Grifon perang Bretagne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fawn Brittany griffon)
Grifon perang Bretagne
Griffon Fauve de Bretagne No. 66
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Grifon perang Bretagne (pérang)[a] ialah satu baka anjing jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis di wilayah Bretagne.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Grifon perang Bretagne ialah anjing bersaiz sederhana setinggi 48–56 cm (19–22 in) pada paras kelasa untuk kedua-dua jantan dan betina dengan bulu pudar kasar (berumbai) distingtif, telinga layu panjang, dan ekor apnajng yang terangkat dan sedikit melengkung. Tubuhnya berbelakang pendek. Baka ini patut kelihatan kurus dan berotot. Warna bulunya boleh terdiri daripada mana-mana cahaya perang daripada keemasan hinggalah merah.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu perang besar Bretagne digunakan dalam kawanan untuk memburu serigala dan babi hutan, dan François I dikenali pernah memelihara sekawan.[3] Dengan pembasmian serigala pada abad ke-19, anjing ini hampir menjadi pupus dan contoh-contohnya disilangkan dengan grifon sederhana Vendée untuk menghasilkan grifon perang Bretagne yang lebih kecil.[3]

Pada tahun 1949, Marcel Pambrun menubuhkan Club de Fauve de Bretagne untuk menyelamatkan sisa-sisa baka ini yang telah dijaga hidup-hidup oleh beberapa orang peladang dan pemburu.[4] Sejak tahun 1980-an, grifon perang Bretagne dan baka turunannya, baset perang Bretagne, telah berjaya dipulihkan dari segi bilangan dan kini merupakan anjing pemburu popular.[1][2]

Baka ini anjing pemburu bagus, yang masih digunakan di Perancis untuk memburu babi hutan, tetapi juga anjing keluarga bagus. Contoh-contoh grifon perang telah dieksport ke negara-negara lain untuk dipromosikan di sana sebagai baka jarang untuk mereka yang mencari haiwan peliharaan unik.

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai unggul baka ini diperihalkan dalam piawaian baka sebagai anjing licik dan kuat sebagai pemburu di semua rupa bumi, tetapi suka bergaul dan mesra dengan orang.[1][2] Perangai individu mungkin berbeza-beza.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ݢريفون ڤيرڠ بريتاڽ; Perancis: griffon fauve de Bretagne; bahasa Inggeris: fawn Brittany griffon

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Standard FCI N° 66 GRIFFON FAUVE DE BRETAGNE" [Piawaian FCI No. 66 Grifon Perang Bretagne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 5 Mei 2003. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 66 GRIFFON FAUVE DE BRETAGNE" [Piawaian FCI No. 66 Grifon Perang Bretagne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. 5 Mei 2003. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 252. ISBN 0-87605-624-9.
  4. ^ Club de Fauve de Bretagne, Sejarah (Perancis)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]