Felda Trolak Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Trolak Utara merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Kampung ini merupakan salah satu tanah rancangan Felda di Malaysia. Pekan terdekat dari Felda Trolak Utara ialah Sungkai sejauh 13 km dan pekan Slim River sejauh 21 km.


Kemudahan Yang Ada[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Rendah
  • Pusat Jalur Lebar Komuniti
  • Klinik Desa
  • Tadika KEMAS
  • Dewan Besar/Dewan Orang Ramai
  • Sekolah Agama Rakyat
  • Kuarters Kediaman Institusi Perguruan
  • Masjid Jamek Felda Trolak Utara
  • Kedai Runcit
  • Kedai Makan
  • Stesen Minyak
  • Padang Awam
  • WiFi Hotspots (KAMPUNG WIFI)

Perkhidmatan Bas Awam[sunting | sunting sumber]

Bas awam yang beroperasi di Trolak Utara ialah bas syarikat Mara Liner. Tetapi, bas ini hanya akan beroperasi untuk menghantar dan mengambil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak yang sekolahnya terletak di Felda Trolak Selatan. Ini kerana, ramai warga Trolak Utara sudah mempunyai kenderaan sendiri untuk ke mana-mana sahaja. Sebelum bas Mara Liner mengambil alih kawasan ini, bas awam yang beroperasi secara penuh adalah dari syarikat Mogah Omnibus Sdn. Bhd yang kini telah menjadi bas Star Coach Sdn. Bhd.