Fattah Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fattah Amin
FattahAmin.jpg
KelahiranAbdul Fattah bin Mohd Amin
(1990-09-14) 14 September 1990 (umur 29)
Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif
Pusat pendidikan
Pekerjaan
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Berat68 kg (150 lb; 10.7 st)[1]
PasanganNur Fazura (k. 2017)
Ibu bapaMohd Amin Musa (bapa)
Azizah Abdul Ghani (ibu)
SaudaraFarhan (adik)
Farhana (adik)
Raihan (adik)
Intan (adik)
Kerjaya muzik
InstrumenVokal
Tahun aktif2013–kini
Kegiatan berkaitan
Aizat Amdan, Anas Amdan, Mel Ramlan, Fazura, Alvin Chong

Abdul Fattah bin Mohd Amin (lahir 14 September 1990) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai finalis Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama sebagai dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin. Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot dan Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 14 September 1990 Masihi bersamaan 24 Safar 1411 Hijrah dan dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Keluarga beliau berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara adik beliau ialah Farhana dan Farhan. Kepada pasangan Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah binti Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968), Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium yang terletak di Kota Damansara.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2011–2014: Penglibatan awal dan Playboy Itu Suami Aku[sunting | sunting sumber]

Penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ialah bapa saudara Fattah menerusi pertalian saudara melalui bapanya. Namun, tanpa mahu terlalu berharap kepada Skop Productions, Fattah cuba masuk dalam industri dengan bekerja sebagai kru penggambaran.[2] Sepupunya, pelakon dan pengarah Syafiq Yusof menawarkannya menjadi kru untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Syamsul Yusof pada tahun 2011.[3][4]

Setelah itu, beliau bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih menunutut di kolej. Fattah mula bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi watak tambahan dalam siri drama televisyen Memberku Hawa bersama pelakon utamanya, Nad Zainal. Daripada situ, beliau cuba berjinak sebagai pelakon secara suka-suka.

Fattah menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam, sekaligus beliau merangkul gelaran juara.[5]

Filem pertama Fattah ialah Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly sebagai watak tambahan bernama Farhan pada tahun 2014 yang mana mempertemukan Fattah dengan pelakon Nur Fazura yang menjadi pelakon utama filem tersebut.

Beliau mula meniti puncak kemasyhuran menerusi drama Playboy Itu Suami Aku lakonan bersama Nur Risteena yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama. Fattah memegang watak sebagai Adrian Benjamin. Setelah penampilan sulungnya dikritik kerana kurang persediaan sebagai pelakon, Fattah menunggu selama dua tahun untuk membuktikan bakatnya. Risteena juga berdepan dengan situasi sama.[6][7]

2015–2016: Hello, Mr. Perfect! dan Gerak Khas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, nama Fattah diterima umum sebagai pelakon kerana peningkatan yang ditonjolkannya dalam beberapa drama seperti Bencinta, Plan Cinta Tak Jadi serta berpeluang mengembangkan bakat ke Indonesia menerusi telefilem Ku Kejar Cinta Ke Malaysia dan From Hater To Lover.[8]

Pada November 2015, Fattah tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Chacha Maembong, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[9] Fattah muncul bersama Ruhainies dalam siri drama adaptasi novel Hello, Mr. Perfect!; Fattah memegang watak Izzul Islam yang mengisahkan Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin.[10]

Pada tahun 2016, Fattah telah dipilih untuk menjayakan watak Inspektor Haikal dalam siri drama polis Gerak Khas.[11] Beliau digandingkan bersama Mira Filzah sebagai bintang utama siri TV waktu perdana TV3, Ketupat Palas Mr. Handsome; Fattah memegang watak sebagai Kruz, seorang pemuda yang lahir daripada keluarga berada.[12]

Beliau memegang watak sebagai Kapten Ejaz Fakhri dalam drama Suri Hati Mr Pilot yang menggandingkan beliau bersama Neelofa. Drama tersebut menjadi fenomena dengan mendapat sambutan hangat setiap minggu dan mendapat pemeringkatan tertinggi iaitu 5 juta tontonan dan telah direkodkan sebagai antara drama dengan pemeringkatan tertinggi di Malaysia.[13][14][15]

