Felda Teratai Jengka 21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

FELDA Teratai Jengka 21 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Jengka 21 merupakan salah satu dari projek tanah rancangan dibawah seliaan agensi FELDA. FELDA ditubuhkan atas usaha Perdana menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak dalam menjadikan DEB (Dasar ekonomi Baru) sebagai sebuah kenyataan.

Jengka 21 turut dirujuk sebagai FELDA Teratai Jengka 21 dan didiami lebih 400 keluarga. Setiap keluarga dibahagikan kepada beberapa kawasan kediaman yang dipanggil 'blok'. Terdapat 18 blok-blok dan kerja-kerja kemasyarakatan selalunya dilakukan bersama-sama oleh warga FELDA mengikut blok masing-masing.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Sepertimana warga-warga FELDA lain, penduduk-penduduk tanah rancangan di gelar 'peneroka' dan 'penerokawati'. Peneroka Jengka 21 datang dari pelbagai latar belakang dan negeri-negeri berlainan.

Pengambilan Peneroka/wati bermula pada tahun 1985. Antara syarat-syarat awal pengambilan adalah: 1)Warganegara Malaysia dan anak kelahiran negeri Pahang 2)Sudah berkahwin

Namun, akibat permasalahan yang tidak dapat dielakkan syarat pengambilan terpaksa diubah pada sekitar tahun 1987 yang mana menyaksikan peneroka/wati di ambil dari pelbagai negeri seperti Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan sebagainya. Peneroka/wati diberikan sebuah rumah setiap keluarga dan sebidang tanah berkeluasan 10 ekar untuk diusahakan

Masa depan Jengka 21[sunting | sunting sumber]

Persempadanan semula pilihan raya tahun 2008 menyaksikan Jengka 21 diletakkan di P087N29.

Jengka 21 menyaksikan banyak perkembangan sosio-ekonomi dan tidak dapat lari dari arus kemodenan. Tiada apa yang boleh dibanggakan daripada Syarikat pengusaha bas yang ternyata tidak menggambarkan persaingan sengit dan pro-pengguna. Perkhidmatan bas dan teksi masih jauh dari membanggakan tetapi komunikasi lain masih mampu memberikan senyuman kepada warga jengka 21.

Perkhidmatan Internet Jalur lebar disediakan oleh pengusaha-pengusaha seperti Maxis dan Celcom. Kelajuan muat turun dan muat naik boleh dipertikaikan tetapi sekurang-kurangnya membantu dalam beberapa hal seperti mendapatkan info dan bertukar-tukar info melalui laman sosial. Perkhidmatan perbankan internet dan e-mel hampir mustahil dilakukan dengan kelajuan aliran (streaming) sekitar 0.01Mbps. Kestabilan tahap gampang.

Jengka 21 memiliki Sebuah Stesen pam minyak dibawah nama Petronas. Perniagaan Petronas Jengka 21 dimodalkan sepenuhnya oleh Syarikat Kooperasi Jengka 21 dan diuruskan sepenuhnya oleh AJK kooperasi terpilih. Kadar ketelusan dan pengurusan adalah sedikit mengecewakan walaupun Petronas Jengka 21 tidak menerima nasib seperti stesen pam Jengka 13.