Felina (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Felina
PengarahSandosh Kesavan
PenulisAtiqah Jani
Dihasilkan olehSandosh Kesavan
Dibintangi
SinematografiDurges Hema
Disunting olehElson Tommas
Syarikat
penerbitan
Janur Talkies
Tarikh tayangan
17 Januari 2019
Masa tayangan
82 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Felina merupakan sebuah filem seram ngeri Malaysia 2019 arahan Sandosh Kesavan terbitan Janur Talkies. Filem ini ditayangkan pada 17 Januari 2019.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adam (Shafiq Jamil) dan Felina (Raja Ilya) sedang menjalani sebuah ekspedisi di dalam hutan tebal. Sepanjang ekspedisi, Adam dan Felina terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran selain harus akur dengan segala pantang larang. Pada suatu malam, sebaik sahaja kembali ke hotel tempat mereka menginap, 2 orang pekerja hotel tiba-tiba menyedari akan perilaku aneh Felina. Adam masih belum dapat meredakan emosinya menyaksikan keadaan Felina yang tidak dapat ditafsirkannya melalui rakaman video yang disaksikannya.

Demi merungkai jawapan dan menyelamatkan Felina, Adam meminta bantuan Mutalib (Kamal Rezuan) yang menjadi penunjuk jalan sepanjang ekspedisi mereka. Sejak bermulanya ekspidisi, banyak persoalan timbul di antara mereka. Siapakah Qistina (Nur Qistina Raisah)? Siapa pula wanita Jawa yang muncul di antara mereka? Angkara siapakah kejadian aneh yang menimpa mereka? Mampukan Adam menyelamatkan diri dan semua? Atau mungkinkah, "Felina" adalah jawapan kepada persoalan-persoalan mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Raja Ilya sebagai Felina
  • Syafiq Jamil sebagai Adam
  • Qistina Raisah sebagai Qistina
  • Zaidi Omar sebagai Tok Rawa
  • Nashra Shah sebagai Ekawati
  • Kamal Rezuan sebagai Mutalib
  • Clarence Kuna sebagai Muni
  • Seha Monica sebagai Suri

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Felina dikeluarkan pada 17 Januari 2019.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]