Fatau Dauda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fatau Dauda
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdul Fatawu Dauda
Tarikh lahir (1985-04-06) 6 April 1985 (umur 38)
Tempat lahir Obuasi, Ashanti, Ghana
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Ashanti Gold SC
Kerjaya remaja
2004–2006 Okwawu United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2013 Ashanti Gold SC
2013–2014 Orlando Pirates 3 (0)
2014 Chippa United 2 (0)
2014– Ashanti Gold SC
Pasukan kebangsaan
2008– Ghana 18 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2014

Abdul Fatawu Dauda (Arab: عبد ال فاتو داودا; lahir April 6, 1985), merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain sebagai penjaga gol untuk Ashanti Gold SC dalam Liga Perdana Ghana dan pasukan kebangsaan Ghana.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Dauda memulakan karier bola sepaknya pada tahun 2004 bersama kelab Liga Divisyen 1 Ghana, Okwawu United, dan pada tahun 2006 Dauda menyertai kelab Liga Perdana Ghana, Ashanti Gold SC.

Dauda berpindah ke Afrika Selatan untuk bermain bersama Orlando Pirates pada tahun 2013. Dia hanya bermain 3 perlawanan dalam Premier Soccer League dan meninggalkan kelab itu untuk menyertai Chippa United pada musim berikutnya. Selepas hanya dua perlawanan, Dauda meninggalkan kelab itu setelah tidak dibayar.[1][2]

Pada 1 Oktober 2014, Dauda kembali ke Ashanti Gold SC.[3]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Dauda berada dalam skuad Ghana untuk Piala Negara-Negara Afrika 2008, Piala Negara-Negara Afrika 2013, Piala Dunia FIFA 2014 dan Piala Negara-Negara Afrika 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]