Felda Gugusan Adela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gugusan FELDA Adela
Gugusan tanah rancangan
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriJohor Johor
DaerahJohor Daerah Kota Tinggi
Tanah rancangan
4 tanah rancangan
  • FELDA Adela
  • FELDA Sening
  • FELDA Tunggal
  • FELDA Kledang
Pentadbiran
 • Menteri BesarHasni Mohammad (PN-UMNO)
Poskod
81600 Bandar Penawar

Gugusan FELDA Adela merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Johor, Malaysia. Ia terletak di bawah Felda Wilayah Johor Bahru. Gugusan FELDA Adela terletak dalam daerah Kota Tinggi. Gugusan ini merangkumi empat kawasan tanah rancangan iaitu FELDA Adela, FELDA Sening, FELDA Tunggal dan FELDA Kledang.

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Gugusan FELDA Adela terletak 13 km daripada Desaru, salah sebuah pusat peranginan bertaraf antarabangsa. Jarak FELDA ini lebih kurang 90 km dari Bandar raya Johor Bahru, iaitu kira-kira 45 minit perjalanan melalui Lebuhraya Senai-Desaru.

Maklumat asas[sunting | sunting sumber]

Keluasan Gugusan Adela ialah lebih kurang 188.7 kilometer persegi.

Aktiviti ekonomi utama bagi penduduk disini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Antara tempat-tempat menarik berdekatan dengan Gugusan Adela yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Gugusan Adela ialah di pantai-pantai yang indah. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili.

Pengikitrafan[sunting | sunting sumber]

FELDA Kledang dinobatkan sebagai Juara pada Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) pada 2010. Pada tahun 2011, FELDA Tunggal telah mengambil bahagian bagi acara AKKF 2011 dan menang. Pada 2015 pula, FELDA Sening menang AKKF bagi tahun tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]