FGV Holdings Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Felda Global Ventures Holdings)
Jump to navigation Jump to search
"Felda Global Ventures" dan "FGV" dilencongkan di sini.
FGV Holdings Berhad
Awam
Didagangkan sebagaiMYX: 5222
ISINMYL5222OO004
IndustriPertanian
Ditubuhkan19 Disember 2007; 11 tahun yang lalu (2007-12-19)[1]
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
  • Haris Fadzilah Hassan
  • (Pengerusi)
  • Mohd Hairul Abd Hamid
  • (CFO)
Hasil RM12,568.008 juta (2013)[2]
RM1,463.243 juta(2013)[2]
RM1,107.039 juta (2013)[2]
Jumlah aset RM20,734.388 juta(2013)[2]
Jumlah ekuiti RM8,944,537 juta (2013)[2]
IndukLembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Laman sesawangfgvholdings.com

FGV Holdings Berhad[a] (didaftarkan sebagai Felda Global Ventures; singkatan FGV. Dahulu dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad; MYX: 5222) ialah sebuah syarikat pertanian dan komoditi pertanian global Malaysia dan merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Dengan operasi di seluruh dunia, FGV menghasilkan keluaran kelapa sawit, getah, kacang soya dan produk kanola, oleokimia dan produk gula.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Felda Global Ventures diperbadankan sebagai sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad pada 19 Disember 2007, ia pada mulanya dikendalikan sebagai cabang perdagangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Perniagaan teras FGV merangkumi Sektor Perladangan, Logistik & Lain-lain (LO) dan Sektor Gula. FGV mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dan penyenaraian tawaran awam awal (IPO) syarikat ini merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook.[4]

FGV ialah syarikat ketiga terbesar kelapa sawit di dunia mengikut keluasan tanaman.[5] Di Malaysia sahaja, FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah, yang merangkumi 500,000 hektar secara kasar bahawa ia menyewa dan menguruskan untuk 112,635 pekebun kecil FELDA.[6][7]

Pada Mac 2014, FGV mempertimbangkan untuk memisahkan bahagian pengangkutan dan logistiknya, dengan menggabungkannya dengan syarikat perkhidmatan logistik bebas yang sedia ada; syarikat Malaysia Century Logistics Holdings Bhd telah disebut sebagai rakan kongsi dalam latihan ini.[8]

Kumpulan ini merancang untuk melupuskan dua atau tiga aset atau pelaburan bukan teras dan tidak berbayar, yang dinilai "beberapa ratus juta ringgit" dan sekaligus menambah pendapatan kepada FGV.[9] FGV mengumumkan pada Mei 2018 untuk meningkatkan mekanisasi di estetnya kepada 115,000 hektar atau 35% daripada keseluruhan kawasan penanamannya menjelang 2020.[10]

Pada 3 Julai 2018, Felda Global Ventures Holdings Berhad bertukar nama kepada FGV Holdings Berhad.[11][12] Menurut kenyataan rasmi FGV: "Perubahan ini akan membolehkan FGV membangunkan jenama dan identiti tersendiri yang berasingan daripada Felda, pemegang saham utama kami dan membolehkan pemegang kepentingan untuk membezakan antara kedua-dua entiti."[13]

Hal ehwal korporat[sunting | sunting sumber]

Kewangan[sunting | sunting sumber]

Bagi tahun fiskal 2016, FGV dilaporkan telah meraih kenaikan keuntungan sebanyak 35 peratus bagi pendapatan suku kedua,[14] dan meraih pendapatan sebanyak RM1.33 juta pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2018.[15] Menurut laporan tahunan FGV 2017, ramalan harga purata minyak sawit mentah pada 2,400 ringgit meningkat kepada 2,600 ringgit setan pada 2018.[16]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FGV mengkaji dasar dan amalan tadbir urus korporat yang menyaksikan pengenalan kerangka dan struktur tadbir urus yang lebih cekap, dasar baru dan semakan semula dasar dan prosedur sedia ada Kumpulan untuk menyelaraskan cabang dan aktiviti FGV dengan lebih baik dalam tadbir urus korporat dan amalan perniagaan.[17]

