Felda Tonkin Jengka 23

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

FELDA Tonkin Jengka 23 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Felda Jengka 23 terletak dalam Daerah Temerloh, iaitu kira-kira 40km dari bandar Temerloh dan 30km dari bandar Jengka. Ia di bawah pentadbiran Felda Wilayah Jengka, dan termasuk dalam kawasan parlimen Kuala Krau dan Dewan Undangan Negeri Kerdau.

Felda Jengka 23 mula dibangunkan pada tahun 1974/1975 dalam 2 peringkat dengan keluasan sebanyak 1,942.20 hektar. Daripada jumlah tersebut, 1,812.41 hektar merangkumi keluasan ladang yang ditanam dengan tanamaan kelapa sawit dan 129.79 hektar pula adalah kawasan penempatan peneroka.

Seramai 443 orang peneroka ditempatkan di tanah rancangan ini sejak bulan September 1979. Kini, jumlah penduduk Felda Jengka 23 telah mencecah 3,578 orang, termasuk petugas Felda serta kakitangan kerajaan dan swasta.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara fasiliti yang menjadi kemudahan Warga Felda Jengka 23:

  • Klinik Desa
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Agama Rakyat
Pusat Asuhan Tunas Islam.png
  • Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI)
  • Tabika KEMAS
  • Kedai Runcit
  • Pusat Jalur Lebar Komuniti
  • Taman Permainan Kanak-Kanak
  • Pejabat FELDA dan Pejabat JKKR
  • Padang Bolasepak, Gelanggang Futsal, Sepaktakraw, Badminton dan Bola Baling
  • Dewan Orang Ramai

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

http://www.facebook.com/feldajengka23 (Page Komuniti Felda Jengka 23)

http://www.facebook.com/groups/feldajengka23 (Group Warga FELDA JENGKA 23)

http://sklktpjengka23.blogspot.com (Laman Web SKJ23)

http://feldajengka23.pjk.com.my (Laman Informasi PJK Felda Jengka 23)