Fedora (sistem pengendalian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fedora
Fedora 34 dengan GNOME 3.38
PembangunFedora Project,
(ditaja oleh Red Hat, Inc.)
Keluarga OSAla Unix
KeadaanKini
Model sumberPerisian bersumber bebas dan terbuka (dengan pengecualian)[1]
Keluaran asal2003-11-16[2] Ia telah dikodnamakan Yarrow. Fedora Core 1 adalah berdasarkan Red Hat Linux 9 dan diedarkan dengan versi inti Linux 2.4.19, versi persekitaran atas meja GNOME 2.4, dan K Desktop Environment 3.1.[3]
Keluaran terbaru34[4] / 28 April 2020; 3 tahun yang lalu (2020-04-28)
Tersedia dalamBerbilang bahasa
Kaedah kemaskiniDNF (PackageKit)
Pengurus bungkusanRPM Package Manager
Pelantari386, amd64
Jenis IntiMonolitik (Linux)
Ranah penggunaGNU
Antaramuka pengguna
terasal
GNOME
LesenPelbagai lesen perisian bebas, serta blob-blob perduaan berhak milik.[1]
Laman rasmiwww.fedoraproject.org

Fedora Linux ialah edaran Linux yang dibangunkan oleh Projek Fedora. Edaran ini adalah versi bebas bagi RHE Linux. Fedora menggunakan pengurus pakej RPM Package Manager.

Salah satu objektif utama Fedora ialah bukan sahaja diisi dengan perisian yang diedarkan di bawah lesen bebas dan sumber terbuka, malah mahu menjadi pendahulu bagi teknologi-teknologi sebegitu.[5][6] Para pembangun Fedora lebih suka membuat perubahan upstream berbanding membuat pembaikan khusus untuk fedora sahaja, lantas memastikan kemaskinian mereka dapat diperolehi oleh semuah edaran Linux.[7]

Jika dibandingkan dengan sistem pengendalian bukan Linux yang lebih arus perdana, kitar hayat Fedora adalah lebih pendek. Versi X akan diselenggara sehingga sebulan selepas versi X+2 dibebaskan. Dengan sela 6 bulan antara keluaran, tempoh penyelenggaraannya amat pendek, yakni 13 bulan bagi setiap versi.[8] Hatta boleh menimbulkan masalah bagi mereka yang ingin menggunakan versi tertentu Fedora untuk pembangunan produk (contohnya sistem terbenam), di mana sokongan jangka panjang adalah lebih penting berbanding menyelenggara semakan termaju perisian tertentu.

Pada tahun 2008, Linus Torvalds, pengarang inti Linux, menyatakan bahawa dia menggunakan Fedora kerana ia mempunyai sokongan yang agak bagus untuk senibina pemproses PowerPC, yang digemarinya pada ketika itu.[9]

Menurut DistroWatch, Fedora merupakan sistem pengendalian berasaskan Linux yang ketiga terpopular dari November 2011, berada di belakang Mint dan Ubuntu, di samping disenaraikan sebagai edaran Linux berasaskan RPM yang terpopular.[10]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek Fedora telah dimulakan pada penghujung 2003, apabila Red Hat Linux diberhentikan.[11] Red Hat Enterprise Linux dijadikan satu-satunya edaran Linux yang disokong secara rasmi oleh Red Hat, sementara Fedora sebagai edaran komuniti.[11] Red Hat Enterprise Linux memecahkan keluarannya daripada versi-versi Fedora.[12]

Nama Fedora diterbitkan daripada Fedora Linux, sebuah projek sukarela yang membekalkan perisian tambahan untuk edaran Red Hat Linux, dan daripada fedora yang dipakai oleh logo "Shadowman" Red Hat. Warren Togami memulakan Fedora Linux pada tahun 2002 sebagai projek sarjana muda, bertujuan untuk menyediakan gedung tunggal untuk pakej perisian pihak ketiga yang diuji sebaiknya dengan niat supaya perisian bukan Red Hat akan lebih mudah ditemui, dibangun, dan digunakan. Perbezaan utama antara pendekatan Fedora Linux dan Red Hat Linux ialah pembangunan gedung Fedora adalah gotong-royong dengan komuniti sukarela global.[13] Fedora Linux lama-kelamaan masuk kedalam Projek Fedora, membawa sekali pendekatan gotong-royong ini.[14] Fedora ialah tanda dagangan milik Red Hat, yang sebelum ini dipertikaikan oleh para pencipta bagi perisian pengurusan gedung Fedora yang tiada kaitan dengan sistem pengendalian ini, namun hal ini telah diselesaikan.[15]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Versi terkini bagi Fedora ialah Fedora 16, berkod nama "Verne" yang telah dibebaskan pada 8 November 2011. Fedora 16 didedikasikan sebagi memperingati Dennis Ritchie, yang meninggal dunia sebulan sebelum keluaran ini dibebaskan.[16]

Antara ciri yang ada pada Fedora 16 termasuklah:

