Fatimah Busu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fatimah Busu

PhD
LahirFatimah Binti Busu @ Che Su
Januari 1943 (umur 81)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Pekerjaannovelis, penulis cerita pendek, akademik
BahasaMelayu
WarganegaraMalaysia
WarganegaraMalaysia
PendidikanPhD
Alma materUniversiti Sains Malaysia
Tahun aktif1957-kini
Karya terkenalOmbak Bukan Biru
AnugerahSasterawati Negeri Kelantan, 2015
AnakAdil Hidayat Bin Rosli

Fatimah Busu (lahirkan bulan Januari 1943) ialah seorang penulis novel, cerita pendek dan cendekiawan Malaysia. Beliau tidak sahaja merupakan antara pelopor sastera kontemporari cereka bahasa Melayu, malah juga pengulas sastera bahasa Malaysia yang pertama.[1]:88

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Fatimah lahir dan dibesarkan di Kampung Pasir Pekan Kota Bharu, Kelantan.

Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru selama hampir 10 tahun.

Pada awal dekan 1970-an, beliau menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai pensyarah Fakulti Kemanusiaan USM.[2]:381

Kerjaya sastera[sunting | sunting sumber]

Karya pertamanya suatu cerita pendek berjudul Kerana Adik yang terbit dalam majalah Mutiara tahun 1959. Kerya cerpen keduanya Hari Pesta diterbitkan Gelanggang Filem pada tahun berikutnya.[3]:192

Novel pertama karangan beliau Ombak Bukan Biru terbit tahun 1977.

Pada 2011, beliau juga membentangkan kertas kerja bagi mempertahankan kewajaran novel Interlok karya SN Abdullah Hussein. PENA menggunakan kertas kerja itu untuk mempertahankan Interlok sebagai teks Komsas Tingkatan 5.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Cerita pendek[sunting | sunting sumber]

  • "Kerana Adik" (1959)
  • "Kucing Kurus" (1960)
  • "Hari Pesta"
  • "Kembang Siang Kembang Malam"
  • "Mawar Yang Belum Gugur" (1971)
  • "Nasinya Tumpah" (1972)
  • "Freshie"
  • "Lambaian Tanah Hijau" (1973)
  • "Bunga-bunga Pulau"
  • "Sampah Yang Hanyut" (1974)
  • "Anak Bumi Tercinta"
  • "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975)
  • "Seribu Kali Sejuta Kali"
  • "Citerawara Seakor Burung Kecil"
  • "Surat Untuk Emak di Pasir Pekan"
  • "Heroin Tanpa Hero"
  • "Pencari Muara"
  • "Yang Abadi"
  • "Mahar Asmara" (1983/1984)
  • "Al-Amin" (1984/1985)
  • "Al-Isra'"
  • "Al-Kisah Citera Yang Kesembilan"
  • "Satu Lagenda Kelopak Bakawali"
  • "Putih-Putih Semek Siti Dewi Dan Tampong"
  • "Cerita Biasa Tentang Perempuan"
  • "Aduhai Pak Pandir"
  • "Aduhai Pak Kadok"
  • "Alahai Manisnya"
  • "Aduh Pahitnya"
  • "Malang Si Lebai Malang"
  • "Aduhai Pak Belalang"
  • "Aduhai Si Luncai"
  • "Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka"
  • "Tanah Segara Bukit Itu"
  • "Aduhai OMPP"
  • "Aduhai MARA"
  • "Aduhai MAHA"
  • "Oh Tuhanku"
  • "Perjalanan Ke Negara Api"
  • "Perkembalian Seorang Hang Tuah"
  • "Aku"
  • "Surat Cinta"
  • "Air Mata Di Pasir Pekan"
  • "Kelopak Bunga Pahit"
  • "Bunga-Bunga Yang Berguguran Bunga-Bunga Yang Bertaburan"
  • "Keajaiban Alam" (2003)

Antologi cerpen[sunting | sunting sumber]

  • Yang Abadi (1980)
  • Lambaian Tanah Hijau (1980)
  • Al-Isra (1985)
  • Keajaiban Alam (2003)
  • Bunga-Bunga Pulau (2005)
  • Aduhai (2009)
  • Kelopak Bunga Pahit (2014)

Karangan[sunting | sunting sumber]

Koleksi sajak[sunting | sunting sumber]

  • "Apa Ada Di Sana Versi Dunia" (2004)

Novel[sunting | sunting sumber]

  • Ombak Bukan Biru (1977)
  • Kepulangan (1980)
  • "Salam Maria" (2004)
  • "The Missing Piece 1" (2005)
  • "The Missing Piece 2" (2006)

Ulasan sastera[sunting | sunting sumber]

  • Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Africa Moden (Elements of Satire in the Modern Malay and African Novel, 1992)
  • Penulisan Kreatif Teori Dan Proses" (2003)
  • Salam Maria vs. Sarjana Nasi Dingin" (2007)
  • Persamaan dan Perbezaan Dalam Perkembangan Novel-Novel Melayu dan Indonesia" (2010)

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Gerimis Pagi" (1959)
  • Puteri Saadong" (1960)
  • Biduan Dari Neraka" (1964-1965)
  • Jahanam" (1973)
  • Antologi puisi "Apa Ada Di Sana (Versi Dunia)" (2004)
  • Buku "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992)
  • Cerpen "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001)
  • Cerpen "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)
  • "Ada Apa Di Sana (Versi Dunia)" (Pustaka Nusa,2004)
  • "Salam Maria" (Absolute Publications, 2004)
  • "Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu Publications, 2004)
  • "The Missing Piece Bah. 1 (Citra Kurnia Ent., 2005).

Anugerah diraih[sunting | sunting sumber]

  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1971 "Mawar Yang Belum Gugur."
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1972 "Nasinya Tumpah"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1973 "Freshie"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1973 "Lambaian Tanah Hijau"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1974 "Bunga-bunga Pulau"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1974 "Sampah Yang Hanyut"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1975 "Anak Bumi Tercinta"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1975 "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan"
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1983/84 "Mahar Asmara" (1983/1984)
  • Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia 1984/85 "Al-Amin"
  • Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993. "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992).
  • Hadiah Sastera Malaysia "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001)
  • Hadiah Sastera Malaysia "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Campbell, Christine (2004). Pustaka, Dewan Bahasa dan (penyunting). Contrary Visions: Women and Work in Malay Novels Written by Women. Universidad de Michigan. ISBN 9789836283696.
  2. ^ Hooker, Virginia Matheson (2000). Writing A New Society: Social Change Through the Novel in Malay. University of Hawaii Press. ISBN 9780824823047.
  3. ^ Baharudin, Rosnah (2003). "Menjejaki jalur kreativiti dan imaginasi cerpen-cerpen Fatimah Busu dan Siti Zainon Ismail". Wacana Wanita Melayu dan Sastera. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 967-942-642-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]