3 Alex
1981 Murder in Texas Joan Robinson Berdasarkan kisah benar buku Thomas Thompson 1976 "Blood and Money"
1981 The Cannonball Run Pamela Glover
1986 Extremities Marjorie
1989 See You in the Morning Jo Livingstone
1995 Man of the House Sandy Archer
1997 The Apostle Jessie Dewey
1997 The Lovemaster Craig's Dream Date
1997 Playboy: Farrah Fawcett, All of Me Dirinya sendiri Terus ke video
1998 The Brave Little Toaster Goes to Mars Faucet Suara
2000 The Flunky Dirinya sendir
2000 Dr. T & the Women Kate Travis
2004 The Cookout Mrs. Crowley Peranan lakonan terakhir
2008 A Wing & a Prayer: Farrah's Fight for Life Dirinya sendiri Dokumentari

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://familysearch.org/ark:/61903/1:1:VDPC-YRB
  2. ^ "Farrah Fawcett". TV Guide. Triangle Publications. 42: 691. 1994. Dicapai pada July 12, 2014. I took a year off last year because I was signed at Screen Gems for $350 a week.
  3. ^ "Farrah Fawcett". People. May 4, 1989. Diarkibkan daripada yang asal pada July 14, 2014. Dicapai pada July 4, 2014.
  4. ^ Ditzian, Eric (June 25, 2009). "Farrah Fawcett Dies At 62". MTV News. Dicapai pada November 16, 2013.
  5. ^ Nelson, Valerie J. (June 25, 2009). "Farrah Fawcett dies at 62; actress rose above 'Charlie's Angels'". Los Angeles Times. Dicapai pada June 25, 2009.
  6. ^ Stephen M. Silverman; Champ Clark (June 25, 2009). "Farrah Fawcett Dies of Cancer at 62". People. Dicapai pada June 25, 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]