Felda Bukit Aping Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Felda Bukit Aping Barat adalah sebuah penempatan Persekutuan yang terletak di antara Felda Bukit Aping Timur dan kampung Mawai Baru di daerah Kota Tinggi, Johor. Terletak 25 kilometer dari pusat bandar Kota Tinggi, Felda Bukit Aping Barat mempunyai seramai 870 orang penduduk yang kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Kegiatan ekonomi di kawasan penempatan ini lebih tertumpu kepada sektor perladangan iaitu kelapa sawit dan juga getah. Walau bagaimanapun, segelintir masyarakat menjalankan aktiviti perniagaan, bekerja di kilang dan lain-lain...