Fauzi Marzuki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fauzi Marzuki
Kelahiran (1955-09-21) 21 September 1955 (umur 68)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop, Balada
PekerjaanPemuzik, jurutera muzik, penerbit rakaman, penggubah lagu
InstrumenKeyboard, pensintesis, perkusi, gitar
Tahun aktif1973–kini

Fauzi Marzuki (lahir 21 September 1955) merupakan seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Lagu-lagu ciptaan dan tulisan beliau telah banyak dinyanyikan oleh ramai penyanyi terkenal termasuk Jamal Abdillah, Nash, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Amy Mastura dan ramai lagi. Beliau memulakan kerjaya muzik profesional, kemudiannya menjadi pemuzik bebas.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Fauzi Marzuki dilahirkan pada 21 September 1955 di Kampung Tawas, Ipoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar, Pudu dan kemudiannya pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Alam Shah di Kuala Lumpur. Fauzi mula didedahkan dengan muzik seawal usia 12 tahun.

Fauzi berkahwin dengan Hashiimah Ramli pada 1993 dan bercerai pada 2013.[2]

Perjalanan kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sekitar tahun 1975-1978 sebagai pemain gitar bagi kumpulan dari Malaysia, Discovery. Pada tahun 1980 hingga 1982 beliau bekerja sebagai pembantu studio di sebuah studio analog di Kuala Lumpur. Semasa fasa tersebut, Fauzi menggubah dan menghasilkan lagu-lagu untuk pelbagai penyanyi terkenal Malaysia seperti Sharifah Aini, Sudirman, Anita Sarawak, Sheila Majid dan banyak lagi[3].

Pada tahun 1983 hingga 1992, beliau dilantik menjadi pengurus artis dan repertoir (A&R) di EMI Malaysia. Semasa fasa tersebut, beliau ada juga merakamkan lagu-lagu untuk beberapa artis Malaysia di EMI Capitol Studios di Los Angeles, Abbey Road Studio di London dan Toshiba EMI di Tokyo.

Pada tahun 2001, beliau membuka sebuah studio yang mengkhususkan adunan (mixing) dan pengindukan (mastering).

Pada tahun 1992, beliau memenangi 5 anugerah gubahan lagu di pertandingan televisyen Malaysia seperti Juara Lagu dan Pujaan 10 Nescafe. Pada tahun 2005, beliau menerima Anugerah Nadi Cipta daripada MACP. Pada tahun 2008, beliau menerima Anugerah Wirama di Anugerah Industri Muzik atas sumbangan beliau dalam industri muzik Malaysia.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu ciptaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul lagu Komposer Lirik Penyanyi
Pusara di Lebuhraya Fauzi Marzuki Bob Lokman Ekamatra
1985 Jejaka Idaman Fauzi Marzuki Fauzi Marzuki, Herman Tino Raja Ema
1992 Kekasih Awal dan Akhir Fauzi Marzuki S. Amin Shahab Jamal Abdillah
1992 Pada Syurga Di Wajahmu Fauzi Marzuki Fauzi Marzuki, Bob Lokman Nash
Tirai Semalam Fauzi Marzuki S. Amin Shahab Siti Nurhaliza
Meniti Hari Fauzi Marzuki Amran Omar, Fauzi Marzuki Amy Mastura
‌Lagenda Fauzi Marzuki Habsah Hassan Sheila Majid
Sepi Sekuntum Mawar Merah Fauzi Marzuki Lukhman S, Fauzi Marzuki Ella
1992 Di Alam Fana Cinta Fauzi Marzuki Fauzi Marzuki, Zur'ain Fotograf
Penghujung Rindu Fauzi Marzuki S. Amin Shahab Jamal Abdillah
12 Purnama Fauzi Marzuki S. Amin Shahab Ella
Lagu Cinta Kita Fauzi Marzuki Fauzi Marzuki Anita Sarawak
Setia Kasih Fauzi Marzuki Lukhman S Haleeda
Mereka Yang Rebah Fauzi Marzuki Habsah Hassan Nyanyian ramai[4]
Kau Yang Bernama Fauzi Marzuki Habsah Hassan Sharifah Aini
Masihkah Ada Cinta Fauzi Marzuki Habsah Hassan Rahimah Rahim
Persamaan Fauzi Marzuki S. Amin Shahab Freedom
Suara Luka Fauzi Marzuki Fauzi Marzuki Hillary ft. Rahmat
Warna Hampa Fauzi Marzuki Arab Arab & Aidit
Setiap Perbuatan Ada Pembalasan Fauzi Marzuki Juwie Zenorita
Teringin Fauzi Marzuki Lukhman S Shima
Mawar Terpinggir Fauzi Marzuki Fauzi Marzuki Francissca Peter

Album terbitan[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Lagu ke-7 (1992)
    • Juara Keseluruhan : Pada Syurga Di Wajahmu. Penyanyi Nash, lirik oleh Bob Lokman.
    • Juara Kategori Pop Kreatif : Pada Syurga Di Wajahmu. Penyanyi Nash, lirik oleh Bob Lokman.
    • Juara Kategori Rock : Di Alam Fana Cinta. Penyanyi Fotograf, lirik oleh Zur'Ain.
    • Turut bertanding: Kekasih Awal dan Akhir, Penyanyi Jamal Abdillah, lirik oleh Lukhman S.
  • Pujaan 10 Nescafe 1992
    • Lagu Paling Popular Radio (kumpulan): Di Alam Fana Cinta. Penyanyi Fotograf, lirik oleh Zur'Ain.
    • Lagu Paling Popular Radio (solo): Kekasih Awal dan Akhir, Penyanyi Jamal Abdillah, lirik oleh Lukhman S.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aini Roshidah Ahmad Mawawi (3 Disember 2017). "Fauzi Marzuki gubah lagu dalam kapal terbang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 September 2018.
  2. ^ "Fauzi Marzuki Ceraikan Isteri Talak Satu". mStar Online. 24 Mei 2013. Dicapai pada 16 September 2013.
  3. ^ "Fauzi Marzuki". Discorgs. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  4. ^ Sharifah Aini, Sudirman Arshad, Sheila Majid, Jay Jay, Azlina Aziz, Pelangi, M.Shariff, Ibnur Riza, Bob Rezal, Azman Abu Hassan, Isma Aliff, Abdullah Chik, Noraniza Idris, Azizul Khamis, Adam Ahmad, Dwen, Shuaib Shaari, D.J. Dave

Pautan luar[sunting | sunting sumber]