2017: Hero Seorang Cinderella dan My Coffee Prince[sunting | sunting sumber]

Fattah memasuki set drama Hero Seorang Cinderella yang menggandingkannya dengan pelakon, Nur Fazura pada awal April 2017. Beliau yang membawa watak Tengku Ian Uzzam, seorang usahawan yang pulang ke tanah air bagi melaksanakan sebuah rancangan, bertemu dengan Nura Medina, seorang pelajar universiti, yang dilakonkan oleh Fazura. Niat asalnya untuk membantu merapatkan tali persaudaraan antara sahabatnya, Farrizam dengan Medina, telah menghasilkan pertemuan demi pertemuan dengan Medina hingga menimbulkan perasaan cinta antara mereka. Drama ini telah mencetuskan fenomena luar biasa bagi peminat drama tanah air, hasil daripada gandingan mantap dan serasi antara Fattah dan Fazura yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri yang sah dalam kehidupan sebenar. Drama ini mendapat catatan carian Google tertinggi untuk carta drama tempatan untuk tahun 2017, dan disahkan menjadi drama yang mempunyai permintaan tertinggi di laman sesawang Kepala Bergetar.[16][17]

Pada 27 November 2017, Fattah digandingkan bersama Janna Nick dalam drama My Coffee Prince yang berdasarkan daripada drama Korea Selatan 2007, The 1st Shop of Coffee Prince di Astro Ria.[18][19][20]

2018–kini: Kejayaan arus perdana[sunting | sunting sumber]

Filem terbaru beliau, KL Special Force arahan Syafiq Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018 yang mana Fattah memegang watak sabagai ASP Zul, pegawai baru Unit Tindakan Khas (UTK).[21] Bagi menjayakan watak ASP Zul, beliau melakukan beberapa aksi lasak dan ekstrem sendiri untuk filem tersebut.[22][23] Fattah dalam satu temu ramah bersama Berita Harian berkata impian untuk bekerja bersama pelakon senior Datuk Rosyam Nor menjadi kenyataan dalam filem ini: "Memang saya teruja dapat berlakon dengan idola yang saya ikuti setiap lakonannya sejak di bangku sekolah. Sepanjang di lokasi, beliau seorang aktor berpengalaman yang tidak kedekut berkongsi ilmu."[24]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fattah menjayakan peranan utama sebagai Awang dalam filem biopik sejarah Mat Kilau yang mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu terkenal, Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Ady Putra, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[25][26][27]

Fattah melancarkan lagu Raya pertamanya, bertajuk "Syawal Kali Ini" ciptaan Aizat Amdan dan lirik oleh Mel Ramlan.[28] Beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada 100 Lelaki Paling Seksi di Dunia oleh portal hiburan Filipina, Starmometer. Beliau ialah satu-satunya selebriti Malaysia yang disenaraikan dalam senarai itu.[29]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Desas-desus mengenai keintiman hubungan antara Fattah dan Fazura telah mula diperkatakan sejak penggambaran drama Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Slot MegaDrama Astro Ria sehingga mewujudkan fenomena "Fattzura" iaitu gabungan nama Fattah dan Fazura.[30] Mereka sering menyatakan sokongan dan galakan terhadap antara satu sama lain dan hadir dalam sebarang majlis bersama-sama. Lebih menguatkan dakwaan adanya hubungan istimewa itu adalah apabila mereka hadir bersama-sama ke acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30.

Pada 23 November 2017, Fattah mengesahkan bahawa beliau dan Fazura telah bertunang pada 13 November. Pasangan itu membuat pengumuman rasmi pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga mereka. Mereka berkahwin dalam majlis secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat pada 27 November 2017, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.[31][32]

Datuk beliau, Musa Omar meninggal dunia pada 7 Jun 2019, iaitu jatuh kepada Hari Raya ketiga.[33][34]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Farhan Bernard Chauly Filem pertama, pelakon tambahan
2018 KL Special Force Inspektor Zul Syafiq Yusof Pelakon utama
Avengers: Infinity War Rocket Anthony Russo
Joe Russo
Alih suara BM
2019 Avengers: Endgame
2020 Mat Kilau Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan Awang Syamsul Yusof

