Felda Bukit Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FELDA Bukit Besar

Felda Bukit Besar merupakan sebuah kampung terletak di daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Terletak di dalam gugusan Felda Taib Andak, ia di kelilingi oleh beberapa perkampungan felda yang lain seperti Felda Pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Felda Bukit Ramun. Ia terletak di dalam kawasan Gugusan Taib Andak. Walaupun sesetengah tempat beralamatkan Kulai, namun ia masih dibawah pentadbiran daerah Kota Tinggi dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen Tenggara dan dun Pasir Raja.

Kampung/Kawasan Sekitar[sunting | sunting sumber]

Felda Bukit Besar terletak dalam Daerah Kota Tinggi dan berada lebih kurang 23 kilometer dari selatan bandar Kulai dan 60 kilometer dari ibu negeri Johor Bahru. Felda Bukit Besar juga termasuk di bawah kawasan Tenggara dan kawasan Dewan Undangan Pasir Raja.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah & Mukim - Sejarah Am Daerah Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan Daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian, di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah perlombongan dan perniagaan. Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga penempatan orang Asli di daerah ini. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Aktiviti pendakian juga boleh dijalankan di Gunung Panti dan Gunung Muntahak. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili.

Kampung Felda Bukit Besar mula diterokai sekitar tahun 1964 dan mula dihuni oleh kira-kira 409 orang peneroka pada tahun 1968 dan 1969 secara berperingkat.

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

Kampung Felda Bukit Besar merupakan pusat bagi empat buah rancangan felda iaitu Felda Bukit Ramun, Felda Sungai Sayong, Felda Pasir Raja dan Kampung Rantau Panjang. Hal ini kerana Kampung Felda Bukit Besar mempunyai kelebihan infrastruktur yang dibina bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan Felda Bukit Besar. Kemudahan yang dibina yang tidak terdapat di kampung lain ialah kilang sawit, makmal penyelidikan, Balai Polis, sekolah menengah, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Pusat Giat Mara dan PDK.

Oleh yang demikian, peluang pekerjaan lebih banyak terdapat di Kampung Felda Bukit Besar berbanding felda-felda yang lain. Dewan yang dibina juga bersaiz lebih besar berbanding dewan di felda yang berhampiran. Oleh itu banyak lawatan dan majlis dari pihak luar diadakan di Kampung Felda Bukit Besar.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Kampung Felda Bukit Besar juga seringkali menyertai pertandingan keindahan dan kebersihan kampung. Pencapaian terbaik kampung ialah memenangi tempat pertama kampung tercantik peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 1977 dan 1978. Belia Kampung Felda Bukit Besar juga telah memenangi Anugerah Belia Negara pada tahun 2006

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Ditadbirurus oleh 6 orang kakitangan Felda untuk khidmat kemasyarakatan dan 7 orang kakitangan Felda Technoplant untuk urus tadbir ladang milik peneroka.Kakitangan ini juga merupakan tulang belakang di dalam pentadiran Felda Bukit Besar bagi memastikan masyarakat khususnya peneroka dan penerokawati mendapat segala faedah dan manfaat yang diberi oleh pihak FELDA.Walaupun mereka sering dicemuh oleh segelintir masyarakat terutamanya dari generasi kedua peneroka,mereka tetap memikul dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi.Pujian harus diberikan kepada mereka.

Keunikan[sunting | sunting sumber]

Apa yang membuatkan Felda Bukit Besar ini memberikan keunikan adalah dari segi poskod surat menyuratnya.Di mana sesetengah pihak menggunakan poskod untuk Bandar Tenggara,daerah Kulai dan daerah Kota Tinggi iaitu:

  • 81000 untuk daerah Kulai,
  • 81450 untuk Gugusan Taib Andak
  • 81390 untuk daerah Kota Tinggi.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik. terletak di dalam gugusan felda Taib Andak, ia di kelilingi oleh beberapa perkampungan felda yang lain, iaitu Felda pasir Raja, Felda Sungai Sayong dan Felda Bukit Ramun.