  • Penyertaan atas meja Gnome 3.2.1
  • Kemas kini kepada KDE Software Compilation 4.7.2 yang terkini
  • GRUB2 kini pemuat but secara lalai
  • Pemacu Ext4 kini digunakan untuk sistem fail Ext3 dan Ext2
  • Daemon HAL kini disingkirkan dan diganti dengan udisks, upower, dan libudev
  • Penyatuan antara muka pengguna bagi semua atur cara dan mekanisme pelaporan masalah
  • Penambahbaikan pemayaan termasuk OpenStack dan Aeolus Conductor
  • Fedora kini akan menggunakan UID/GID sehingga 1000 untuk akaun sistem
  • Sokongan awan yang lebih baik termasuklah Condor Cloud, HekaFS, dan pacemaker-cloud

Sejarah versi[sunting | sunting sumber]

Keluaran Fedora Core 1 yang asal dengan atas meja GNOME dan tema Bluecurve
Fedora 15 yang akan disenggara sehingga sebulan selepan Fedora 17 dikeluarkan
Warna Maksud
Merah Keluaran yang tidak lagi disokong[17]
Hijau Keluaran yang masih disokong
Biru Keluaran akan datang
Nama projek Versi Nama kod Tarikh keluar Versi inti
Fedora Core 1 Yarrow 2003-11-05 2.4.19
2 Tettnang 2004-05-18 2.6.5
3 Heidelberg 2004-11-08 2.6.9
4 Stentz 2005-06-13 2.6.11
5 Bordeaux 2006-03-20 2.6.15
6 Zod 2006-10-24 2.6.18
Fedora 7 Moonshine 2007-05-31 2.6.21
8 Werewolf 2007-11-08 2.6.23
9 Sulphur 2008-05-13 2.6.25
10 Cambridge 2008-11-25 2.6.27
11 Leonidas 2009-06-09[18] 2.6.29
12 Constantine 2009-11-17[19] 2.6.31
13 Goddard 2010-05-25[20] 2.6.33
14 Laughlin 2010-11-02[21] 2.6.35[22]
15 Lovelock 2011-05-24[23] 2.6.38[24]
16 Verne 2011-11-08[25] 3.1.0[26]
17 Beefy Miracle[27] 2012-05-29[28]
18 Spherical Cow 2013-01-15[29] 3.10.x
19 Schrödinger's Cat 2013-07-02[30] 3.11.x
20 Heisenbug 2013-12-17[31] 3.11.x

Garis masa[sunting | sunting sumber]


Galeri[sunting | sunting sumber]

Terbitan[sunting | sunting sumber]

