Fatimah Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Fatimah Yassin adalah dramatis radio dan pelakon filem di Malaysia. Dramatis ini berasal dari Chancery Lane, Singapura dan sekampung dengan aktres Rubiah Suparman.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Suaminya Kamaruddin Ahmad dan ibu kepada dua orang anak Nordiba Akmal, 40, dan Ahmad Fazwan, 38.

Beliau mempunyai tiga orang cucu-cucunya ; Arif Iskandar, 9, Aiman Majid, 6, dan Nurfateha, 3. Fatimah lebih banyak menumpukan perhatian pada kerja-kerja amal dan belajar mengaji dengan Datuk Julie Sudiro.

Drama[sunting | sunting sumber]

Mula mencipta nama sebagai pelakon dalam drama pentas 'Ribut' yang diadaptasi dari drama Cina, Thunderstorm pada tahun 1960-an.Dia menceburi bidang lakonan ketika berusia belasan tahun di Singapura. Pada tahun 1958 sebelum berlakon drama pentas , pelakon diwajibkan berlakon tablo iaitu kita berlakon tetapi dialog diucapkan oleh orang lain. Gerak bibir kita mesti selari dengan dialog yang diucapkan oleh pelakon lain di belakang pentas. Nampak macam senang, hakikatnya sangat susah. Ia saling tidak ubah seperti penyanyi miming ketika di pentas.

Drama pentas 'Ribut' bukan sahaja mencatat drama paling panjang yang pernah dipentaskan di Victoria Theatre Singapura iaitu selama empat jam, malah dipentaskan tanpa henti dan pernah dipentaskan di DBKL yang dibawa oleh MCA pada era yang sama.Ribut dilakonkan oleh Salim Bachik (bapa Harun Salim Bachik), Maniseh Haji Sirat, Zana Ismail, Atan Wahab dan Fatimah Yassin membawakan watak utama sebagai May Fan.


Fatimah telah berlakon lebih 100 drama di Radio Televisyen Singapura yang kebanyakannya diarahkan oleh Allahyarham Zain Mahmud.Fatimah Yassin pernah menjadi guru bahasa Melayu di Sekolah Convent of The Holy Infant Jesus, Singapura (1954 -1957). Waktu siang mengajar dan sebelah petang pula terpaksa mengikuti pengajian bahasa Melayu di Teacher's Training College untuk melengkapkan dirinya menjadi guru bahasa Melayu bertauliah. Waktu malam pula Fatimah berlatih berlakon teater bersama Persatuan Sriwana yang memang cukup popular di Singapura.

Ketika itu, pelakon memang tidak dibayar walau sesen kerana tujuan pementasan adalah untuk amal dan persatuan. Tetapi kami rasa seronok dapat menyumbangkan tenaga untuk persatuan walaupun upahnya hanya nasi bungkus dan makan sate di Beach Road.Kemudian dia nekad meninggalkan Singapura pada akhir tahun 1966 selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya.

Berhijrah ke Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Fatimah Yassin berhijrah ke Kuala Lumpur dan berlakon 'Atap Genting Atap Rumbia' arahan Roslee Jalil - drama pentas pertama lakonannya yang dibawa terus ke kaca televisyen. Drama TV yang lain ialah PJ Holdings, Rempah Ribu dan Idaman yang mencecah hingga ratusan episod. Gaji bulanan sebanyak RM10,000 namun PJ Holdings terbitan RTM benar-benar meletakkan mercu tanda dalam sejarah penglibatannya dalam bidang lakonan. Ketika itu drama bersiri Hollywood, Dallas sedang meletup di kalangan penonton Melayu. PJ Holdings adalah drama Melayu ala siri Dallas dilakonkan oleh Osman Zailani, Datuk Aziz Singah, Datuk Yusof Haslam, Azmil Mustafa dan Melissa Saila.

Dia juga menjadi juruhebah (deejay) [[FM Stereo] yang popular dengan rancangan Oldies, Melodi Indah, Sound Of Strings dan Rampai Selera pada tahun 1970-an. Tahun 1990-an, Fatimah berhijrah ke Rangkaian Nasional sehinggalah bersara pada tahun 1999.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Fatimah Yassin menulis buku 'Wanita Ideal' awal 1980-an memberi panduan adab sopan ketika di meja makan majlis-majlis khas terutama kepada kaum wanita.Buku ini dicetak berulang kali dan terjual 10,000 naskah. Buku terbarunya ialah 'Tribute to Fatimah' tulisan rakan karibnya. [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]