Fatin SerulingLady

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fatin SerulingLady
Latar belakang
Nama lahirNurul Fatin Binte Mohd Yusoff
Kelahiran (1998-05-16) 16 Mei 1998 (umur 25)
Kediaman Singapura
GenrePop/Rock/Traditional Music/Dangdut
PekerjaanPemain Seruling & Penyanyi
InstrumenSeruling & Vokal
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman
Voz Management
Laman sesawang
@SerulingLady instagram.com @SerulingLady facebook.com

Nurul Fatin Binte Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai Fatin SerulingLady adalah seorang pemain seruling dan penyanyi dari Singapura. [1] Fatin SerulingLady mempunyai ramai peminat dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Beliau juga seorang komposer dan sering menjadi sesi seruling untuk artis-artis.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Fatin SerulingLady atau nama sebenarnya Nurul Fatin Binte Mohd Yusoff lahir pada 16 May 1998 merupakan anak pertama daripada tiga adik beradik dan beliau berasal daripada Singapura. Beliau mula bermain seruling pada usia 15 tahun. Beliau sering mencuri-curi pandang di instagram Arwah Pak Yus (Yussry Bin Edoo) suatu ketika dahulu. [2] Beliau terpegun dengan tiupan seruling Arwah Pak Yus dan dia merupakan inspirasi kepadanya. Fatin SerulingLady belajar bermain Seruling melalui video-video di YouTube dan kawan-kawannya dari Malaysia. Fatin SerulingLady mula menyanyi pada usia 15 tahun. Chomel merupakan idola beliau.

Pada tahun 2017, Fatin SerulingLady telah diundang oleh Addy Cradle untuk bermain seruling untuk persembahan di Transcendence, Sultangates Music Festival. [3]

Pada Januari 2018, Fatin SerulingLady telah diundang oleh Chomel untuk bermain seruling untuk persembahan di Mystic White Wedding, Begonia Ballroom Pasir Ris, Singapore. Beliau juga diundang oleh Chomel untuk bermain seruling di Chomel Showcase di Labrador Park City Beach Resort. Pada November 2018, beliau diundang oleh Nobat Kota Singa untuk bermain seruling di Sinaran Hati yang dianjurkan oleh MediaCorp Suria. [4]

Pada December 2018, Fatin SerulingLady telah merakamkan single pertamanya bertajuk Sumpah Janjimu dibawah naungan Voz Management. Lirik dan komposer oleh Fatin SerulingLady. Lagu tersebut telah dirakamkan di Studio47. Beliau juga mempunyai muzik video untuk lagu ini.

Pada tahun 2019, Fatin SerulingLady telah merakamkan single keduanya yang bertajuk Cinta Larangan di bawah naungan Voz Management. Lirik oleh Fatin SerulingLady dan komposer oleh Amyr Abadawn, Olly Maguire dan Fatin SerulingLady. Ia telah di rakaman di Studio47.

Pada June 2019, Fatin SerulingLady telah diundang untuk bermain seruling dan menyanyi untuk persembahan di Hari Raya Charity Ride 2019 bersama Presiden Singapura dan penyanyi Awie Wings. [5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • 2018: Sumpah Janjimu (Lirik/Komposer: Fatin SerulingLady)
  • 2018: Jiwa Ramadhan feat. Boy Botak & Fatin SerulingLady (Lirik: Mohd Khair Mohd Yasin Komposer: Luqman Hakim dan Iskandar Jeff)
  • 2019: Cinta Larangan (Lirik: Fatin SerulingLady Komposer: Amyr Abadawn, Olly Maguire dan Fatin SerulingLady)
  • 2021: Poetic Maleeka feat. Erynn Eriynee & Fatin Serulinglady - Rintihan (Lirik: Poetic Maleeka Komposer: Amyr Abadawn)
  • 2022: Dusta feat. Afiq Shafiee (Lirik:Fatin Serulinglady Komposer: Afiq Shafiee)

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

  • 2019: Sumpah Janjimu [6]
  • 2019: Cinta Larangan [7]
  • 2022: Dusta

Panampilan Awam[sunting | sunting sumber]

  • 2017: Transcendence, Sultangates Music Festival (Bermain seruling bersama Addy Cradle)
  • 2018: Live Showcase & Live Feast Station
  • 2018: Chomel Showcase
  • 2018: Sinaran Hati
  • 2018: Viral Voice Edisi Raya
  • 2019: Hari Raya Charity Ride 2019
  • 2019: Ceria Lebaran 2019
  • 2019: Wisma Geylang Serai Acara Pelancaran Seniman
  • 2020: Carta Dasyat Giler
  • 2021: Norma Baru 2021 @ Ace The Place CC MAEC

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Semai seni seruling. Berita Harian. Dicapai pada 27 Jul, 2019.
  2. ^ Tiupan seruling penyegar jiwa 'Fatin SerulingLady'. Berita Harian. Dicapai pada 22 Jul, 2018.
  3. ^ Sultangate Music Festival 2019. Sakti Media Pte Ltd. Dicapai pada 6 Sep, 2019.
  4. ^ Sinaran Hati. Diarkibkan 2019-09-25 di Wayback Machine MediaCorp Suria. Dicapai pada 23 Nov, 2018.
  5. ^ Record number of bikers ride for charity. The Straits Times. Dicapai pada 30 Jun, 2019.
  6. ^ Sumpah Janjimu - Fatin SerulingLady (Official Music Video) [Repost], dicapai pada 2023-12-17
  7. ^ Fatin SerulingLady - Cinta Larangan (Lyric Video). Exuism. Dicapai pada 12 Aug, 2019.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]