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Azhar Abdul Hamid merupakan pengerusi FGV terkini sejak 8 September 2017, menggantikan Isa Samad yang terbabit dengan kontroversi rasuah yang melanda syarikat itu.[18] Jawatan Pengerusi FGV dipegang oleh Zakaria Arshad pada 1 April 2016, menggantikan Mohd Emir Mavani Abdullah yang telah tamat kontrak. Zakaria melepaskan jawatan pada 18 September 2018.[19]

Pada 23 Januari 2019, Haris Fadzilah Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[20][21]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang tahun, FGV terlibat dalam beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan pengurusan, kakitangan, dan warga kerjanya. Menurut Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram, skandal FGV dilihat lebih besar daripada kontroversi dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia memberi kesan kepada negara dan rakyat. Beliau dipetik sebagai berkata: "Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah FGV,".[22]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syarikat ini juga dikenali sebagai Felda Global di laman web rasmi mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Milestones - About FGV - Our Organisation | Felda Global Ventures". Dicapai 31 March 2014. 
  2. ^ a b c d e "Condensed Consolidated Financial Statements For The Financial Year Ended 31 December 2013" (PDF). Felda Global Ventures Holdings. 26 February 2014. Dicapai 31 March 2014. 
  3. ^ Mengenai kami
  4. ^ Felda penyenaraian kedua terbesar selepas Facebook Sinar Harian.
  5. ^ "Felda Global Ventures' RM10bil IPO 2nd biggest in world this year after Facebook". The Star Online. Dicapai 2 February 2017. 
  6. ^ "Felda Raises $3.1 Billion in Asia's Biggest I.P.O." Dicapai 6 May 2018. 
  7. ^ Zaidi Isham Ismail. "RM342m gain for FGV from stake sale". Business Times. Dicapai 14 April 2013. 
  8. ^ http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/14/Felda-Globalexplores-asset-injection/
  9. ^ Ee Ann Nee (25 Februari 2018). "Felda Global Ventures to dispose of more non-core assets". The Sun, Malaysia. Dicapai 26 September 2018. 
  10. ^ Eva Yeong (8 April 2018). "Felda Global Ventures to step up mechanisation efforts". The Sun, Malaysia. Dicapai 26 September 2018. 
  11. ^ "Felda Global Ventures Holdings Bhd is now FGV Holdings Bhd". New Straits Times. 3 Julai 2018. Dicapai 26 Julai 2018. 
  12. ^ "Felda Global Ventures Holdings kini FGV Holdings Bhd". Berita Harian. 3 Julai 2018. Dicapai 26 Julai 2018. 
  13. ^ "Felda Global Ventures proposes name change to FGV Holdings". The Star Online. 5 Jun 2018. Dicapai 26 Julai 2018. 
  14. ^ "Felda Global Ventures posts 35 percent of rise profit". Astro Awani. 29 Ogos 2016. Dicapai 19 September 2016. 
  15. ^ "FGV posts net profit of RM1.33m in Q1 of FY18". The Star Online. 28 Mei 2018. Dicapai 19 September 2018 – melalui Business Times. 
  16. ^ "Malaysia's Felda Global sees 2018 palm oil prices at 2,400-2,600 ringgit/T". The Edge Markets. 28 Jun 2018. Dicapai 26 September 2018. 
  17. ^ Beatrice Nita Jay (17 Jun 2017). ""FGV must adopt best practices, good corporate governance": Shahrir". New Straits Times. Dicapai 19 September 2018. 
  18. ^ Former Malakoff MD Azhar Abdul Hamid named FGV chairman Free Malaysia Today (8 September 2017). Dicapai pada 20 September 2017.
  19. ^ Zakaria resigns from FGV Holdings The Star Online (18 September 2018). Dicapai pada 20 September 2018.
  20. ^ Mahanum Abdul Aziz (23 Januari 2019). Haris Fadzilah dilantik CEO baharu FGV Berita Harian. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  21. ^ Haris takes over as CEO of FGV The Sun Daily (23 Januari 2019). Dicapai pada 23 Mac 2019.
  22. ^ Geraldine Tong (4 November 2017). "Skandal FGV lebih besar dari 1MDB, kata pakar ekonomi". Malaysiakini. Dicapai 27 Julai 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]