Pergi ke kandungan

Fatafehi Fakafānua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lord Fakafānua
Fakafānua in 2024
Perdana Menteri Tonga
Menyandang jawatan
18 Disember 2025
RajaTupou VI
Didahului olehʻAisake Eke
Speaker of the Legislative Assembly
Dalam jawatan
December 2017 – 15 December 2025
RajaTupou VI
Perdana Menteri
Didahului olehSialeʻataongo Tuʻivakanō
Digantikan olehʻAlipate Tuʻivanuavou Vaea
Dalam jawatan
19 Julai 2012 – 29 Disember 2014
Perdana MenteriSialeʻataongo Tuʻivakanō
Didahului olehLord Lasike
Digantikan olehSialeʻataongo Tuʻivakanō
Ahli Parlimen
bagi Ha‘apai (noble)
Menyandang jawatan
16 November 2017
Didahului olehLord Tuʻihaʻateiho
Dalam jawatan
23 April 2008 – 26 November 2014
Digantikan olehHavea Tu‘iha‘angana
Maklumat peribadi
Lahir (1985-03-20) 20 Mac 1985 (umur 40)
Parti politikBebas
PasanganKrystal Fane Kite (k. 2014)
Ibu bapa

Fatafehi Fakafānua, Lord Fakafānua ke-8 (nama kelahirannya Fatafehi Kinikinilau Lolomana'ia Fakafānua; 20 Mac 1985) ialah seorang ahli politik Tonga dan golongan bangsawan yang berkhidmat sebagai perdana menteri Tonga sejak 18 Disember 2025. Beliau adalah salah sebuah ahli keluarga diraja Tonga.

Fakafānua dilantik ke Dewan Undangan sebagai ahli golongan bangsawan pada tahun 2008. Beliau berkhidmat sebagai Speaker Dewan Undangan Tonga dari tahun 2012 hingga 2014 dan dari tahun 2017 hingga 2025.

Fakafānua iadalah anak kepada Puteri Sinaitakala ʻOfeina ʻe he Langi dan Kinikinilau Tūtoatasi, yang merupakan Tuan Fakafānua ke-7 dan pemegang estet Maʻufanga. Dia mempunyai seorang abang, Fakaola mei Langi ʻItafuaʻatonga Tūtoatasi Fakafānua dan seorang kakak, Sinaitakala Tu'imatamoana 'i Fanakavakilangi Fakafānua, yang berkahwin dengan Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala.[1][2]

Beliau dianugerahkan gelaran Fakafānua, salah satu daripada tiga puluh tiga gelaran turun-temurun golongan bangsawan Tonga, pada April 2006, berikutan kematian bapanya pada tahun sebelumnya. [3][4] Gelaran ini diberikan estet Maʻufanga (di Tongatapu ), Ngaʻakau (di Vavaʻu ) dan Faleloa (di Haʻapai ) membolehkan pemegangnya dipilih ke Dewan Undangan Negeri sebagai wakil golongan bangsawan. Pada pilihan raya kecil 2008, beliau telah dipilih sebagai wakil untuk Haʻapai, menjadikannya ahli Parlimen Tonga yang paling muda. Beliau telah dipilih semula dalam pilihan raya umum November 2010.

Pada 19 Julai 2012, Fakafānua telah dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Tonga berikutan pemecatan Lord Lasike daripada jawatannya. [5] Beliau menjadi Speaker termuda di Tonga. [6] Sebagai Speaker, beliau mengadakan "parlimen amalan" bagi menggalakkan wanita menyertai politik. [7] Beliau tamat kerusinya pada pilihan raya 2014. [8] Pada pilihan raya 2017, beliau mendapat semula kerusinya dan dipilih semula sebagai Speaker. [9] [10] Berikutan pilihan raya 2021, beliau dipilih semula sebagai Speaker untuk penggal ketiga. [11]

Berikutan pilihan raya 2025, Fakafānua dipilih sebagai perdana menteri pada 15 Disember dengan 16 undi bagi beliau. Beliau telah mengalahkan penyandang jawatan perdana menteri, ʻAisake Eke, yang mendapat sokongan 10 Ahli Parlimen. Fakafānua menjadi wakil bangsawan kedua yang dipilih sebagai ketua kerajaan sejak pendemokrasian negara tesebut. [12] Raja Tupou VI secara rasmi melantik Fakafānua sebagai perdana menteri pada 18 Disember. [13] Beliau merupakan perdana menteri termuda dengan umurnya 40 tahun. [14] Fakafānua mengumumkan bahawa beliau akan mengekalkan Putera Mahkota Tupoutoʻa ʻUlukalala sebagai menteri luar. [13]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Fakafānua berkahwin dengan Lady Krystal Fane Kite, anak perempuan kepada Sione Kite yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tonga ke United Kingdom dan kemudian sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, pada 15 Oktober 2014. [15]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
  • Panglima Kesatria Darjah Ratu Sālote Tupou III (31 Julai 2008) [16]
  1. ^ "TONGAN NOBLE TUTOATASI LAID TO REST". Pacific Islands Report. 6 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-16. Dicapai pada 16 December 2021.
  2. ^ Tora, Iliesa; Fuatai, Teuila (16 December 2025). "What does the election of Tonga's new noble PM mean for democracy?". RNZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 December 2025.
  3. ^ "Pacific Parliamentary and Political Leaders Forum" (PDF). New Zealand House of Representatives. 2013. m/s. 40. Dicapai pada 8 January 2022.
  4. ^ Latu, Kalino (2014-10-16). "Lord Fakafanua's wedding goes ahead with profound dignity". Kaniva Tonga News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-18.
  5. ^ "TONGAN NOBLE TUTOATASI LAID TO REST". Pacific Islands Report. 6 March 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-16. Dicapai pada 16 December 2021.
  6. ^ "TONGAN NOBLE TUTOATASI LAID TO REST". Pacific Islands Report. 6 March 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-16. Dicapai pada 16 December 2021.
  7. ^ "Pacific Parliamentary and Political Leaders Forum" (PDF). New Zealand House of Representatives. 2013. m/s. 40. Dicapai pada 8 January 2022.
  8. ^ "Lord Fakafānua", Parliament of Tonga
  9. ^ Vaka'uta, Koro (17 November 2017). "Tongans back Pohiva's Democratic Party". RNZ. Dicapai pada 16 December 2021.
  10. ^ "New era in Tonga's parliamentary history about to unfold". RNZ. 18 February 2018. Dicapai pada 16 December 2021.
  11. ^ "School drop-outs, illegal drugs and health three major concerns for Tonga's new PM Designate". Matangi Tonga. 15 December 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2021. Dicapai pada 16 December 2021.
  12. ^ "TONGAN NOBLE TUTOATASI LAID TO REST". Pacific Islands Report. 6 March 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-16. Dicapai pada 16 December 2021.
  13. ^ a b Siasau, Katalina (19 December 2025). "King Tupou VI appoints new Prime Minister in private audience". Matangi Tonga. Nukuʻalofa. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2025. Dicapai pada 18 December 2025.
  14. ^ Tora, Iliesa; Fuatai, Teuila (16 December 2025). "What does the election of Tonga's new noble PM mean for democracy?". RNZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 December 2025.
  15. ^ Latu, Kalino (2014-10-16). "Lord Fakafanua's wedding goes ahead with profound dignity". Kaniva Tonga News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-18.
  16. ^ "TONGAN NOBLE TUTOATASI LAID TO REST". Pacific Islands Report. 6 March 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-16. Dicapai pada 16 December 2021.