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Memberku Hawa Faliq Astro Ria
Kerana Sarah Edika TV3
Cinta Jannah Hakim
Playboy Itu Suami Aku Raja Adrian Benjamin
2014 Merah Bukan Jambu Merah TV2
Cinta Ibadah Hafiz Astro Prima
2015 Nasuha Irfan TV9
Bencinta[35] Nabil TV3
Strawberi & Karipap Musim 2 Adam Astro Ceria
Cinta Dari Marikh Aiman TV2
Plan Cinta Tak Jadi Anas Astro Ria
Hello Mr. Perfect Izzul Islam TV3
2016-17 Gerak Khas Inspektor Haikal TV2
2016 Kak Marr Fattah TV3
Bodyguard Fariz
Ketupat Palas Mr. Handsome Kruzaimi
Suri Hati Mr. Pilot[36] Kapten Ejaz Fakhri Astro Ria
2017 Hero Seorang Cinderella[37] Tengku Ian Uzzam Astro Ria
My Coffee Prince[38] Raikal
2018 Dia Anak Jeneral Zakhif TV2
Isteri Bukan Untuk Disewa Noah Ryzal Astro Ria
2019 Cetera Hati Diya Zahil Hariz TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Arah Ke Kuburmu Astro Prima
Asparagus Firash TV2
2014 Aidil Click TVi
Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia Ashraf RTV
From Hater To Lover Amri
2015 Aku Tunggu Kau Ni Imran Astro Prima
Manisnya Bulan Madu[39] Mirza TV3
Yang Mana Satu Azhar TV9
Alien Planet Cinta Dinosaur Astro Ria
Awaklah Imam Saya Shahidan Azmi
Pelita Panjut Untuk Mertua Azudin TV3
2016 Cik Siti Awang
Hello Mr. Perfect Raya Izzul Islam
Raya Kami Rayyan
Dendam Manisa Rosman
2017 Bayangan Emilia Ungku Mahmud Astro Ria
Suri Hati Mr Pilot Raya Kapten Ejaz Fakhri
Wanita Terindah Fahim Aiman Astro First Eksklusif
2019 Kau Selalu Di Hatiku Azlam TV1
Ustart Enjin Arafat Astro Citra
Aneh Ilham

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Ketuk Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1 Artis jemputan
2017 The House 4 Dirinya sendiri Astro Ria Bersama Alvin Chong

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Komposer
2013 Darjat
Getar Jiwa
Love
Sumpah Aku Cinta Padamu
2015 Hero Untukmu (Duet bersama Sherry Ibrahim & RJ)
2017 Wanita Terakhir Lagu & Lirik oleh Aizat Amdan, Anas Amdan & Mel Ramlan
Cinderella (Duet bersama Nur Fazura) Lagu oleh Aizat Amdan, Mel Ramlan
Lirik oleh Anas Amdan
Wanita Terindah Lagu & Lirik oleh Aizat Amdan, Anas Amdan & Mel Ramlan
1234U Lagu & Lirik oleh Aizat Amdan, Anas Amdan & Mel Ramlan
2018 Syawal Kali Ini Lagu & Lirik oleh Aizat Amdan & Mel Ramlan
Isterimewa Lagu & Lirik oleh Mel Ramlan
2019 Paling Sempurna (Duet bersama Nur Fazura) Lagu & Lirik oleh Mel Ramlan
Muzik Video
Tahun Tajuk Pengarah
2015 Sorry-Sorry Sayangku (Nomad) A. Aida
2017 Bisa Apa (Fazura) Michael Ang
2018 Syawal Kali Ini
Isterimewa

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Nota
2015- SAFI Men
2016- Far8 by Altelia Amani
OLIcandy
AJ DE' PARFUM
OPPO R9s
2017- Maydan
KING Koil - Prince Collection
OPPO F5
2018- Maybank Debit Card
Toyota C-HR
2019- OPPO F11 Pro
Shell Advance

