Felcra Bukit Jetit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agensi kerajaan Felcra telah memajukan tanah pertanian terbiar di Bukit Jetit yang lebih dikenali sebagai Felcra Bukit Jetit. Felcra Bukit Jetit terletak di 21600 Marang, Terengganu, berhampiran dengan kampung Bukit Jetit‎. Felcra Bukit Jetit telah dibuka pada tahun 1982 dengan tanaman kelapa sawit.

Luas permulaannya ia-lah kira-kira 420 hakter. Pada tahun 1984, peringkat kedua telah dibuka dengan keluasan kira-kira 330 hakter. Pada tahun 1989 peringkat 3 pula dibuka dengan keluasan 30 hater, diikuti dengan peringkat 4, Bukit Mak Abu dan Kampung Jenang pada tahun 1991. Daripada mula dibuka hingga sekarang, Felcra Bukit Jetit telah ditadbir oleh beberapa orang Pengurus iaitu:

  1. Isnin bin Tarsin
  2. Rashid bin Jusoh
  3. Nordin bin Jusoh
  4. Mohamad Nasir
  5. Razak bin Che Ali
  6. Nawi bin Awang Long
  7. Mahasan bin Ali

Dalam tahun 2006, perancangan telah diatur oleh Felca untuk mendirikan sebuah kilang memperoses buah sawit (BTS) di Felcra Bukit Jetit dengan kapasiti 30 metrik tan satu jam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]