Gugusan FELDA Lui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Felda Lui Muda)
Gugusan FELDA Lui
Wilayah Raja Alias
Gugusan tanah rancangan

NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan Negeri Sembilan
DaerahJempol
MukimSerting Hilir
Tanah rancangan
7 tanah rancangan
  • FELDA Sungai Lui
  • FELDA Sungai Lui 2
  • FELDA Lui Timur
  • FELDA Lui Barat
  • FELDA Lui Selatan 1
  • FELDA Lui Selatan 2
  • FELDA Lui Muda
Kerajaan
 • Pengarah FELDA WilayahMohd Helmi Fakhzan Bin Abd Wahab
Poskod
72120

Gugusan FELDA Lui ialah salah satu kawasan tanah rancangan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Gugusan FELDA Lui terletak dalam pentadbiran daerah Jempol, namun terletak dalam kawasan Sungai Lui di bawah Parlimen Jelebu. Gugusan ini merangkumi tujuh kawasan tanah rancangan, dan bersempadan dengan FELDA Pasoh di barat, Air Hitam di selatan dan Kemayan, Pahang di utara dan timur.

Tanah rancangan[sunting | sunting sumber]

Lui Timur[sunting | sunting sumber]

FELDA Lui Timur ialah tanah rancangan kedua dibuka selepas FELDA Sungai Lui. Pengurus pertama ialah Kassim Yaacob berasal dari Kelantan. Felda Lui Timur telah mula menanam getah pada tahun 1975/1976 seluas 2288.32 hektar yang terbahagi kepada kawasan kampung seluas 173.04 hektar. Pada asalnya Felda Lui Timur mempunyai 601 orang peneroka yang terdiri daripada 25 buah blok, tetapi kini jumlah penduduk hanyalah 540 orang terdiri daripada 24 buah blok sahaja. Pada tahun 1980, kerajaan telah memasukkan bekalan air paip. Pada pertengahan tahun 1984, kuasa elektrik mula dibekalkan.

Pengurus[sunting | sunting sumber]

No. Pengurus Tempoh khidmat
1 Mat Kassim Yaakob 1975 - 1983
2 Malik Tahir 1983 - 1988
3 Hamdan Salleh 1988 - 1990
4 Haris Mat Top 1990 - 2004
5 Musa Hashim 2004 - 2010
6 Abdul Shukor Jalalludin 2010 - 2013
7 Ibrahim Omar 2013 - 2015
8 Mohd Nasir Basri 2015 - 2018
9 Anuar Ab Rahim 2018 - 2018
10 Mohd Ramli Abdul Rahman 2018 - kini

Petugas 2023 - 2024[sunting | sunting sumber]

  1. Mohammmad Najib Bin Othman
  2. Abdul Harif Bin Mohd Nasir
  3. Muhammad Faiz Bin Mohd Alwi
  4. Muhammad Fakhri Bin Abas
  5. Ahmad Shaufi Azmer Bin Mohd Latif
  6. Nursyahida Binti Mus
  7. Nur Ain Hidayah Binti Mohd Nasir
  8. Siti Mastura Binti Kadar
  9. Muhammad Shaqil Bin Abdul Malek
  10. Mohd Mustakim Bin Md Salleh

Lui Selatan[sunting | sunting sumber]

Felda Lui Selatan 1 & 2 dihuni oleh 3,250 penduduk terletak di dalam Mukim Serting Hilir, Daerah Jempol, Negeri Sembilan mula dimajukan sekitar tahun 1977-1978 oleh FELDA. Sekitar tahun 80-an peneroka mula mendiami di penempatan ini. Setiap peneroka disediakan 10 ekar tanah untuk tanaman getah dan 0.25 ekar untuk tapak rumah.[1]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Rumah ibadat[sunting | sunting sumber]

Balai polis[sunting | sunting sumber]

  • Balas Polis Sungai Lui

Klinik desa[sunting | sunting sumber]

  • Klinik Desa Felda Lui Selatan
  • Klinik Desa Felda Lui Timur
  • Klinik Desa Felda Lui Selatan
  • Klinik Desa Felda Lui Muda
  • Klinik Desa Felda Sungai Lui

Pusat Ekonomi Digital[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PEDI (2023). "Sejarah Felda Lui Selatan". http://feldaluiselatan.pjk.com.my/. External link in |website= (bantuan)