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011/2012
Hero Remaja
Juara Pencarian Hero Remaja N/A Menang
2016
Anugerah MeleTOP Era ke-3
Fesyen MeleTOP Dicalonkan
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-3
Aktor Pilihan Hello Mr. Perfect Dicalonkan
Pasangan Pilihan (bersama Ruhainies) Dicalonkan
Anugerah Pilihan Online
Lelaki Tampan Pilihan Dnars N/A Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Paling Seksi Menang
Anugerah Melodi ke-3
Personaliti Drama Melodi Menang
Anugerah Telenovela
Pelakon Baharu Paling Popular (Lelaki) Hello Mr. Perfect Menang
Maskulin Choice
Best Issue – Ogos N/A Menang
2017
Anugerah Throwbaek Drama
Hero Throwbaek Suri Hati Mr. Pilot Menang
Kapel Throwbaek (bersama Neelofa) Menang
Anugerah MeleTOP Era ke-4
Pelakon TV MeleTOP Menang
Bintang Online MeleTOP N/A Menang
Fesyen MeleTOP Menang
Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
Anugerah Buku Negara
Buku Popular 99 Kata-Kata #Qalifmoden Menang
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Paling Seksi N/A Dicalonkan
Selebriti Lelaki Paling Bergaya Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Bintang Paling Popular Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Gandingan Serasi Drama (bersama Neelofa) Suri Hati Mr. Pilot Menang
Artis Sensasi N/A Menang
Anugerah InTrend
Lelaki Dambaan Dicalonkan
Wajah Sampul Popular Menang
Hot FM Top Hot
Penyanyi Lelaki Hot Dicalonkan
Penyanyi Baru Hot Dicalonkan
Anugerah Telenovela
Pelakon Lelaki Popular Suri Hati Mr. Pilot Menang
Pelakon Lelaki Sensasi N/A Menang
2018
Anugerah MeleTOP Era ke-5
Fesyen MeleTOP N/A Dicalonkan
Pelakon TV MeleTOP Hero Seorang Cinderella Dicalonkan
Anugerah Telenovela
Pelakon Telenovela Lelaki Popular Hero Seorang Cinderella Menunggu
Pelakon Filem Lelaki Popular Wanita Terindah Menunggu
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Lelaki Popular N/A Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Nur Fazura) N/A Menang
Artis Sensasi N/A Dicalonkan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Lelaki Harapan KL Special Force Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Makan Empat Kali Sehari, Badan Fattah Amin Naik 20kg Astro Gempak (10 Ogos 2016). Dicapai pada 11 Ogos 2016.
  2. ^ Farizan Zainal (8 Mac 2018). "Fattah Amin Kerja Angkat Pasir Sebelum Popular". Rotikaya. Dicapai 13 Mei 2018. 
  3. ^ Zaidi Mohamad (25 Januari 2017). "Fattah Amin pernah jadi budak props". Berita Harian. Dicapai 31 Januari 2017. 
  4. ^ "Fattah Amin pernah jadi tukang kipas Shaheizy Sam". Illuminasi. 10 Mac 2017. Dicapai 13 Mei 2017. 
  5. ^ Wan Nasrah Abdul Rahim (23 September 2012). "Fattah dinobat Hero Remaja". Sinar Harian. Dicapai 13 Mei 2018. 
  6. ^ "Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?". Oh Bulan!. 8 November 2013. Dicapai 13 Mei 2018. 
  7. ^ "Fattah jawab komen negatif". Kosmo!. 10 Disember 2013. Dicapai 13 Mei 2018. 
  8. ^ Nurfarhana Mohamed (29 Oktober 2014). "Fattah tidak 'kayu' lagi". Utusan Malaysia. Dicapai 13 Mei 2018. 
  9. ^ Fattah lebih positif Kosmo! (2 Oktober 2014). Diperoleh pada 19 April 2018.
  10. ^ "A.Aida beri peluang". Utusan Malaysia. 20 Oktober 2015. Dicapai 20 Mei 2018. 
  11. ^ "Fattah Amin Jadi Anggota Polis Dalam Gerak Khas Musim Terbaru". Ramen Pedas. Februari 2016. Dicapai 19 Januari 2017. 
