FELDA Lubuk Merbau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Felda Lubuk Merbau)
FELDA Lubuk Merbau
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°00′05″N 100°42′54″E / 6.0014°N 100.7151°E / 6.0014; 100.7151Koordinat: 6°00′05″N 100°42′54″E / 6.0014°N 100.7151°E / 6.0014; 100.7151
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimTekai
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • PengurusNoorsahidi Abd Rahman
Keluasan
 • Jumlah40 km2 (20 batu persegi)
Aras
54 m (177 ft)
Penduduk
 • Jumlah7,230
 • Kepadatan180/km2 (470/batu persegi)
 • Peneroka
769
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06710
Plat pendaftaran kenderaanK

FELDA Lubuk Merbau (Jawi: فيلدا لوبوق مرباو), atau FELDA Projek Lubuk Merbau merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tengah negeri Kedah, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Tekai, daerah Padang Terap. Ia terletak kira-kira 337 kilometer (209.4 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Lubuk Merbau ialah 06710 Pendang.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Lubuk Merbau dipercayai diambil bersempena dengan kejadian dua batang pokok Merbau yang tumbang merentasi Sungai Muda.[3]

Kawasan ini dahulunya merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi tempat persembunyian komunis. Pada 1964, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula meneroka dan membangunkan kawasan ini serta menjemput peneroka yang terdiri daripada penduduk miskin dari kawasan pedalaman. Pada tahun 1968, seramai 178 peneroka terawal mula ditempatkan di sini dengan jumlah penduduk seramai 1,560 orang.[3]

Kini, terdapat 769 peneroka terdiri daripada peringkat satu hingga sembilan di FELDA Lubuk Merbau. Jumlah penduduk juga telah mencapai kira-kira 7,230 orang yang mendiami 780 buah rumah di kawasan petempatan ini.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Lubuk Merbau terletak di selatan daerah Padang Terap, tepatnya di hujung selatan mukim Tekai. Kawasan petempatan ini juga terletak di kawasan sempadan antara daerah Padang Terap dan Sik. Sungai Muda yang terletak di timur kawasan ini menjadi sempadan semulajadi antara daerah.

Kawasan petempatan ini mempunyai luas anggaran sebanyak kira-kira 40 kilometer persegi (4,000.0 he).[5] FELDA Lubuk Merbau juga berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Kubang Kesom, Kampung Mahawangsa, Kampung Danglau, Kampung Jurong, Kampung Lubok Merbau, Kampung Sukamari dan Kampung Berjaya.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Lubuk Merbau terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Lubuk Merbau terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Padang Terap[5] dan dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Lubuk Merbau terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Terap manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kedah, ia terletak dibawah kawasan Pedu.[6]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Lubuk Merbau dihubungkan dengan petempatan lain dengan Jalan Negeri K153, K155, K410, melalui simpang Jalan FELDA Lubuk Merbau[5] Jarak FELDA Lubuk Merbau ke pusat bandar terdekat iaitu Pendang ialah sejauh 37 kilometer (23.0 bt) dan mengambil masa selama 46 minit memandu kereta.[7] manakala jarak FELDA Lubuk Merbau ke ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar ialah sejauh kira-kira 60.48 kilometer (37.6 bt) dan mengambil masa selama lebih satu jam memandu kereta.[7]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Lubuk Merbau termasuklah;[7]

  1. Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau
  3. Sekolah Menengah Agama Al-Islahiah Al-Islamiah
  4. Klinik Kesihatan Lubuk Merbau
  5. Masjid Al-Barakah Felda Lubuk Merbau

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lubok Merbau, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 13 April 2024. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
  3. ^ a b "Sejarah". Felda Lubok Merbau. Dicapai pada 13 April 2024.
  4. ^ "Maklumat Komuniti". Felda Lubok Merbau. Dicapai pada 13 April 2024.
  5. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  6. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  7. ^ a b c "MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.