Pergi ke kandungan

Fatimah Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fatimah Ting Abdullah
فاطمة عبدالله
Peranan menteri (Sarawak)
2011–Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Komuniti
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak
2001–2018Barisan Nasional
2018–Gabungan Parti Sarawak
2018Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Maklumat peribadi
Lahir
Ting Sai Ming

(1957-02-01) 1 Februari 1957 (umur 69)
Dalat, Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) (1992-Kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(1992–2018, bersekutu : sejak 2020)
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
(2018–Kini)
PasanganYBhg. Datu Dr. Hj Adi Badozaman Tuah
Anak2
PekerjaanAhli politik
Laman webOfficial Facebook

YB Dato Sri Hajah Fatimah Ting binti Abdullah (lahir Ting Sai Ming; 1 Februari 1957) merupakan ahli politik Wanita Malaysia berketurunan cina muslim yang aktif di Sarawak. Ketika ini beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Dalat sejak 2001. Di peringkat akar umbi Parti, beliau merupakan Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) & Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Fatimah berasal dari Kampung Teh di Dalat, Sarawak.[1] Bapanya merupakan Cina Foochow dan ibunya seorang Melanau. Beliau dibesarkan sebagai seorang Muslim oleh nenek sebelah ibunya.[2] Beliau berkahwin dengan Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah, seorang aktivis sosial dan Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak. Mereka mempunyai dua orang anak.[3][4]

Fatimah merupakan seorang ahli pendidikan. Beliau merupakan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah di Kuala Lumpur.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Pencalonan Fatimah untuk jawatan Ketua Wanita dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan GPS yang memerintah, tidak mendapat tentangan selepas Empiang Jabu Anak Antak berundur pada 2018.[5] Fatimah, dari entik Bumiputera, mengambil alih daripada Empiang, yang berasal dari entik Pesaka.[5]

Keputusan Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sarawak:[6][7]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2001 N44 Dalat Fatimah Abdullah (PBB) 7,497 88.51% Peter Nari Dina (BEBAS) 973 11.49% 8,660 6,524 62.82%
2006 N50 Dalat Fatimah Abdullah (PBB) Tiada berlawanan
2011 Fatimah Abdullah (PBB) 6,288 80.17% Sylvester Ajah Subah @ Ajah Bin Subah (PKR) 1,298 16.55% 8,069 4,990 68.05%
Salleh Mahali (BEBAS) 257 3.28%
2016 N56 Dalat Fatimah Abdullah (PBB) 7,107 90.14% Sim Eng Hua (PKR) 777 9.86% 8,080 6,330 70.63%
2021 Fatimah Abdullah (PBB) 7,085 93.90% Salleh Mahali (PBK) 460 6.10% 7,657 6,625 61.24%
  1. ^ a b "Fatimah the right candidate for Dalat: Taib". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
  2. ^ "Embracing the spirit of diversity". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
  3. ^ "PBB to field woman educationist in Dalat (Sarawak)". e-borneo.com. Dicapai pada 25 Ogos 2015.
  4. ^ "Swearing-in ceremony not against local tradition — Adi". The Borneo Post. Dicapai pada 19 Januari 2016.
  5. ^ a b "Fatimah to take over from Empiang as PBB Wanita chief". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-01. Dicapai pada 2018-02-03.
  6. ^ "Sarawak General Election 2001 - RESULTS". e-borneo.com. Dicapai pada 25 Ogos 2015. Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ "Sarawak Election Results". The Sun (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2016. Dicapai pada 9 Mei 2016.CS1 maint: unfit URL (link)
  8. ^ "Fatimah shares datukship with all Sarawak women". The Borneo Post. 25 September 2011. Dicapai pada 25 Ogos 2015.