  12. ^ ‘Pelakon kayu’ dorong Fattah Amin tingkatkan mutu lakonan Berita Harian. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  13. ^ "Dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin dan Neelofa memang bercinta". Utusan Malaysia. 14 Oktober 2016. Dicapai 19 Januari 2017. 
  14. ^ Farhana Fuad (1 November 2016). "Penangan Drama Suri Hati Mr.Pilot". EH!. Dicapai 19 Januari 2017. 
  15. ^ Aishah Aziz (15 November 2016). "Fattah Akui Terkejut Dengan Fenomena Suri Hati Mr. Pilot". Rojak Daily. Dicapai 19 Januari 2017. 
  16. ^ 10 Drama Melayu Paling Tinggi Carian Di Google 10 drama Melayu paling tinggi carian di Google 2017
  17. ^ Kepala Bergetar Kata Fattah & Fazura Paling Popular
  18. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (20 Julai 2017). Fattah Amin Seperti Gong Yoo, Layak Jadi Hero ‘Coffee Prince’ mSTAR Online. Diperoleh pada 27 November 2017.
  19. ^ Zaidi Mohamad (17 Julai 2017). "Drama 'Coffee Prince' terus kecoh". Berita Harian. Dicapai 26 Mei 2018. 
  20. ^ Zaidi Mohamad (2 Ogos 2017). "Coffee Prince milik Fattah Amin". Berita Harian. Dicapai 26 Mei 2018. 
  21. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai 7 Februari 2018. 
  22. ^ Aref Omar (7 Mac 2018). "Fattah recalls humble beginnings". New Straits Times. Dicapai 15 Mac 2018. 
  23. ^ Ifqdar Rahman (12 Februari 2018). "Kegagahan Fattah Amin dalam KL Special Force". Utusan Malaysia. Dicapai 24 Mac 2018. 
  24. ^ Zaidi Mohamad (16 Jun 2016). "Impian Fattah kongsi layar dengan Rosyam jadi kenyataan". Berita Harian. Dicapai 15 Mac 2018. 
  25. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai 20 April 2018. 
  26. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai 20 April 2018. 
  27. ^ Budiey (28 Mac 2018). "Video Fattah Amin Gigih Bersilat Untuk Filem MAT KILAU". Sensasi Selebriti. Dicapai 31 Mei 2018. 
  28. ^ Syafil Syazwan Jefri (9 Jun 2018). "Rentak tradisional, moden seimbang". Harian Metro. Dicapai 10 Jun 2018. 
  29. ^ Syahirah Mokhtazar (21 Disember 2018). "#Showbiz: Fattah Amin on the 100 Sexiest Men in the World list". New Straits Times. Dicapai 21 Disember 2018. 
  30. ^ Angelin Yeoh (23 November 2017). "Celebrity couple Fazura and Fattah announce wedding engagement". The Star Online. Dicapai 24 November 2017. 
  31. ^ Farihad Shalla Mahmud (27 November 2017). "Fattah, Fazura diijab kabul". Berita Harian. Dicapai 1 Disember 2017. 
  32. ^ Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad (27 September 2017). "Fattah, Fazura terus berteka-teki". Berita Harian. Dicapai 11 November 2017. 
  33. ^ Feride Hikmet Atak (9 Jun 2019). "Fattah Amin kehilangan datuk". Berita Harian. Dicapai 9 Jun 2019. 
  34. ^ "Fattah Amin sebak dengan pemergian 'Atok'". Astro Awani. 9 Jun 2019. Dicapai 9 Jun 2019. 
  35. ^ Niezam Abdullah (16 November 2014). Tiada Cemburu Aksi Romantik Fathia & Fattah Di Kuwait mStar Online. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  36. ^ Fattah Amin Nafi Bercinta Dengan Neelofa My Buletin Malaysia (17 Oktober 2016). Diperoleh pada 17 Oktober 2016.
  37. ^ Fattah Amin Bersedia Bercinta Bersama Fazura Suria FM (5 Jun 2017). Diperoleh pada 5 Jun 2017.
  38. ^ Jannah Nick Takkan Bercinta Dengan Fattah Amin Rotikaya (18 Julai 2017). Diperoleh pada 1 Ogos 2017.
  39. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (3 Oktober 2014). Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin mSTAR Online. Dicapai pada 3 Oktober 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]