Felda Padang Piol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkampungan Felda Padang Piol yang terletak dalam daerah Jerantut, Pahang (DUN Tahan N09 dan Parlimen Jerantut ,P081). Bilangan peneroka di Felda ini ialah seramai 673 orang. Ini merangkumi peneroka generasi pertama dan peneroka generasi kedua. Generasi kedua ialah pewaris kepada peneroka generasi kedua yang telah meninggal dunia. Majoriti peneroka kawasan ini adalah Melayu iaitu seramai 660 orang yang mewakili 98.06% dan selebihnya ialah kaum India iaitu 13 orang atau 1.93% sahaja. Apa yang uniknya di kawasan Felda ini penerokanya terdiri dari peneroka yang berasal dari semua negeri Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak