Felda Air Tawar 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Felda Air Tawar 2 merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Ia merupakan tanah rancangan FELDA yang terbesar di Malaysia. Felda Air Tawar 2 mempunyai bilangan peneroka atau rumah sebanyak tujuh ratus lebih dan tidak termasuk anak-anak dan generasi kedua yang menetap di tanah rancangan ini. Selain itu, Felda Air Tawar 2 juga mempunyai stesen pam minyak BHP, pusat Giatmara Kota Tinggi, Balai Polis Air Tawar, Pejabat Pos, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar & Pejabat Felsco. Di Felda ini juga terdapat sebanyak 39 blok termasuk peringkat 1 & peringkat 2. Dahulunya Masjid di Felda Air Tawar 2 dikenali sebagai Masjid Jamek Al-Ihsan dan telah diubah suai dengan lebih besar dengan bantuan daripada YB, Jabatan Agama Islam Johor & sumbangan daripada peneroka-peneroka sebanyak RM 1 juta.

Di daerah Kota Tinggi juga merupakan sebuah daerah yang banyak tanah rancangan seperti Felda Pasak, Air Tawar 3, Air Tawar 1, Air Tawar 4, Air Tawar 5, Semenchu, Papan Timur, Sungai Mas, Lok Heng Selatan, Lok Heng Barat, Lok Heng Timur, Adela, Tunggal, Sening, Kledang, Bukit Waha, Simpang Waha, Bukit Aping Barat, Bukit Aping Timur, Bukit Easter, Linggiu, Pasir Raja, Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong, Inas Utara, Penggeli Timur & Sungai Sibol. Felda-Felda tersebut juga merupakan FELDA WILAYAH JOHOR BAHRU.