Sumber: DistroWatch Fedora bagi edaran Linux yang diterbitkan daripada Fedora
Sumber: Fedora WIKI Senarai edaran terbitan.
  • Edaran Linux terbit darpida Fedora yang aktif:
    • Berry Linux – sebuah edaran bersaiz sederhana berasaskan Fedora yang menyediakan sokongan bagi bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
    • BLAG Linux and GNU – Fedora bersaiz ringan dengan sistem APT Debian.
    • Ekaaty Linux – dari Brazil.
    • Fuduntu - Dioptimumkan untuk netbook, pembangunannya diketuai oleh pencipta Jupiter, Fewt. [32]
    • Fusion Linux Diarkibkan 2017-09-18 di Wayback Machine - Remix Fedora yang menekankan pengguna komputer meja dan kebolehgunaan, menggunakan Linux Mint sebagai model
    • MythDora – berasaskan sekitar kebolehan pusat media MythTV.
    • Ojuba Linux - sebuah edaran Linux Arab.
    • Omega - Rahul Sundaram, Jurutera Komuniti Red Hat, telah mencipta remix Fedora dengan sokongan multimedia penuh termasuklah mainan semula MP3 dan DVD dengan menambah perisian daripada gedung perisian RPM Fusion dan Livna secara lalai.[33]
    • Red Hat Enterprise Linux – Linux perusahaan daripada Red Hat, yang bercabang daripada dasar Fedora terkini.
    • PLS Linux[34] Versi Fedora yang direka dan dibangunkan di Venezuela, yang mempunyai prestasi bagus dalam penyelesaian pengguna-pelayan, digunakan oleh Pentadbiran Awam (Kerajaan Venezuela).
    • Russian Fedora Remix - versi Fedora yang diadaptasi untuk Rusia. Ia mengandungi pemacu serta perisian hak milik.
    • Xange – (dahulunya Simplis dan Vixta) ialah sebuah edaran Linux atas meja berasaskan Fedora yang mudah digunakan, menampilkan atas meja KDE.
    • Moblin – sebuah edaran khusus untuk MID, netbook dan sistem terbenam.
  • Tak aktif (tiada keluaran selama lebih 12 bulan):
    • ASPLinux – sebuah edaran berasaskan Fedora Rusia. ASPLinux juga menyertakan pemacu bersumber tertutup NVIDIA dan ATI, serta menyokong codec audio dan video yang berhak milik.[35]
    • Aurora SPARC Linux – untuk pelantar SPARC.
    • Eeedora[36] – untuk Asus Eee PC, dimulakan pada 2007[37]
    • Fox Linux – buatan Itali, tugas pengkomputan asas di rumah seperti melayari Web, menulis dan mencetak dokumen, menggunakan multimedia serta melebur cakera.
    • Linpus - dibuat oleh syarikat Taiwan, Linpus Technologies untuk pasaran Asia.
    • Linux XP – sebuah edaran Linux komersial yang bermatlamat untuk menggantikan Windows XP sebagai sistem pengendalian ataas meja untuk kegunaan rumah.
    • Nusantara – sebuah edaran Linux yang disokong oleh Kementerian Teknologi Indonesia sebagai sebuah sistem pengendalian atas meja.[38]
    • Open Discovery - Sebuah Pelantar Biomaklumat Berprestasi Tinggi bersepadu.
    • Yellow Dog Linux – untuk pelantar PowerPC.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Frequently Asked Questions about Fedora Licensing". Fedora Project wiki. Dicapai pada 1 March 2011.
  2. ^ Red Hat (2003-11-06). "Announcing Fedora Core 1". Dicapai pada 2007-10-18.
  3. ^ "Fedora Core 1 Release Notes". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-02. Dicapai pada 2007-10-19.
  4. ^ "DistroWatch.com - Fedora". DistroWatch. 27 April 2021. Dicapai pada 28 April 2021.
  5. ^ Max Spevack. "Fedora Project Leader Max Spevack Responds". Dicapai pada 2006-12-17.
  6. ^ "Fedora Project Objectives". 2006-12-19. Dicapai pada 2007-02-12.
  7. ^ Paul W. Frields (2008-05-12). "Fedora 9". Fedora Project. Dicapai pada 2008-07-27.
  8. ^ Fedora Project life cycle and maintenance, accessed 2009–04–07.
  9. ^ Richard Morris (2008-07-17). "Linus Torvalds, Geek of the Week". Dicapai pada 2009-08-03.
  10. ^ http://distrowatch.com/
  11. ^ a b "Fedora Project: Announcing New Direction". 2003-09-22. Dicapai pada 2007-10-18.
  12. ^ "The Fedora Project and Red Hat Enterprise Linux, part 4". 2006-08-22. Dicapai pada 2007-10-18.
  13. ^ "Warren Togami on the new Fedora Project". Dicapai pada 2010-02-09.
  14. ^ "Why Fedora? (.odp presentation)". Dicapai pada 2011-04-30.
  15. ^ "Red Hat Inc.'s Use of The Fedora Name". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-13. Dicapai pada 2009-06-25.
  16. ^ Phoronix. "Red Hat Releases Fedora 16 "Verne"". Dicapai pada 2011-11-08.
  17. ^ Fedora Project. "Releases". Dicapai pada 2008-06-23.
  18. ^ "Fedora 11 Release Schedule". The Fedora Project. 2009-05-31. Dicapai pada 2009-06-10.
  19. ^ http://fedoraproject.org/wiki/Releases/12/Schedule
  20. ^ http://fedoraproject.org/wiki/Releases/13/Schedule
  21. ^ https://fedoraproject.org/wiki/Releases/14/Schedule
  22. ^ http://news.softpedia.com/news/Fedora-14-Release-Schedule-and-Codename-141754.shtml
  23. ^ https://fedoraproject.org/wiki/Releases/15
  24. ^ http://www.h-online.com/open/news/item/Alpha-version-of-Fedora-15-released-1203900.html
  25. ^ https://fedoraproject.org/wiki/Releases/16/Schedule
  26. ^ https://admin.fedoraproject.org/updates/kernel
  27. ^ http://lists.fedoraproject.org/pipermail/announce/2011-October/003002.html
  28. ^ http://fedoraproject.org/wiki/Releases/17/Schedule
  29. ^ http://fedoraproject.org/wiki/Releases/18/Schedule
  30. ^ http://fedoraproject.org/wiki/Releases/19/Schedule
  31. ^ http://fedoraproject.org/wiki/Releases/20/Schedule
  32. ^ Fuduntu - Punny Name, Serious Distro Diarkibkan 2011-03-17 di Wayback Machine, capaian 2011-03-18.
  33. ^ Omega Linux, capaian 2009–05–15.
  34. ^ "plsglobal.net - PLS Linux - Client-Server Solutions". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-13. Dicapai pada 2021-08-19.
  35. ^ ASPLinux website, capaian 2009–05–15.
  36. ^ martin.andrews. "eeedora - A Fedora distribution optimized for the Asus Eee PC". Google code. Google Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-07. Dicapai pada 7 Januari 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  37. ^ "initial revision of the project". Google code. Google Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-07. Dicapai pada 7 January 2010. Initial directory structure.
  38. ^ "Tentang Nusantara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-24. Dicapai pada 2021-08-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Fedora (sistem pengendalian) di Wikimedia Commons